wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz eCepat Kategori SM (Tingkatan 6)

Total questions: 50

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Kenal pasti persamaan antara orang yang amanah dan orang yang bersikap jujur

a)

A. Mengambil hak orang lain dengan mudah

b)

B. Selalu memberi alasan untuk lari daripada menjalankan tugas

c)

C. Menyalahgunakan kuasa yang dipertanggungjawabkan

d)

D. Melaksanakan tugas dengan sempurna dan bertanggungjawab

2.

Sebelum SPRM beroperasi, SPRM dikenali dengan ?

a)

A. Badan Pemulihan Rasuah (BPR)

b)

B. Badan Pencegah Rasuah (BPR)

c)

C. Biro Pencegahan Rasuah (BPR)

d)

D. Badan Penguatkuasaan Rasuah (BPR)

3.

Sebagai seorang pelajar perlulah _______________


I. Hormat guru

II. Bercinta di sekolah

III. Belajar sambil lewa

IV. Mematuhi peraturan sekolah

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. I, II dan II

d)

D. I, II, III dan IV

4.

Bilakah BPR mula diwujudkan ?

a)

A. 1 Oktober 1957

b)

B. 1 Oktober 1967

c)

C. 1 September 1957

d)

D. 1 Ogos 1967

5.

Semangat patriotisme adalah semangat cintakan negara. Dengan adanya semangat ini, seseorang jurulatih sukan akan ____________


I. Dibayar gaji yang tinggi

II. Mempunyai jati diri yang mantap

III. Sanggup berkorban untuk negara

IV. Mempunyai semangat daya juang yang tinggi

a)

A. I dan IV

b)

B. I, II dan III

c)

C. II, III dan IV

d)

D. I, II, III dan IV

6.

Apakah visi Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) ?

a)

A. Mewujudkan generasi muda yang membenci rasuah dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah

b)

B. Menerajui usaha pembudayaan nilai-nilai murni, pencegahan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pelajar IPT.

c)

C. Membudayakan nilai-nilai murni dan antirasuah dalam kalangan pelajar IPT

d)

D. Suara Mahasiswa Memerangi Rasuah

7.

"En. Aliff merupakan seorang pegawai kastam. Beliau sentiasa berpuas hati dan berterima kasih atas segala rezeki yang diperoleh. En. Aliff pernah menolak suapan RM5,000 yang ingin diberikan oleh seorang ahli perniagaan yang ingin barangnya dikecualikan cukai. Berdasarkan pernyataan di atas, En Aliff merupakan seorang individu yang memiliki sifat _______________

a)

A. Berwibawa dan berhati mulia

b)

B. Jujur dan bersyukur

c)

C. Baik hati dan tidak tamak

d)

D. Dermawan dan suka membantu

8.

Apakah hukuman sekiranya kita gagal melaporkan pemberian, janji atau tawaran rasuah? *

a)

A. Denda tidak melebihi RM 200,000.00 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

b)

B. Denda tidak melebihi RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

c)

C. Denda tidak melebihi RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

d)

D. Denda tidak melebihi RM 200,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

9.

Seorang pengurus syarikat pengedar kereta telah menawarkan diskaun 75 peratus kepada seorang pegawai penguat kuasa untuk membeli sebuah kereta mewah. Sebagai balasannya, penguat kuasa tersebut tidak mengambil tindakan terhadapnya yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan kereta. Apakah bentuk rasuah yang dilakukan oleh pengurus syarikat di atas ? *

a)

A. Rasuah berbentuk material

b)

B. Rasuah berbentuk diskaun

c)

C. Rasuah berbentuk jawatan

d)

D. Rasuah berbentuk perkhidmatan

10.

Apakah nama salah satu badan khas yang diwujudkan bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntibiliti dalam perjalanan SPRM ? *

a)

A. Panel Penilaian Operasi

b)

B. Jawatankuasa Memerangi Rasuah

c)

C. Panel Pendidikan Rasuah

d)

D. Jawatankuasa Penguatkuasaan Rasuah

11.

"Razman ditahan oleh pihak polis kerana melakukan kesalahan lalu lintas. Bagi mengelakkan dirinya dikenakan tindakan undang-undang, Razman telah menghulurkan wang tunai sebanyak RM100 kepada anggota polis tersebut."Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh anggota polis tersebut?

a)

A. Memberi nasihat

b)

B. Menangkap perasuah

c)

C. Menerima wang tersebut

d)

D. Memarahi perasuah

12.

