NEW
Font size
WorksheetsKata Ganda Berentak
Total questions: 26
Worksheet time: 52mins
Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _______________ itu.
bengkang-bengkok
kacau-bilau
batu-batan
haru-hiru
Kaki Niko _______ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.
punah-ranah
robak-rabik
lekuk-kekak
calar-balar
Badan saya terasa ___________ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.
tawar-hambar
segar-bugar
comot-momot
kusut-masai
Encik Hardy mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik _____________ di pantai itu.
riuh-rendah
kacau-bilau
mandi-manda
mundar-mandir
Sifat _____________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati para tetamu.
remeh-temeh
kelam-kabut
ramah-tamah
keluh-kesah
Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____________ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.
serta-merta
porak-peranda
lambat-laun
remeh-temeh
Pak Ali tahu ____________ tentang kawasan pedalaman itu.
lenggak-lenggok
serba-serbi
simpang-siur
hiruk-pikuk
Musim kemarau telah menyebabkan kawasan tadahan air itu ________________.
gembar-gembur
serba-serbi
gundah-gulana
kering-kontang
Rumah Nenek Winnie _______ dengan suara cucu-cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
tunggang-langgang
riuh-rendah
punah-ranah
calar-balar
Rendang itu sangat sedap kerana dimasak menggunakan _______________ yang istimewa.
rempah-ratus
lauk-pauk
sayur-mayur
saki-baki
Hati Victoria _____________ apabila mendapati komputer ribanya hilang.
compang-camping
remuk-rendam
porak-peranda
kusut-masai
_______________ yang terhidang di atas meja itu sungguh menyelerakan.
Rempah-ratus
Lauk-pauk
Batu-batan
Saki-baki
Mulut pelakon itu ____________ menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
comot-momot
simpang-siur
kumat-kamit
kusut-masai
Siti bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat _______________ tradisional.
rempah-ratus
sayur-mayur
tanah-tanih
kuih-muih
Nasi itu _______________ kerana api dapur terlalu besar.
hangit-pengit
gelap-gelita
hancur-lebur
haru-biru
Sesiapa yang dapat menjawab _____________ itu akan diberi hadiah oleh Cikgu Jefery.
lekak-lekuk
selang-seli
kotak-katik
teka-teki
gegak-gempita
Tarian yang ____________________ itu menarik perhatian ramai penonton.
liang-liuk
lemak-merdu
lemah-gemalai
lemah-longlai
Suasana di kampung itu ___________________ kerana bekalan elektrik terputus.
kacau-bilau
gelap-gelita
terang-benderang
porak-peranda
Beberapa orang murid sekolah itu mengalami _______________ akibat keracunan makanan.
cirit-birit
lemah-gemalai
hiruk-pikuk
lemah-longlai
Abang sedang menebas ____________________ di belakang rumah untuk menanam sayur.
tanah-tanih
bukit-bukau
hutan-rimba
semak-samun
