NEW
Font size
WorksheetsKomsas Tingkatan 2
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Apakah maksud simpulan bahasa besar hati berdasarkan rangkap pertama Pantun Alam Remaja ?
Ikhlas
Kecewa
Gembira
Sombong
Yang berikut merupakan nilai yang terdapat dalam "Pantun Alam Remaja", kecuali
kerajinan
kemaafan
kasih sayang
tanggungjawab
Yang berikut merupakan sikap anak-anak terhadap ibu bapa seperti yang dinyatakan dalam pantun, kecuali
menyanyangi ibu bapa
membantu ibu bapa membuat kerja di rumah
menyambut kepulangan ibu bapa dengan perasaan gembira
menghargai pemberian ibu bapa
Unsur alam yang terdapat dalam "Pantun Kasih Sayang", kecuali
bulan
anak udang
pucuk pauh
buah mengkudu
Yang berikut ialah cara-cara memupuk kasih sayang antara sesama manusia, kecuali
saling bertanya khabar
sentiasa memaafkan orang lain
mendoakan kebaikan untuk orang lain
terlampau mengagungkan orang yang berjasa kepada kita
Maksud yang sesuai dengan frasa memaknakan kewujudan dalam rangkap terakhir sajak "Dalam Persekitaran Kata-Kata", ialah;
menjelaskan definisi
menyampaikan amanat
memaksudkan keadaan
mengertikan adanya sesuatu
Yang berikut ialah faedah-faedah yang diperoleh jika kita merantau di tempat orang, kecuali
mengetahui budaya bangsa lain
menjadi masyarakat di negara baru
memperoleh pengalaman yang berharga
melihat keindahan alam di tempat orang
Kesemua perkataan yang berikut membawa maksud perkataan damai, kecuali
aman
teduh
tenang
tenteram
Yang berikut bukan ciri-ciri sajak "Kucari Damai di Sini'?
Sajak ini berbentuk bebas
Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap
Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama
Panjang pendek setiap baris sajak ini ialah antara tiga hingga lapan patah kata
Berdasarkan sajak "Kucari Damai di Sini", di manakah penyajak mencari kedamaian?
Di pulau yang indah
Di negara yang asing
Di kampung halamannya
Di tanah subur makmur dan merdeka
Yang berikut ialah cara-cara untuk mengekalkan kedamaian dalam negara, kecuali
mengamalkan sikap bertolak ansur
menjaga keharmonian dengan jiran tetangga
menjaga hubungan baik dengan semua kaum
mengelakkan diri daripada bercampur gaul dengan masyarakat
"Pelanduk Mengajar Memerang". Yang berikut merupakan perwatakan memerang laki bini, kecuali
bijak menyelesaikan masalah
sangat menyanyangi anak-anaknya
menjadikan ikan sebagai makanan
bertanggungjawab terhadap anak-anaknya
Apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh seorang pemimpin apabila orang bawahannya datang mengadukan masalah?
memberikan wang ringgit dan meminta orang bawahannya menyelesaikan masalah itu sendiri
menggangap bahawa tugas itu bukan tugasnya sebagai pemimpin
memilih untuk berdiam diri dan tidak mencampuri urusan tersebut
memikirkan cara terbaik untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut
Berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen "Talia dan Raksasa Qadqad", kecuali
masyarakat yang menyayangi haiwan
masyarakat yang tamak dan kejam
masyarakat orang melayu
masyarakat yang berkonflik dengan alam
Yang manakan bukan gambaran tentang makhluk yang dipanggil Qadqad semasa dijumpai oleh Tahlia?
mengerang kesakitan
mempamerkan taringnya
kepalanya luka seperti dilibas dengan gergaji
cuba untuk melarikan diri apabila melihat kehadiran Tahlia
Yang berikut ialah sebab-sebab kita perlu mempunyai perasaan belas kasihan terhadap makhluk lain, kecuali
makhluk itu merupakan makhluk ciptaan Allah seperti kita
makhluk lain juga mempunyai hak untuk disayangi oleh manusia
supaya mahkluk itu dapat membantu kita suatu masa nanti
supaya kita tidak melakukan kekejaman terhadap makhluk lain
Perkataan yang membawa maksud yang sama dengan mengais ialah
menarik
mengetuk
membuka
mengorek
Nilai yang terdapat dalam Drama "Mahkamah" ialah
Keadilan
Kerjasama
Baik hati
Menyanyangi
Apakah hujah penguam bela untuk menafikan bahawa Bulat bin Leper bersalah?
Kesalahan yang dilakukan oleh Bulat bin Leper tidak serius
Bulat bin Leper sudah menginsafi perbuatannya itu
Bulat bin Leper telah membuang kulit pisang ke tempat wajar dan betul
Bulat bin Leper tidak sengaja membuang kulit pisang di merata-rata tempat
Yang berikut ialah kepentingan-kepentingan membicarakan sesuatu kesalahan dengan telus dan adilnya, kecuali
menggalakkan orang yang bersalah terlepas daripada hukuman
mengelakkan wujudnya penindasan terhadap golongan tertentu
hukuman tidak dikenakan terhadap orang yang tidak bersalah
orang yang benar-benar bersalah mendapat hukuman yang setimpal
