WorksheetsPPT SAINS TAHUN 4 K1 2021
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Rajah menunjukkan organ pernafasan manusia. Turutan yang betul bagi proses ini ialah...
Hidung → peparu →salur udara
Peparu → salur udara → hidung
Hidung → salur udara → peparu
Peparu → hidung → salur udara
Jadual menunjukkan degupan jantung Ramli semasa suatu aktiviti, iaitu G dan semasa rehat. Aktiviti G berkemungkinan ialah....
membaca
menonton televisyen
berbasikal
bermain piano
Apakah gas yang disedut semasa menarik nafas dan dihembus semasa menghembus nafas?
Menarik nafas = Oksigen , Menghembus nafas = Oksigen
Menarik nafas = Oksigen , Menghembus nafas = Karbon dioksida
Menarik nafas = Karbon dioksida , Menghembus nafas = Karbon dioksida
Menarik nafas = Karbon dioksida , Menghembus nafas = Oksigen
Peralatan Y di dalam gambar perlu digunakan..
supaya dia dapat sampai ke dasar laut dengan lebih cepat.
supaya ia dapat melindungi diri daripada jerung.
supaya dia memperolehi oksigen untuk pernafasan di bawah air
supaya dia tidak kekal lama di dalam air
Pilih organ perkumuhan.
Diafragma
Trakea
Ginjal
Pilih organ yang mengumuhkan peluh.
Peparu
Kulit
Ginjal
Apakah bahan yang dikumuhkan oleh organ dalam gambar?
Air kencing
Peluh
Wap air
Apakah organ pernafasan bagi Burung?
Peparu
Insang
Spirakel
Kulit lembap
Apakah organ pernafasan bagi Rama-rama?
Peparu
Insang
Spirakel
Kulit Lembap
Apakah organ pernafasan bagi ikan ?
peparu
insang
kulit lembap
spirakel
Haiwan Invertebrata ialah haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang. Haiwan manakah merupakan haiwan Invertebrata?
Burung
Kuda
Ikan
Nyamuk
Ayam, burung dan itik dikelaskan sebagai haiwan...
Mamalia
Burung
Ikan
Amfibia
Kenal pasti jenis rangsangan yang menyebabkan gerak balas pada gambar ini.
cahaya
sentuhan
graviti
air
Bahagian tumbuhan manakah yang bergerak balas terhadap air?
Akar
Pucuk
Batang
Daun
Apakah rangsangan yang menyebabkan daun semalu menguncup?
Graviti
Cahaya
Sentuhan
Air
Apakah yang dimaksudkan dengan proses fotosintesis?
Proses tumbuh-tumbuhan bergerak balas terhadap air
Proses membuat klorofil oleh tumbuhan hijau
Proses menyingkirkan karbon dioksida oleh tumbuhan hijau
Proses tumbuh-tumbuhan membuat makanannya sendiri
Gambar menunjukkan sejenis tumbuhan. Apakah bahan yang berwarna hijau pada tumbuhan tersebut?
Kanji
Glukosa
Klorofil
Gula
Gerak balas terhadap rangsangan membantu tumbuh-tumbuhan mendapatkan keperluan untuk menjalankan proses fotosintesis.
Pernyataan di atas benar atau salah.
Benar
Salah
Nyatakan inferens yang dapat dibuat berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
kerana akar bergerak balas terhadap graviti
kerana akar bergerak balas terhadap air
kerana akar bergerak balas terhadap cahaya
kerana akar bergerak balas terhadap sentuhan
Gambar menunjukkan satu pemerhatian yang dibuat pada sebatang anak pokok yang ditutup dengan kotak hitam yang berlubang selama satu minggu.
Apakah kesimpulan yang ingin dibuktikan?
Pucuk bergerak ke arah lubang
Pucuk bergerak balas terhadap udara
Pucuk bergerak balas terhadap air
Pucuk bergerak balas terhadap cahaya
Gambar menunjukkan sejenis tumbuhan yang diletakkan di tepi tingkap di dalam sebuah bilik yang kelam.
Apakah yang perlu dilakukan kepada tumbuhan itu supaya ia tumbuh tegak?
Menambahkan kuantiti baja
Menyiram air dengan kuantiti yang lebih
Letak di tempat terbuka di luar bilik itu
Alih ke tempat yang lebih jauh daripada tingkap
Akar akan bergerak balas terhadap ...
cahaya
graviti
air
sentuhan
Antara berikut yang manakah bayang-bayang bagi objek berikut?
Which of the following is the shadow for this object?
Objek legap bermaksud ...
cahaya boleh menembusi objek
cahaya tidak boleh menembusi objek
sebahagian cahaya boleh menembusi objek
Semakin dekat objek dari sumber cahaya, _______________
semakin besar bayang yang dipancarkan
semakin kecil bayang yang dipancarkan
semakin panjang bayang yang dipancarkan
semakin pendek bayang yang dipancarkan
Pilih rajah yang menunjukkan arah pantulan cahaya yang betul.
Namakan alatan yang digunakan dalam gambar ini.
mikroskop
teleskop
periskop
kanta pembesar
Bunyi bergerak ke ________________
satu arah
dua arah
semua arah
Apakah fenomena bunyi seperti gambar ini?
Ultrasonik
Sonar
Gema
Apakah yang sedang dipakai oleh petugas landasan kapal terbang ini?
pelindung telinga
penangkap bunyi
penyerap bunyi
Apakah kegunaan sonar?
untuk mengesan objek di dalam air
untuk berubat
untuk menanam pokok
untuk mengkaji bunyi
Apa itu ultrasonik?
bunyi yang terhasil apabila bunyi dipantulkan pada objek keras
bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia tetapi didengar oleh haiwan
Bahan organik daripada tumbuhan dan haiwan yang membekalkan tenaga apabila dibakar ialah tenaga.....
matahari
angin
biojisim
bahan api fosil
Apakah kegunaan sumber tenaga di atas?
membekalkan tenaga haba
membekalkan tenaga angin
membekalkan tenaga elektrik
Empangan merupakan penjana tenaga elektrik utama di Negara kita. Apakah bentuk tenaga yang digunakan oleh empangan?
Air
Ombak
Nuklear
Matahari
Maklumat di bawah adalah tentang Tenaga Y.
*Sumber tenaga terpenting di dunia
*Boleh menghasilkan tenaga untuk kenderaan dan kilang
*Boleh habis sekiranya tidak digunakan secara berhemah
Apakah Tenaga Y?
(ID:0.38 IK:0.57)
Arang
Gas asli
Petroleum
Tenaga nuklear
Apakah jenis sumber tenaga yang ditunjukkan oleh gambar tersebut?
air
nuklear
ombak
bateri
