wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEOGRAFI TING 2 29.8.21

Total questions: 30

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud skala?

a)

Satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.

b)

Nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.

c)

Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain.

2.

Skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah atau pecahan.


Maklumat di atas merupakan maksud

a)

skala lurus

b)

skala penyata

c)

pecahan wakilan

3.

Apakah maksud jarak?

a)

Satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.

b)

Nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.

c)

Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain.

4.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan jarak mutlak?

a)

Dinyatakan dalam unit meter atau kilometer

b)

Tidak tetap dan berubah-ubah

c)

Tetap dan tidak berubah

d)

Berdasarkan kos dan masa

5.

Jika satu lekuk bersamaan 1 cm, apakah tafsiran bagi skala lurus mudah di atas?

a)

1 cm mewakili 2 km

b)

1 cm mewakili 8 km

c)

1 cm mewakili 4 km

d)

1 cm mewakili 6 km

6.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Jarak relatif adalah berdasarkan

a)

jarak

b)

kos

c)

masa

7.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)



Ukuran jarak relatif mengikut masa berdasarkan kiraan

a)

minit

b)

jam

c)

kilometer

d)

meter

8.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Antara berikut, manakah alat yang digunakan bagi mengukur jarak di atas peta?

a)

Jalur kertas

b)

Benang

c)

Kompas magnetik

d)

Jangka tolok

9.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Antara berikut, manakah alat yang digunakan bagi mengukur jarak di atas peta?

a)

Jalur kertas

b)

Benang

c)

Kompas magnetik

d)

Jangka tolok

10.

Jarak Kampung Mesra ke balai polis pada peta ialah 6 cm. Jika skala ialah 1:200 000, berapakah jarak sebenar Kampung Mesra ke balai polis?

a)

6

b)

10

c)

12

d)

3

11.

1 cm mewakili 5 km

Jika jarak jalan raya dalam peta ialah 6 cm, apakah jarak sebenar di Bumi?

a)

5 KM

b)

30 km

c)

10 km

d)

20 km

12.
Arah merujuk kepada
a)
Kedudukan sesuatu tempat dari tempat yang lain
b)
Arah sesuatu objek atau tempat yang diukur dari suatu titik rujukan
c)
Objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat
13.
Bearing adalah
a)
Objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat
b)
Saiz sudut sesuatu tempat atau objek yang diukur dari arah Utara mengikut pusingan jam
c)
Arah sesuatu objek atau tempat yang diukur dari suatu titik rujukan
14.
Bearing sudutan dapat diukur dengan menggunakan __________
a)
Kompas
b)
Jangka sudut
c)
Tolok hujan
d)
Jangka lukis
15.
Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan __________
a)
Arah
b)
Lokasi
c)
Titik rujukan
d)
Koordinat
16.
__________ diukur dari arah utara mengikut arah jam
a)
Titik Rujukan
b)
Koordinat
c)
Bearing sudutan
d)
Arah
17.

Antara berikut, pernyataan manakah yang benar tentang ciri sebuah peta topografi?

I mempunyai garisan grid menegak sahaja

II mempunyai tajuk, petunjuk dan skala

III menggambarkan pandang darat fizikal dan budaya

IV dilukis menggunakan jarak dan lambang-lambang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Antara berikut, manakah yang merupakan ciri pandang darat fizikal?


I Sungai

II Paya bakau

III Kelapa sawit

IV Jambatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Antara berikut, kombinasi manakah yang benar antara ciri pandang darat fizikal dengan ciri pandang darat budaya yang diwujudkan?

a)

Tanah pamah - Kuasa hidroelektrik : Empangan

b)

Tanah tinggi - Kemudahan sosial : Hospital dan sekolah

c)

Pinggir laut - Pertanian : Tanaman teh dan sayur-sayuran

d)

Saliran - Pengangkutan : Jeti dan pengkalan bot

20.

Garisan X merupakan Garisan Utaraan

a)

Betul

b)

Salah

21.

Apakah nama Garisan Y?

a)

Garisan Timuran

b)

Garisan Utaraan

22.

Peredaran bumi mengelilingi matahari dalam orbitnya mengikut ________

a)

arah pusingan jam

b)

arah lawan pusingan jam

23.

Kejadian siang dan malam adalah kesan daripada

a)

Pergerakan bumi

b)

Peredaran bumi

c)

Putaran bumi

24.

Antara berikut yang manakah merupakan kesan putaran bumi?

a)

Perbezaan waktu tempatan

b)

Kejadian 4 musim

c)

Kejadian pasang surut

d)

Pembiasan angin lazim

25.

Apakah maksud putaran bumi?

a)

Bumi berputar atas paksinya mengelilingi matahari mengikut arah lawan jam

b)

Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya dengan arah lawan jam

c)

Bumi berputar mengelilingi bulan di atas paksinya

26.

Pergerakan bumi ada 2 cara iaitu?

a)

Putaran

b)

Pusingan

c)

Peredaran

d)

mengelilingi

27.

Apakah yang akan berlaku kesan dari putaran bumi?

a)

Kejadian siang dan malam

b)

kejadian pasang surut air laut

c)

kejadian empat musim

d)

kejadian gerhana matahari

28.

Matahari tengah hari berada tegak di garisan sartan

a)

Soltis musim panas

b)

ekuinoks musim luruh

c)

Soltis musim sejuk

d)

ekuinoks musim bunga

29.
  1. Menghasilkan daya graviti yang dinamakan koriolis
  2. Bergerak dari barat ke timur


Maklumat di atas berkaitan dengan kesan pergerakan bumi iaitu?

a)

perbezaan waktu tempatan

b)

Pembiasan angin lazim

c)

Kejadian empat musim

d)

kejadian pasang surut

30.

Bumi mengambil masa ......................... untuk melengkapkan satu putaran.

a)

23 1/2 jam

b)

24 jam

c)

30 hari

d)

365 1/2 hari