Apakah 4 kesalahan utama rasuah yang tepat ?

a)

A. Memberi, menerima, membuat dokumen palsu, salah guna kedudukan/jawatan.

b)

B. Memberi, menerima, tuntutan palsu dan salah guna kedudukan/jawatan.

c)

C. Memberi, menerima, membuat dokumen palsu, gila kuasa.

d)

D. Memberi, menerima, menipu, salah guna kedudukan/jawatan.

13.

Setiap hukuman yang dikenakan ke atas pesalah bertujuan sebagai __________ kepada orang lain

a)

A. Denda

b)

B. Pengajaran

c)

C. Panduan

d)

D. Bimbingan

14.

Di bawah peruntukkan manakah bagi kesalahan menawarkan/memberi suapan/rasuah?

a)

A. Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

b)

B. Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

c)

C. Seksyen 17(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

d)

D. Seksyen 17(d) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

15.

Apakah etika yang membantu meningkatkan pengalaman sukan yang positif kecuali

a)

A. Bermain dengan adil

b)

B. Mengamalkan semangat kesukanan

c)

C. Sentiasa tidak mematuhi arahan guru

d)

D. Mematuhi peraturan permainan

16.

Bilakah Akta Perlindungan Saksi 2009 dikuatkuasakan ?

a)

A. 15 Mac 2009

b)

B. 15 April 2009

c)

C. 15 Mac 2010

d)

D. 15 April 2010

17.

Pilih situasi di bawah yang menunjukkan amalan rasuah telah berlaku:


I. Ali memberi hadiah berbentuk set golf kepada Ahmad supaya Ahmad meluluskan pinjamannya

II. Ramli membuat kenduri makan kepada pekerjanya kerana kecemerlangan pekerjanya dalam kerja

III. Pengurus syarikat menawarkan kenaikan pangkat kepada akauntannya supaya tidak membocorkan rahsia penyelewengan wang syarikat

IV. Kelemahan pengurusan pentadbiran menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan dan perselisihan pendapat antara kakitangan awam

a)

A. I, II dan III

b)

B. I, II dan IV

c)

C. I, III dan IV

d)

D. Kesemua di atas

18.

Selain daripada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, akta apakah yang digunakan SPRM untuk melindungi pemberi maklumat ?

a)

A. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

b)

B. Akta Perlindungan Saksi 2009

c)

C. Akta Keterangan 1950

d)

D. Akta Mahkamah Kehakiman 1964

19.

Maklumat apakah yang dipaparkan di laman sesawang SPRM bagi Data Pesalah Rasuah ?

a)

A. Gambar, Nama, No. Telefon, Warganegara

b)

B. Gambar, Nama, No. Telefon, Alamat

c)

C. Gambar, Nama, No. Pengenalan Diri, Alamat

d)

D. Gambar, Nama, No. Pengenalan Diri, Warganegara

20.

Apakah jenis perlindungan yang ada dibawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 ?

a)

A. Indentiti pemberi maklumat serta maklumat adalah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan kepada sesiapa termasuk semasa perbicaraan di mahkamah.

b)

B. Pemberi maklumat akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009

c)

C. Pemberi maklumat bebas untuk membuat sesuka hati kerana dia dilindungi.

d)

D. Menyediakan tempat tinggal kepada pemberi maklumat dan memberikan pembayaran sara hidup.

21.

Pilih penyataan menunjukkan seseorang pekerja menghayati tugas yang diberikan kepadanya.

a)

A. Datang tepat pada masa

b)

B. Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab

c)

C. Bekerja dengan bersungguh-sungguh

d)

D. Menjalankan penyelidikan

22.

Berapakah jumlah tangkapan yang dibuat oleh SPRM pada tahun 2019 ?

a)

A. 998

b)

B. 1135

c)

C. 904

d)

D. 934

23.

Pilih penyataan yang benar berkaitan situasi apabila tiada integriti Nasional


I. Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas

II. Penguatkuasaan yang tidak berkesan dan ada kalanya dilakukan secara berpilih

III. Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender

IV. Kelemahan pengurusan pentadbiran menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan dan perselisihan pendapat antara kakitangan awam

a)

A. I dan III

b)

B. Il dan IV

c)

C. I,III dan IV

d)

D. I, II, III dan IV

24.

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah diwujudkan bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntibiliti dalam perjalanan SPRM. Apakah salah satu terma rujukan jawatankuasa ini?

a)

A. Untuk menasihati SPRM tentang apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia.

b)

B. Untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia.

c)

C. Meneliti jenis kesalahan yang dilakukan oleh Pegawai SPRM dan mencadangkan langkah-langkah meningkatkan kecekapan dan kebolehan pegawai melaksanakan tugas (melalui latihan dan sebagainya).

d)

D. Menasihati Suruhanjaya, bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pencegahan rasuah melalui mekanisme pengukuhan integriti dalam sektor awam dan sektor swasta.

