wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN ULANGKAJI

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan?

a)

menjadikan usahawan terkenal

b)

melambangkan imej perniagaan

c)

melancong ke seluruh dunia

d)

memiliki kereta mewah

2.

Maklumat berikut berkaitan dengan kilang roti


Kilang Roti Fatimah menjalankan pengeluaran secara insentif buruh. Ia dikategorikan sebagai perniagaan saiz sederhana kerana memiliki saiz buruh yang ramai


Kriteria di atas merujuk kepada

a)

Syer Pasaran

b)

Bilangan buruh

c)

Jumlah Modal

d)

Jumlah Jualan Tahunan

3.

Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan perniagaan?

a)

Meningkatkan pendapatan negara

b)

Memberi peluang pekerjaan

c)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

d)

Membantu masyarakat setempat

4.

Apakah tujuan penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung?

a)

Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma

b)

Meningkatkan penglibatan semua pihak dalam aktiviti kemasyarakatan

c)

Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan

d)

Menawarkan produk berkualiti tinggi

5.

Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal?

a)

Perniagaan kekal berterusan

b)

Keputusan adalah hak pemilik

c)

Cukai keuntungan dikecualikan

d)

Pemilik menanggung liabiliti terhad

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk pemilikan perniagaan.


1.Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 (pindaan 1978)

2.Kerjasama antara dua atau lebih individu

3.Setiap ahli menggabungkan modal, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan


Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Milikan Tunggal

d)

Syarikat Sdn Bhd

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.


1.Mudah ditubuhkan dan mudah diurus

2.Dikenakan cukai individu

3.Keputusan dibuat sepenuhnya oleh pemilik


Apakah contoh pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Prima Global Sdn. Bhd.

b)

Tiga Dimensi Enterprise

c)

Koperasi Belia Johor Bahru Berhad

d)

Perniagaan Rahmat dan Rakan – rakan

8.

1. Perbezaan manakah yang betul tentang Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad?

a)
b)
c)
d)
9.

Apakah tanggungjawab francaisi dalam perniagaan francais?

a)

Membayar fi tertentu kepada francaisor

b)

Melaksanakan penyelidikan produk

c)

Menyediakan skim latihan pekerja

d)

Melakukan promosi

10.

Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor primer?

a)

Sharmimi menjual ketam

b)

Haikal menternak udang dalam kolam

c)

Athirah memproses ikan dijadikan keropok

d)

Luqman menghantar sayur – sayuran ke pasar

11.

Puan Maria merupakan seorang pekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat.

Apakah tugas beliau?

a)

Mengedarkan produk bagi memenuhi keperluan pengguna

b)

Meningkatkan tahap pengeluaran produk

c)

Membuat penyata kewangan syarikat

d)

Menyelia fail dan dokumen syarikat

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan.

· Menyediakan sebut harga

· Memberi khidmat teknikal kepada pengguna


Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

Jualan

b)

Kewangan

c)

Pemasaran

d)

Pengagihan

13.

1. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bagi suatu bahagian fungsian.


Bahagian Fungsian - P

Peranan - Memastikan keselamatan sistem


Apakah P?

a)

Pengagihan

b)

Khidmat pelanggan

c)

Pengurusan sumber manusia

d)

Teknologi maklumat dan komunikasi

14.

Apakah kelebihan e-dagang kepada peniaga?

a)

Mengurangkan persaingan

b)

Meluaskan liputan persaingan

c)

Memudahkan jualan kredit

d)

Mengurangkan risiko penyelewengan

15.

Maklumat berikut berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dalam gambar di atas.


Apakah risiko yang dihadapi oleh peniaga sekiranya menggunakan saluran tersebut?


I Pasaran yang terlalu luas

II Komen negatif terhadap produk

III Terdedah kepada penipuan bayaran

IV Meningkatkan kos promosi perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

1. Maklumat berikut berkaitan dengan satu bahagian fungsian.


· Menyediakan faedah perubatan untuk staf dan ahli keluarga

· Mewujudkan sistem kenaikan pangkat berasaskan kecemerlangan

· Mengadakan program latihan pembangunan kerjaya


Apakah bahagian fungsian yang bertanggungjawab terhadap perkara – perkara tersebut?

a)

Kewangan

b)

Pemasaran

c)

Sumber manusia

d)

Khidmat pelanggan

17.

