NEW
Font size
WorksheetsSPMC Set 13 2023
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Antara yang berikut, yang manakah yang boleh dibuang ke dalam sinki?
Bahan yang reaktif
Mempunyai nilai pH 6
Mempunyai nilai pH10
Sebatian pelarut organik
Apakah warna label pada alat pemadam api yang sesuai untuk semua jenis kebakaran?
Merah
Hitam
Krim
Biru
Rajah 1 menunjukkan satu teknik dalam Heimlich Manoeuvre.
Apakah tujuan teknik ini perlu dilakukan?
Meningkatkan daya pernafasan pada saluran pernafasan
Menambahkan diameter salur pernafasan
Menambahkan tekanan dalam peparu
Meningkatkan isi padu udara dalam peparu
Rajah 2 menunjukkan bahagian pada sebuah termometer.
Apakah fungsi R?
Menjadikan termometer tahan lebih lama
Memastikan julat suhu 35oC hingga 42oC
Menghalang merkuri berkembang dengan cepat
Mengekalkan bacaan suhu setelah termometer dikeluarkan dari mulut
Kadar denyutan nadi ialah pengukuran bilangan degupan jantung dalam seminit. Jika denyutan nadi seorang atlet lelaki dalam 10 saat ialah 12, apakah kadar denyutan nadinya?
36
72
60
120
Apakah maksud Teknologi Hijau?
Aplikasi dan produk serta sistem yang boleh menjimatkan masa
Aplikasi produk serta sistem yang boleh memelihara alam sekitar
Aplikasi dan produk serta sistem yang boleh menambah bilangan tumbuhan
Aplikasi dan produk serta sistem yang membolehkan ekonomi berkembang dengan pesat
Rajah 3 menunjukkan satu bencana yang disebabkan oleh satu isu sosiosaintifik.
Apakah tindakan yang perlu diambil untuk menghalang bencana ini daripada berlaku?
Mengawal aktiviti pembalakan
Menghalang pembakaran terbuka
Merawat kembali sisa pertanian
Mengurangkan penggunaan racun serangga dan bahan kimia
Apakah punca utama kesan rumah hijau?
Penambahan suhu Bumi
Penipisan lapisan atmosfera Bumi
Kenaikan purata suhu atmosfera
Peningkatan kandungan gas karbon dioksida
Rajah 4 menunjukkan pewarisan warna bagi sejenis bunga.
Apakah peratus kebarangkalian bunga putih dalam generasi F1?
25%
50%
75%
100%
Rajah 5 menunjukkan maklumat bagi teknologi kejuruteraan genetik X.
Apakah teknologi kejuruteraan genetik X?
Terapi gen
Kaedah kariotip
Teknologi DNA rekombinan
Organisma termodifikasi genetik (GMO)
Rajah 6 menunjukkan sejenis tumbuhan herba.
Antara berikut, pernyataan manakah betul tentang struktur K?
Melilit pada kayu untuk memudahkan proses pendebungaan
Memanjat pada kayu untuk mendapatkan cahaya matahari
Mencengkam pada kayu untuk membantu kestabilan tumbuhan
Melingkar pada kayu untuk meningkatkan pusat graviti tumbuhan
Rajah 7 menunjukkan satu artikel yang disiarkan di media.
Antara yang berikut, manakah cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut?
Mengambil pil hormon
Mengelakkan makanan laut
Mengambil sedikit karbohidrat dalam pemakanan
Mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak
Rajah 8 menunjukkan kedudukan unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
Antara yang berikut, pasangan manakah yang bukan unsur logam?
M dan Q
N dan M
P dan N
Q dan P
Seorang wanita sedang mengalami masalah darah beku dalam saluran darahnya.
Apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk mengesan kedudukan darah beku tersebut?
Menjalani terapi Iodin-131
Menyuntik Natrium-24 dalam badan
Mengambil pil yang mengandungi Karbon-14
Menggunakan mesin radioterapi yang mengandungi Kobalt-60
Rajah 9 menunjukkan ciri-ciri sejenis kaca.
Apakah jenis kaca itu?
Kaca silika terlakur
Kaca soda kapur
Kaca borosilikat
Kaca plumbum
Rajah 10 menunjukkan dua contoh faktor luaran yang menghasilkan bahan X.
Apakah kesan bahan X terhadap kesihatan manusia?
Kemurungan
Hilang ingatan
Darah lambat beku
Kegagalan buah pinggang
Antara produk berikut, yang manakah menerangkan kegunaan bahan aktif dalam produk kesihatan?
Mencegah penyakit
Menghalang proses penuaan
Sebagai bahan pengawet supaya produk tahan lebih lama
Mencegah proses pengoksidaan berlaku pada produk kesihatan
Rajah 11 menunjukkan carta pita detik bagi sebuah objek.
Antara yang berikut, manakah yang betul tentang jenis pergerakan objek tersebut?
Halaju sifar
Halaju seragam
Halaju berkurang secara seragam
Halaju bertambah secara seragam
Rajah 12 menunjukkan dua graf sesaran-masa bagi dua buah kereta mainan.
Berdasarkan Rajah 12, pernyataan manakah yang betul?
