wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM6 Kata Kerja 27/8

Total questions: 32

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Mak Cik Tan pergi ke kedai runcit itu untuk membeli sedikit barang _________.

a)

keperluan

b)

diperlukan

c)

seperlunya

d)

memerlukan

2.

Nenek _________ kakak rendang ayam yang sedap.

a)

dimasak

b)

masakan

c)

memasak

d)

memasakkan

3.

Kawasan itu _________ dengan tujuan untuk membina sebuah taman permainan.

a)

merata

b)

kerataan

c)

diratakan

d)

meratakan

4.

_________ syarikat antarabangsa itu diuruskan oleh seorang pengarah yang berpengalaman.

a)

Pentadbir

b)

Mentadbir

c)

Pentadbiran

d)

Mentadbirkan

5.

Hong menghantar mesejnya kepada saya_________ e-mel.

a)

terusan

b)

menerusi

c)

berterusan

d)

meneruskan

6.

Kemalangan sering berlaku di _________ jalan itu sejak kebelakangan ini.

a)

bersimpang

b)

menyimpang

c)

persimpangan

d)

pernyimpangan

7.

Kita perlulah pandai _________ diri ketika berada di rantau orang.

a)

tersesuai

b)

kesesuaian

c)

bersesuaian

d)

menyesuaikan

8.

Kita tidak digalakkan berbelanja secara _________ .

a)

selebih

b)

melebihi

c)

kelebihan

d)

berlebihan

9.

_________ nya tetap teguh walaupun dipertikaikan oleh banyak pihak.

a)

Berdiri

b)

Didirikan

c)

Pendirian

d)

Mendirikan

10.

Kami kagum dengan _________ pekerja-pekerja kilang itu mengendalikan mesin.

a)

bercekap

b)

tercekap

c)

secekap

d)

kecekapan

11.

Budak yang menconteng dinding tandas itu tidak _________ perbuatannya dilihat oleh seorang pengawas.

a)

tersedar

b)

penyedar

c)

kesedaran

d)

menyedari

12.

Banyak pelancong asing tertarik dengan _________ di negara ini.

a)

kedamaian

b)

perdamaian

c)

pendamaian

d)

mendamaikan

13.

Amran menggunakan obor untuk _________ kawasan yang gelap-gelita itu.

a)

penerang

b)

menerangi

c)

keterangan

d)

penerangan

14.

Isu yang dibincangkan adalah _________ masalah disiplin dalam kalangan murid-murid.

a)

mengenakan

b)

pengenaan

c)

berkenaan

d)

terkena

15.

Ibu bapa perlu _________ tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka.

a)

bertunai

b)

ditunaikan

c)

penunaian

d)

menunaikan

16.

_________ adik sering terganggu akibat penyakit asmanya.

a)

Bersekolah

b)

Disekolahkan

c)

Persekolahan

d)

Menyekolahkan

17.

Murid-murid tahun enam akan _________ percubaan UPSR pada hujung bulan nanti.

a)

terduduk

b)

menduduki

c)

kedudukan

d)

mendudukan

18.

Emak_________ gula dalam kopi panas itu supaya larut.

a)

diakcau

b)

pengacau

c)

kekacauan

d)

mengacaukan

19.

Murid-murid dikehendaki membuat _________ berdasarkan cerita yang dibaca.

a)

kesimpulan

b)

menyimpul

c)

bersimpul

d)

simpulan

20.

_________ yang dibuat oleh Ravindra itu memuaskan hati kedua-dua ibu bapanya.

a)

Penjelas

b)

Dijelaskan

c)

Penjelasan

d)

Menjelaskan

21.

Doktor Loo sedang membuat _________ ke atas pesakit itu.

a)

pemeriksa

b)

memeriksa

c)

peperiksaan

d)

pemeriksaan

22.

Semalam merupakan hari _________ am sempena Hari Kebangsaan.

a)

terlepas

b)

berlepas

c)

kelepasan

d)

melepaskan

23.

Kami telah menemui spesies tumbuhan yang baru di kawasan _________ itu.

a)

pedalaman

b)

mendalami

c)

pendalaman

d)

mendalamkan

24.

Puan Ratna telah _________ seorang cahaya mata perempuan pada pagi tadi.

a)

kurniaan

b)

dikurniakan

c)

pengurniaan

d)

mengurniakan

25.

Pihak polis telah mengeluarkan _________ mengenai kejadian rompakan semalam.

a)

penyata

b)

ternyata

c)

kenyataan

d)

menyatakan

26.

Wartawan itu _________ pelbagai soalan kepada Perdana Menteri.

a)

ajuan

b)

diajukan

c)

pengajuan

d)

mengajukan

27.

Bapa _________ sebidang tikar untuk meletakkan barang yang dibawa.

a)

menghamparkan

b)

dihamparkan

c)

terhampar

d)

hamparan

28.

Encik Husni terpaksa memperlahankan keretanya apabila ternampak sekawan lembu melintas di _________ jalan.

a)

setengah

b)

bertengah

c)

menengah

d)

pertengahan

29.

Para pelawat _________ tangga rumah tradisional itu dengan berhati-hati.

a)

turunkan

b)

menuruni

c)

diturunkan

d)

penurunan

30.

Latihan koir _________ kerana guru penasihat tidak hadir.

a)

pembatal

b)

dibatalkan

c)

pembatalan

d)

membatalkan

31.

_________ Wahida bagai dihiris sembilu apabila mengetahui kawan baiknya menipu dirinya.

a)

Berasa

b)

Perasa

c)

Merasai

d)

Perasaan

32.

Lagu _________ berkumandang dalam temasya Sukan Sea apabila atlet negara berjaya mengutip pingat emas.

a)

sebangsa

b)

berbangsa

c)

kebangsaan

d)

berbangsakan