wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER MPU2243

Total questions: 15

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Susun baris-baris yang diberikan untuk membentuk sebuah rangkap dalam sebuah sajak KUANTRAIN.


~ menghilang muncul jua~

~kenangan masa lampau~

~yang dulu sinar silau~

~Mendatang-datang jua~

a)

Yang dulu sinar silau

kenangan masa lampau

mendatang-datang jua

menghilang muncul jua.

b)

Menghilang muncul jua

kenangan masa lampau

yang dulu sinar silau

mendatang-datang jua.

c)

Mendatang-datang jua

kenangan masa lampau

menghilang muncul jua

yang dulu sinar silau.

d)

Kenangan masa lampau

mendatang-datang jua

menghilang muncul jua

yang dulu sinar silau.

2.

Bilakah suatu sajak itu digelar sebagai sebuah 'satira'?

a)

Mengandungi unsur sindiran atau kecaman tajam terhadap sesuatu.

b)

Mengandungi unsur rindu, kasih sayang dan kasih mesra.

c)

Mengungkapkan rasa duka atau keluh kesah kerana kesedihan.

d)

Memberikan nasihat yang membawa ke arah kebenaran sebagai satu pedoman.

3.

Rangkap sajak yang diberikan ini merupakan salah satu sajak ________________.


"Aku berteleku

terpaku kaku pada jagaku."

a)

Pangkal

b)

Eksperimen

c)

Lompang

d)

Asonansi

4.

Lakukan 'inversi' kepada susunan kata di bawah.


"Sepasang tangan yang longlai gagal menggapai pelukan gemalai."

a)

Menggapai pelukan gemalai gagal yang longlai sepasang tangan.

b)

Sepasang tangan gagal yang menggapai pelukan gemalai longlai.

c)

Gagal menggapai pelukan gemalai sepasang tangan yang longlai.

d)

Yang longlai gagal menggapai pelukan gemalai sepasang tangan.

5.

"Kereta kuda pedati lembu,

Singgah mari di tepi kuala,

Tuan sutera saya belacu,

Manakan boleh berganding sama."


Baris yang manakah menunjukkan sifat 'personifikasi' dalam serangkap pantun?

a)

Kereta kuda pedati lembu

b)

Singgah mari di tepi kuala

c)

Tuan sutera saya belacu

d)

Manakan boleh berganding sama

6.

Pilih baris yang mempunyai gaya bahasa 'metafora'.

a)

Bererti meracun diri.

b)

Langit merintih awan menangis.

c)

Bagai sutera dalam lukisan.

d)

Dinda merak kanda gagak.

7.

Anak ikan dalam kolam,

Anak kijang atas darat;

Minta makan tanpa salam,

Anak bujang memuja barat.


________________________,

Berlari-lari girang bercanda;

________________________,

Jati diri porak peranda.

a)

Anak kijang atas darat

&

Anak bujang memuja barat

b)

Anak ikan dalam kolam

&

Anak kijang atas darat

c)

Anak ikan dalam kolam

&

Minta makan tanpa salam

d)

Anak kijang atas darat

&

Minta makan tanpa salam

8.

Siapakah seorang penggiat sastera Melayu tradisional yang banyak mendendangkan semula puisi tradisional dalam bentuk nyanyian di saluran YouTube seperti Syair Siti Zubaidah, Gurindam Dua Belas Pasal yang Pertama, dan Seloka Pak Kaduk?

a)
b)
c)
d)
9.

Mengapakah rangkap kisah Pak Kaduk menjadi 'seloka'?


"Aduhai malang Pak Kaduk,

Ayamnya menang kampung tergadai;

Ada nasi dicurahkan,

Awak pulang kebuluran.


Mudik menongkah surut,

Hilir menongkah pasang,

Ada isteri dibunuh,

Nyaris mati oleh tak makan.


Masa belayar kematian angin,

Sauh dilabuh bayu berpuput,

Ada rumah bertandang duduk,

Aduhai, malang Pak Kaduk."

a)

Kerana ia merupakan sebuah kisah sedih.

b)

Kerana Pak Kaduk merupakan seorang penseloka.

c)

Kerana kisah ini mengandungi unsur jenaka dan sindiran.

d)

Kerana pantun ini boleh dinyanyikan atau didendangkan oleh sesiapa sahaja.

10.

Perwira


Perwira

dikaulah harapan hati

penghibur kala sunyi

pergilah berbakti

membela pertiwi.


Perwira

janganlah kekanda bimbang

untuk pergi berjuang

andainya kau gugur

jasamu dikenang.


Dengarlah laguku cipta

gubahan mesra dan manja

sebagai ganti diri

bersama kau berbakti

semuga tabah hati.