Pada saat 8-12, kereta N mengalami halaju seragam
Kereta M berada dalam keadaan pegun pada masa 12-16 saat
Pada saat ke-12, kedua-dua kereta mempunyai sesaran yang sama
Halaju kereta M pada masa 0-8 saat lebih tinggi daripada halaju kereta N
Sebuah kapal tangki akan terus bergerak walaupun enjinnya telah dimatikan.
Antara berikut, manakah yang menjelaskan fenomena tersebut?
Pecutan yang tinggi
Inersia yang besar
Momentum yang besar
Tenaga keupayaan yang tinggi
Apakah sebab negara Rusia, Perancis, USA dan Jepun menggunakan sumber tenaga nuklear berbanding dengan sumber lain
Menghasilkan tenaga boleh baharu
Membebaskan gas rumah hijau yang banyak
Menghasilkan tenaga yang lebih besar dan efisyen
Meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia
Rajah 13 menunjukkan sebahagian stesen jana kuasa tenaga nuklear. Apakah fungsi W?
Menyerap haba
Memperlahankan neutron
Mengelak kebocoran reaktor
Mengawal kadar tindak balas pembelahan nukleus
Seorang penunggang motorsikal mengalami luka di bahagian lutut kerana terjatuh dari motorsikalnya. Apakah kaedah yang paling sesuai untuk menghalang jangkitan mikroorganisma?
Mendedahkan luka di bawah sinar ultraungu
Menyapu luka menggunakan antiseptik
Mensteril luka dengan air panas
Mencuci luka dengan disinfektan
Maklumat berikut menunjukkan tabiat pemakanan bagi seorang murid.
Apakah penyakit yang mungkin akan dihadapi jika dia mengekalkan cara pemakanan yang sama?
Anoreksia
Obesiti
Asma
Goiter
Rajah 14 menunjukkan sebahagian daripada kitar nitrogen.
Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan bakteria J?
Menambah ion nitrat dalam tanah
Mengurai ion nitrit menjadi ammonium
Menukarkan protein haiwan dan tumbuhan
Mengoksida oksigen membentuk gas nitrogen dioksida
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh penggunaan baka yang bermutu?
Pengklonan anak pokok
Teknik penanaman aeroponik
Penghasilkan tembikai empat segi
Penanaman Belimbing Bintang Mas
Ibu ingin menyediakan sandwic untuk jamuan di sekolah pada 29 November 2023.
Antara berikut, roti manakah yang patut ibu beli?
Sekumpulan murid berkelah di kawasan air terjun dan membawa banyak makanan yang dibungkus dengan plastik.
Apakah tindakan terbaik yang perlu mereka lakukan untuk melupuskan sisa plastik tersebut?
Melonggokkan sisa plastik di satu tempat
Menanam sisa plastik tersebut di dalam tanah
Membakar sisa plastik tersebut dalam unggun api
Membawa pulang sisa plastik tersebut untuk dikitar semula
Antara berikut, manakah yang merupakan tindak balas cepat?
Fotosintesis dalam tumbuhan
Pembakaran arang
Pengaratan paip besi
Penapaian beras
Rajah 15 menunjukkan graf isi padu gas melawan masa.
Antara titik A, B, C dan D, yang manakah menunjukkan kadar tindak balas paling tinggi?
A
B
C
D
Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebatian karbon organik?
Berlian
Petroleum
Natrium klorida
Gas karbon dioksida
Rajah 16 menunjukkan persamaan perkataan bagi proses penapaian.
Apakah X?
Enzim zimase
Asid organik
Wap air
Etanol
Apakah komponen utama minyak sawit?
Gliserol dan ester
Asid lemak dan ester
Gliserol dan asid lemak
Asid lemak dan alkohol
Rajah 17 menunjukkan maklumat tentang sebatian karbon.
Apakah contoh K?
Minyak ikan
Minyak zaitun
Minyak kelapa
Minyak kacang soya
Apakah anion yang hadir dalam larutan kuprum(II) sulfat?
Ion kuprum(II)
Ion sulfat
Ion hidrogen
Ion oksida
Rajah 18 menunjukkan sel kimia ringkas.
Antara berikut, logam manakah yang boleh digunakan untuk menggantikan zink bagi mendapatkan bacaan voltan yang paling tinggi?
Ferum
Stanum
Plumbum
Argentum
Jadual 1 menunjukkan panjang fokus bagi tiga kanta cembung.
Rajah 19 menunjukkan satu alatan optik yang memerlukan dua kanta cembung.
Berdasarkan Jadual 1 dan Rajah 19, pilih kombinasi kanta cembung yang sesuai untuk alat ini menghasilkan imej dengan pelarasan normal yang betul.
Apakah ciri imej bagi kanta pembesar?
Nyata dan tegak
Maya dan songsang
Maya dan dibesarkan
Songsang dan dibesarkan
Rajah 20 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji prinsip Bernoulli.
Antara berikut, pernyataan manakah yang betul?
Tekanan di L paling tinggi
Halaju air di M paling tinggi
Halaju air di L adalah paling rendah
Tekanan di K lebih tinggi dari tekanan di M
Rajah 21 menunjukkan koordinat format DMS bagi SMK King Edward.
Apakah koordinat GPS sekolah dalam format DD?
6.700830
6.211667
6.82083
6.211681