25.

Jelaskan kepentingan menerapkan sikap amanah, jujur, ikhlas dan berdisiplin dalam kalangan pelajar?

a)

A. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan

b)

B. Menjadikan pelajar sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara

c)

C. Melatih diri pelajar agar sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan

d)

D. Mengelakkan pelajar daripada terjebak dalam salah laku dan jenayah rasuah apabila mereka dewasa kelak

26.

Di bawah peruntukkan manakah bagi kesalahan meminta/menerima suapan/rasuah?

a)

A. Seksyen 15 & 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

b)

B. Seksyen 16 & 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

c)

C. Seksyen 15 & 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

d)

D. Seksyen 16 & 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

27.

Apakah ciri-ciri individu yang bersifat jujur?


I. Bercakap benar

II. Amanah

III. Mengelapkan wang syarikat

IV. Pecah amanah

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. III dan IV

d)

D. I, II dan III

28.

Apakah Misi SPRM

a)

A. Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah.

b)

B. Menjadikan SPRM agensi pencegahan rasuah bertaraf dunia.

c)

C. Membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara berterusan.

d)

D. Menerajui usaha pencegahan rasuah di Malaysia.

29.

"Saiful ditahan oleh pihak polis kerana melakukan kesalahan lalu lintas. Bagi mengelakkan dirinya dikenakan tindakan undang-undang, Saiful telah menghulurkan wang tunai sebanyak RM100 kepada anggota polis tersebut." Tindakan Saiful menghulurkan wang tunai dianggap sebagai ________________

a)

A. Memberi rasuah

b)

B. Memberi hadiah

c)

C. Memberi bantuan

d)

D. Meringankan masalahnya

30.

Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah ?

a)

A. Seksyen 4 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009

b)

B. Seksyen 5 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009

c)

C. Seksyen 6 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009

d)

D. Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009

31.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Ezad terjumpa beg duit di atas tempat duduk menunggu teksi. Beliau mengambil beg duit tersebut dan membukanya. Ezad dapati, terdapat wang RM200 dan beberapa barang kemas dalam beg duit itu. Kebetulan Ezad mengenali pemilik beg duit tersebut yang merupakan jiran beliau. Berikan cadangan anda, apakah yang perlu Ezad lakukan ?

a)

A. Mengambil beg duit tersebut

b)

B. Membiarkan sahaja beg duit tersebut

c)

C. Memulangkan beg duit tersebut kepada pemiliknya

d)

D. Memulangkan dan meminta upah daripada pemilik beg

32.

Antara berikut yang manakah bentuk rasuah ?

a)

A. Hadiah

b)

B. Jawatan

c)

C. Perkhidmatan seks

d)

D. Semua diatas

33.

Apakah moto Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) ?

a)

A. Suara Mahasiswa Memerangi Rasuah

b)

B. Memerangi Rasuah adalah Suara Mahsiswa

c)

C. Memerangi Rasuah Tanggungjawab Mahasiswa

d)

D. Mahasiswa Bersuara Untuk Memerangi Rasuah

34.

Antara berikut yang manakah bukan Nilai Korporat Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) ?

a)

A. Jujur: Sifat jujur ini harus dimiliki oleh setiap manusia, kerana sifat dan sikap ini merupakan prinsip dasar dari cerminan akhlak dan keperibadian seseorang.

b)

B. Komited: Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan tanpa mengharapkan ganjaran. Melaksanakan sesuatu tindakan itu kerana didorong oleh minat dan kesukaan.

c)

C. Bermaruah: Tidak melakukan perkara-perkara yang mencemarkan nama sentiasa menjaga nama baik dan imej kendiri.

d)

D. Amanah: Malaksanakan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab

35.

Pelajar yang berintegriti tidak akan _____________

a)

A. Bercakap benar dalam setiap perkara

b)

B. Menjaga amanah yang diberikan

c)

C. Menokok nambah cerita agar kawan-kawan gembira

d)

D. Buat baik walaupun tiada siapa yang melihat

36.

Jika kamu melakukan kesalahan jalanraya dan ditahan oleh penguatkuasa apakah yang perlu kamu lakukan ?

a)

A. kamu akan melarikan diri

b)

B. kamu cuba berbincang dengan penguatkuasa tersebut

c)

C. kamu mengaku salah dan menerima saman

d)

D. kamu tidak mengaku dan cuba bayar wang bagi mengelakkan disaman

37.

Berikut adalah faktor yang boleh menjejaskan integriti kecuali

a)

A. Kelemahan Individu

b)

B. Budaya yang tidak sihat

c)

C. Kepimpinan yang tidak baik

d)

D. Kerjasama berpasukan

38.

