wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pelepasan cukai

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Gambar menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan.


Apakah peranan agensi tersebut.

a)

mengutip cukai

b)

menjaga keamanan negara

c)

memberi pinjaman perniagaan

d)

menguatkuasakan undang-undang

2.

Jenis pelepasan cukai berbentuk Pengecualian Cukai diberikan kepada…

a)

Syarikat yang menyertai promosi anjuran kerajaan

b)

Perniagaan berasaskan pengeluaran bahan mentah tempatan

c)

Syarikat berstatus MSC dan terlibat dalam industri teknologi tinggi

d)

Syarikat yang terlibat dalam perniagaan pengeluran makanan dan pembinaan

3.

Bagaimanakah pelepasan cukai dapat membantu perkembangan perniagaan?

a)

mengurangkan kos perniagaan

b)

Menjana kreativiti dan inovatif

c)

memberi motivasi kepada peniaga

d)

dapat meningkatkan hasil perniagaan

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan taraf perintis?

a)

mendapat status perniagaan tidak perlu membayar cukai

b)

potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport makanan

c)

perniagaan baharu tidak perlu membayar cukai dalam satu tempoh masa

d)

Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport barang tempatan

5.

Berikut ialah jenis pelepasan cukai KECUALI

a)

Taraf Perintis

b)

Elaun Cukai Pelaburan

c)

Potongan Cukai

d)

Taraf Piawaian

6.

Yang manakah antara berikut bukan pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan

a)

Taraf perintis

b)

Elaun Cukai Pelaburan

c)

Elaun Cukai Eksport

d)

Elaun pelaburan semula

7.

Gambar 1 menunjukkan produk eksport yang mendapat pelepasan cukai kerajaan.

Apakah jenis pelepasan cukai tersebut?

a)

Potongan cukai

b)

Pengecualian cukai

c)

Elaun cukai pelaburan

d)

Elaun pelaburan semula

8.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan

· Elaun perintis

· Elaun cukai pelaburan

· Elaun pelaburan semula

Apakah matlamat utama kerajaan ?

a)

Meningkatkan kuasa beli penduduk

b)

Menggalakkan eksport hasil tempatan

c)

Memajukan perniagaan dan ekonomi

d)

Meningkatkan industri teknologi tinggi

9.

Puan Rahimah merupakan pengeluar pelbagai jenis kraftangan. Beliau sedang menimbangkan untuk membuka sebuah kilang baharu untuk mengeluarkan kraftangan daripada hasil rotan. Beliau ingin mengeksport keluarannya ke Eropah. Namun, beliau tidak mempunyai maklumat pengimport perabot di Eropah. Kawan beliau di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberitahu bahawa beliau layak dikecualikan daripada pembayaran cukai selama lima tahun jika mengeksport hasil kraftangan daripada rotan ke Eropah.

Apakah jenis pelepasan cukai yang layak diterima oleh Puan Rahimah?

a)

Taraf perintis

b)

Potongan cukai

c)

Elaun cukai pelaburan

d)

Elaun pelaburan semula

10.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada Syarikat XYZ Sdn. Bhd.

· Menyertai promosi kerajaan

· Dikecualikan pembayaran cukai selama 5 tahun

Apakah jenis pelepasan cukai yang layak diterima oleh syarikat itu?

a)

Taraf perintis

b)

Potongan cukai

c)

Pengecualian cukai

d)

Elaun pelaburan semula

11.

Apakah elaun pelaburan semula?

a)

Pelepasan cukai ekoran dpd pelaburan modal yg diberikan kpd perniagaan berstatus MSC & berasaskan bahan mentah tempatan

b)

Pelepasan kepada syarikat yang menyertai promosi oleh kerajaan dan dikecualikan cukai selama 5 tahun

c)

Pelepasan kepada syarikat yang berstatus MSC dan terlibat di dalam industri teknologi tinggi

d)

Pelepasan kepada syarikat yang terlibat dalam perniagaan pengeluaran makanan, pembinaan jalan dan pembukaan tanah untuk pembelian aset modal

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan.

· Syarikat Warisan Asli Sdn. Bhd terlibat dalam pengeluaran makanan.

· Sebahagian besar pendapatan syarikat digunakan untuk pembelian aset bagi meningkatkan lagi operasi pengeluaran

Apakah jenis pelepasan cukai yang layak diterima oleh syarikat itu?

a)

Taraf perintis

b)

Potongan cukai

c)

Pengecualian cukai

d)

Elaun pelaburan semula