wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa

Total questions: 50

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.
Ahmad suka ............... sekolah.
a)
ponteng
b)
poteng
2.
Program itu memberi banyak ..........
a)
manfaat
b)
manafaat
3.
Pihak sekolah sedang .........fail-fail di pejabat.
a)
mengemas kini
b)
mengemaskini
4.
Gadis itu........ cantik
a)
sungguh
b)
sunggoh
5.
Pelajar tidak dibenarkan membawa ..... ke sekolah
a)
mercun
b)
mercon
6.
Kita tidak boleh ........ kepada orang lain kelak akan dibenci.
a)
khianat
b)
kianat
7.
Pelajar harus lulus dalam ....................... Bahasa Melayu dan Sejarah.
a)
matapelajaran
b)
mata pelajaran
8.
....... tangan gadis itu telah diragut.
a)
Beg
b)
Bag
9.
Untuk menetapkan tarikh perkahwinan, mereka perlu merujuk ........ dahulu.
a)
kelender
b)
kalender
10.
Drama......itu mendapat sambutan yang hangat daripada para peminat.
a)
komidi
b)
komedi
11.

Apakah jenis ayat ini?

Jangan buang sampah di sini.

a)

Ayat larangan

b)

Ayat silaan

c)

Ayat suruhan

d)

Ayat perintah

12.

Apakah jenis ayat ini?

Sila serahkan buku-buku latihan itu ke bilik guru.

a)

Ayat silaan

b)

Ayat perintah

c)

Ayat larangan

d)

Ayat suruhan

13.
yang manakah bukan jawapan yang salah bagi ayat dibawah yang dipasifkan?
Kamu perlu membaca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti sebelum menandatanganinya.
a)
Sebelum menandatangainya, surat perjanjian jual beli rumah itu perlu kamu baca dengan teliti.
b)
Perlu kamu baca dengan teliti surat perjanjian jual beli rumah itu, sebelum menandatanganinya.
c)
Perlu kamu baca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti, sebelum menandatanganinya.
d)
surat perjanjian jual beli rumah itu perlu ditandatangani oleh kamu sebelum menandatanganinya.
14.

Yang manakah bukan ayat tunggal bagi ayat ini?

Golongan remaja memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga.

a)

Golongan remaja memerlukan kasih sayang daripada keluarga

b)

Golongan remaja memerlukan perhatian daripada keluarga.

c)

Kasih sayang daripada keluarga diperlukan oleh remaja.

15.

Remaja tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa walaupun kebanyakan daripada ibu bapa sibuk bekerja.

Ayat yang manakah bukan ayat tunggal bagi penyataan diatas.

a)

Remaja tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa.

b)

Kebanyakan daripada ibu bapa sibuk bekerja.

c)

Remaja diabaikan manakala ibu bapa sibuk bekerja.

16.

Oleh sebab itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka di samping memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.

Pecahan yang manakah bukan ayat tunggal?

a)

Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka.

b)

Ibu bapa perlu memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.

c)

Pencapaian akademik mereka akan centiasa cemerlang jika dipastikan oleh ibu bapa.

17.

Yang manakah bukan ayat tunggal yang betul?


Ibu bapa perlu menyemai tabiat menabung dan sikap cinta akan kebersihan

a)

Ibu bapa perlu menyemai sikap menabung dalam diri anak mereka

b)

Ibu bapa perlu menyemai sikap cinta akan kebersihan

c)

Ibu bapa perlu menyemai tabiat menabung.

18.

Yang manakah bukan pecahan ayat tunggal bagi ayat ini?

Hanis berasa amat terkejut apabila disergah oleh seorang pemuda dari belakang.

a)

Hanis amat terkejut disergah seorang pemuda

b)

Hanis berasa amat terkejut

c)

Hanis disergah oleh seorang pemuda dari belakang.

19.

Yang manakah bukan pecahan ayat majmuk yang betul?

Media massa melaporkan bahawa kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur semakin teruk

a)

Media massa melaporkan banjir kilat di Kuala Lumpur.

b)

Media massa melaporkan sesuatu

c)

Kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur

20.
Orang yang bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya.
Yang manakah peribahasa yang paling sesuai dengan maksud diatas?
a)
Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga
b)
Siapa makan cili dia yang terasa pedas
c)
Sudah jatuh ditimpa tangga
d)
                                                        Sudah terhantuk baru tergadah
21.

Jika dikehendaki bermacam-macam iktiar boleh dilakukan dan begitu juga sebaliknya. Peribahasa apakah yang menunjukkan maksud tersebut?

a)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

b)

Patah tumbuh hilang berganti

c)

Genggam bara api biar jadi abu

d)

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

22.