Kekanda di medan perang

adinda di medan seni

sama-sama berjuang sama-sama berbakti

untuk ibu pertiwi.


Majulah kekanda maju jangan undur

dinda mohon doa restu

rela sehidup semati bersamamu,


Perwiraku...


Musik: P Ramlee

Lirik: Ainol Jamal

Vokal: Saloma

Orkestra: P Ramlee

Filem: 'Masam Masam Manis' / 'Sweet Sour' (1965)


Apakah jenis puisi kepada lirik lagu 'Perwira' yang dicipta oleh P. Ramlee dan dinyanyikan oleh Saloma di atas?

a)

Ode

b)

Hymn

c)

Epigram

d)

Elegi

11.

Isikan tempat kosong yang diberikan bagi melengkapkan rangkap 'gurindam' di bawah.


"Cari olehmu akan sahabat,

yang boleh dijadikan ubat.

Cari olehmu akan guru,

___________________________.

Cari olehmu akan isteri,

yang boleh dimenyerahkan diri.

Cari olehmu akan kawan,

pilih segala orang yang setiawan.

Cari olehmu akan abdi,

_______________________________.

a)

biar banyak ilmu baharu

&

yang suka bermain judi

b)

yang hanya pandai menggaru

&

yang mandi pakai baldi

c)

yang boleh tahukan seteru

&

yang ada baik sedikit budi

d)

boleh tahu yang mana seteru

&

faham akan apa makna abadi

12.

Manakah antara rangkap syair tersebut yang mewakili maksud tersebut?


"Serangan oleh garuda menggunakan teriakan yang luar biasa bergema sehingga menyebabkan rakyat negeri menjadi huru-hara dan kalut serta dilanda duka lara, lesu dan tanpa arah tujuan."

a)

Datanglah menyambar suaranya bahana,

Gemparlah sekalian mulia dan hina,

Seisi negeri gundah-gulana,

Membawa diri ke mana-mana.

b)

Beberapa lamanya dalam kerajaan,

Baginda duduk bersuka-sukaan,

Datanglah beroleh kedukaan,

Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

c)

Hairan orang empunya temasya,

Baginda itulah raja perkasa,

Sangat tiada merasai susah,

Entah pada esok dan lusa.

d)

Seri sultan raja bestari,

Setelah ia sudah beristeri,

Beberapa bulan beberapa hari,

Hamillah puteri permaisuri.

13.

"cahaya kartika bintang Gemerlapan ,

Beratur bagai majelis dijangka,

terbit belaka Sekaliannya bintang,

Pungguk melihat duka kalbunya."


Susun semula perkataan-perkataan dalam setiap baris rangkap syair ini untuk menghasilkan rangkap syair yang tepat.

a)

Gemerlapan bintang cahaya kartika,

Beratur bagai majelis dijangka,

Sekaliannya bintang belaka terbit ,

Pungguk melihat duka kalbunya .

b)

Gemerlapan bintang kartika cahaya ,

Beratur bagai dijangka majelis ,

Sekaliannya terbit belaka bintang ,

Pungguk kalbunya melihat duka.

c)

Gemerlapan kartika cahaya bintang ,

Beratur dijangka majelis bagai ,

Sekaliannya belaka bintang terbit ,

Pungguk duka melihat kalbunya.

d)

Gemerlapan cahaya bintang kartika,

Beratur majelis bagai dijangka,

Sekaliannya bintang terbit belaka,

Pungguk melihat kalbunya duka.

14.

"Ia tak ubah rempuh debaran

menggelegak dan sedang memuncak

leka yang mengancam

terlihat mendesak.


Banyak ruang difikirkan semula

masih terbuka lompang yang ada

ada pergerakan wajar dibataskan

banyak keperluan minta diringkaskan!"


Di atas merupakan karya sajak Lim Swee Tin. Baca betul-betul dan hayati isi sajak tersebut. Pilih tajuk sajak yang terbaik daripada pilihan di bawah.

a)

Mencari Normal Baharu

b)

Sejarah Baharu

c)

Perintah Kawalan Pergerakan

d)

Dalam Kelekaan

15.

Manakah di antara plot tersebut TIDAK SESUAI digunakan bagi sebuah cerpen bergenre dongeng hikayat klasik.

a)

Seorang lelaki berjaya merompak sebuah bank dengan menggunakan beberapa alat teknologi yang canggih.

b)

Seorang putera raja menyelamatkan seorang gadis kampung daripada ditawan oleh lanun.

c)

Seekor ular jadian telah menyerang sebuah kerajaan dewa di bumi.

d)

Seorang puteri bunian telah dilahirkan daripada buih yang berterbangan dari samudera biru dan menjalani hidup sebagai manusia biasa.