Kenapa kita perlu melaporkan atau memberi maklumat rasuah kepada SPRM ?, Kecuali

a)

A. Birokrasi, ketidakadilan, kemusnahan dan berbagai lagi kesan buruk rasuah kepada anda, keluarga anda, masyarakat dan negara

b)

B. Membantu mengurangkan ketirisan yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat

c)

C. Setiap orang wajib melaporkan seperti dinyatakan di dalam Akta SPRM 2009

d)

D. Untuk menjatuhkan seseorang kerana mempunyai perasaaan dengki dan dendam.

39.

SPRM melaksanakan fungsinya berdasarkan prinsip berikut, KECUALI

a)

A. Bebas

b)

B. Profesional

c)

C. Telus

d)

D. Selektif

40.

Semasa dalam perjalanan ke bandar, Zakri terjumpa dompet di atas jalan. Beliau mengambil keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut ke balai polis berhampiran. Situasi ini menunjukkan Zakri memiliki sifat ____________

a)

A. Kesederhanaan

b)

B. Rasional

c)

C. Amanah

d)

D. Kesyukuran

41.

Manakah yang tidak benar mengenai bidang kuasa SPRM ?

a)

A. Menerima aduan kes rasuah dan salahguna kedudukan

b)

B. Menjalankan siasatan

c)

C. Membuat keputusan untuk menuduh pesalah rasuah di mahkamah

d)

D. Menyediakan khidmat perundingan dan nasihat untuk menambah baik sistem yang boleh menutup ruang dan peluang jenayah rasuah

e)

E. Mendidik dan mendapatkan sokongan masyarakat memerangi rasuah

42.

Apakah Nombor Talian Bebas Tol Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ?

a)

A. 1-800-88-6000

b)

B. 1-600-66-8000

c)

C. 1-800-66-6000

d)

D. 1-800-88-8000

43.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terkini adalah

a)

A. YBhg. Datuk Seri Azam Bin Baki

b)

B. YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil

c)

C. YBhg. Dato’ Sri Ahmad Khusairi Bin Yahaya

d)

D. YBhg. Dato Junipah Bin Wandi

44.

Berikut adalah elemen rasuah kecuali

a)

A. Pemberi rasuah

b)

B. Saksi

c)

C. Balasan

d)

D. Penerima rasuah

45.

Antara berikut, yang manakah merupakan pengaruh positif ?

a)

A. Rakan mengajak kamu menconteng dinding di sekolah

b)

B. Rakan mengajak kamu merosakkan alat permainan

c)

C. Rakan mengajak kamu ponteng sekolah

d)

D. Rakan mengajak kamu bersukan

46.

Akta manakah yang digunakan bertujuan untuk mewujudkan suatu program perlindungan saksi dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya ?

a)

A. Akta Perlindungan Saksi 2009

b)

B. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

c)

C. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

d)

D. Kanun Keseksaan

47.

Berikut adalah syarat-syarat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, kecuali

a)

A. Pemberi maklumat bersedia untuk dikenali oleh SPRM.

b)

B. Pemberi maklumat hadir sendiri dan berjumpa dengan pegawai SPRM sama ada di pejabat atau di mana-mana tempat.

c)

C. Sekiranya pendedahan Kelakuan Tidak Wajar dibuat melalui surat/emel/panggilan telefon/khidmat pesanan ringkas, pemberi maklumat perlu menyatakan identiti dan alamat atau cara bagaimana beliau boleh dihubungi

d)

D. Pemberi maklumat telah mendedahkan identitinya kepada pihak luar

48.

Apakah alamat laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ?

a)

A. https://www.sprm.gov.my/

b)

B. https://www.spr.gov.my/

c)

C. https://www.spm.gov.my/

d)

D. https://www.sprm.my/

49.

Pilih contoh sikap yang boleh diamalkan oleh seorang Ketua Kelas

a)

A. Ketua kelas membantu pelajar yang bermasalah

b)

B. Ketua Kelas berkompromi dengan pelajar yang melakukan kesalahan

c)

C. Ketua kelas melaporkan semua kesalahan pelajar kepada guru darjah dengan niat untuk mendapatkan pujian

d)

D. Ketua kelas bersikap pilih kasih dan tidak mengambil tindakan terhadap rakan-rakannya yang melakukan kesalahan di dalam kelas

50.

Akta SPRM 2009, juga memperuntukkan kuasa kepada SPRM untuk menyiasat mana-mana kesalahan di bawah akta-akta lain yang disenaraikan sebagai “Kesalahan Ditetapkan”

a)

Benar

b)

Tidak Benar