Peribahasa yang manakah tidak membawa maksud yang seerti?

a)

Genggam bara api sampai jadi abu

b)

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

c)

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

d)

Melepaskan batuk di tangga

23.

Apakah pola bagi ayat ini?

Kebudayaan nasional lambang identiti negara.

a)

FN+FK

b)

FN+FN

c)

FN+FS

d)

FN+FA

24.

Basikal merah itu untuk abang saya.

Nyatakan pola ayat di atas.

a)

FN+FS

b)

FN+FN

c)

FN+FA

d)

FN+FK

25.

Hutan sekitarnya segar-bugar bagaikan hamparan hijau.

Apakah pola ayat ini?

a)

FN + FN

b)

FN+ FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

26.
Pola ayat ini ialah?
Menara yang tinggi itu cantik reka  bentuknya. 
a)
FN+FA
b)
FN + FS
c)
FN+FN
d)
FN + FK
27.
Beberapa orang pakar bedah yang terkenal itu sedang melakukan pembedahan tersebut.  Nyatakan pola ayat berikut.
a)
FN + FN
b)
FN+FA
c)
FN+ FS
d)
FN+ FK
28.
Semua murid dikehendaki __________________ di dewan sekolah. 
a)
berkumpul
b)
mengumpul
c)
dikumpul
d)
mengumpulkan
29.
Farah ialah anak __________________ dalam keluarganya. 
a)
berdua
b)
kedua
c)
berdua-duaan
d)
dua
30.
Bapanya __________________ salah seorang pekerja untuk memantau tapak projek yang
baharu.
 
a)
diarah
b)
terarah
c)
mengarahkan
d)
mengarah
31.

Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ______________ .

a)

kelapa sawit

b)

bunga

c)

getah

d)

padi

32.

Banyak makan _________ bererti banyak pengalaman hidup.

a)

hati

b)

ubat

c)

gula

d)

garam

33.

Sebahagian _____________ tingkap rumah Nenek Lisa telah reput.

a)

sumpah-sumpah

b)

angkut-angkut

c)

kisi-kisi

d)

api-api

34.

Mak Shereen sedang menuang air ke dalam ________________ itu.

a)

labu-labu

b)

kisi-kisi

c)

dekak-dekak

d)

kuda-kuda

35.

___________________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.

a)

Budak-budak

b)

Kanak-kanak

c)

Lelaki-lelaki

d)

Pelajar-pelajar

36.

____________________ yang telah busuk itu telah dibuang ke dalam tong sampah.

a)

Buah-buah

b)

Buku-buku

c)

Bekas-bekas

d)

Barang-barang

37.

Kemalangan yang berlaku di bawah ________________ itu menyebabkan kesesakan lalu lintas.

a)

jejantas

b)

jambatan

c)

lapangan

d)

bangunan

38.

Haziq merupakan satu-satunya ________________ dari kelas kami yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia .

a)

dekan

b)

pelajar

c)

profesor

d)

pensyarah

39.

Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh _______________ dengan suara yang lantang.

a)

juruulas

b)

juruacara

c)

jurucakap

d)

juruhebah

40.

Penduduk Kampung Lubok Antu bergotong-royong membaiki ____________ yang rosak itu.

a)

jambatan

b)

jejambat

c)

jejantas

d)

jejari

41.

Dia berazam untuk _______________ badannya seperti dua tahun lalu.

a)

menjadikan

b)

mengecilkan

c)

mengecutkan

d)

menguruskan

42.

James berasa takut apabila tinggal di bilik yang _______________ itu.

a)

senyap

b)

sunyi

c)

diam

d)

riuh

43.

Pokok kelapa yang __________ itu telah tumbang dipukul ribut petang semalam.

a)

luas

b)

tinggi

c)

rimbun

d)

panjang

44.

Orang ______________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya.

a)

kaya

b)

papa

c)

cerdik

d)

peramah

45.

Perabot yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu _____________ yang diimport.

a)

nipis

b)

tebal

c)

kesat

d)

keras

46.

Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau ___________________ tidak sedap untuk dimakan.

a)

hangit

b)

tengik

c)

busuk

d)

basi

47.

Rayvalisa __________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi membeli-belah.

a)

aneh

b)

boros

c)

buruk

d)

bosan

48.

Ranggau kelihatan sungguh _____________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai.

a)

kesat

b)

basah

c)

comot

d)

compang

49.

Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.

a)

kegelapan

b)

kedinginan

c)

kemalapan

d)

kepanasan

50.

Kerajaan negeri bercadang untuk membina sebuah __________ bagi memudahkan para pengkaji bintang.

a)

balai cerap

b)

balai besar

c)

balairung seri

d)

balai bertingkat