Gambar 2 berkaitan dengan aliran kerja satu bahagian fungsian dalam aktiviti perniagaan.


Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

Jualan

b)

Pemasaran

c)

Pengurusan sumber manusia

d)

Penyelidikan dan pembangunan

18.

Apakah faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran perniagaan?

a)

Faktor Dalaman - Ekonomi

Faktor Luaran - Undang -undang

b)

Faktor Dalaman - Ekologi

Faktor Luaran - Pemasaran

c)

Faktor Dalaman - Kewangan

Faktor Luaran - Gaya Pengurusan

d)

Faktor Dalaman - Sumber Manusia

Faktor Luaran - Politik

19.

1. Antara yang berikut, yang manakah punca berlakunya inflasi?


I Peningkatan tinggi permintaan berbanding penawaran barang

II Peningkatan tinggi penawaran berbanding permintaan barang

III Penduduk meramalkan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan

IV Kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah pengangguran bermusim?

a)

Mengehadkan penggunaan mesin moden untuk proses tertentu

b)

Melaksanakan dasar fiskal untuk mengekang kemelesatan ekonomi

c)

Memberi insentif kepada peniaga yang membenarkan pekerja terus bekerja

d)

Membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi semasa

21.

Pernyataan manakah merupakan persekitaran luaran yang boleh menjayakan sesebuah perniagaan?

a)

Struktur organisasi yang mantap dapat menyelaraskan aktiviti antara jabatan

b)

Pembekal bahan mentah memberikan kemudahan kredit jangka pendek

c)

Peluang kenaikan pangkat disediakan sebagai strategi untuk meningkatkan motivasi pekerja

d)

Sumber kewangan syarikat mencukupi untuk membiayai kos pembangunan

22.

1. Gambar 1 adalah dialog antara seorang pengurus (Encik Abas) dengan staf bawahannya (Puan Natijah).


Apakah gaya pengurusan yang ditunjukkan oleh Encik Abas?

a)

Laissez-faire

b)

Demokratik

c)

Sederhana

d)

Autokratik

23.

Apakah peranan kerajaan negeri Terengganu dalam membantu mengembangkan aktiviti perniagaan keropok di Terengganu?

a)

Memberikan pelepasan cukai

b)

Mengadakan promosi perniagaan

c)

Menyediakan pembiayaan kewangan

d)

Melaksanakan penggubalan undang-undang

24.

Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan kesan deflasi kepada masyarakat?

a)

Penduduk mengalami kehilangan pekerjaan

b)

Berlaku peningkatan kuasa beli pengguna

c)

Penurunan penawaran barangan dalam pasaran

d)

Penurunan permintaan barangan dalam pasaran

25.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis penggangguran.


Sektor perniagaan mengutamakan penggunaan mesin-mesin dan jentera bagi menggantikan pekerja


Apakah jenis pengangguran tersebut?

a)

Pengangguran teknologi

b)

Pengangguran bermusim

c)

Pengangguran struktur

d)

Pengangguran kitaran

26.

Apakah kesan inflasi terhadap individu?

a)

Penambahan stok yang tidak terjual

b)

Kadar pengangguran bertambah

c)

Penurunan pendapatan bersih

d)

Kuasa beli menurun

27.

Manakah yang merupakan kelebihan sumber manusia dalaman?


I - Memotivasikan pekerja

II - Melahirkan idea baharu

III - Memperolehi kemahiran yang tinggi

IV - Memperolehi maklumat pekerja sedia ada

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Apakah itu deflasi?

a)

Satu keadaan di mana permintaan barang dan perkhidmatan meningkat

b)

satu fenomena kekurangan barang atau perkhidmatan di dalam pasaran

c)

satu keadaan kejatuhan harga barang atau perkhidmatan yang berterusan

d)

satu situasi di mana harga barang atau perkhidmatan meningkat mendadak

29.

Apakah faktor luaran yang mempengaruhi trend meningkat bagi sesebuah perniagaan?

a)

Menawarkan produktiviti yang lebih baik

b)

Mempunyai pengurusan yang sistematik

c)

Mendapatkan keyakinan pelabur asing

d)

Memiliki pekerja yang bermotivasi

30.
Tujuan visi, misi dan objektif ialah ?
a)
Panduan dalam pengurusan organisasi dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan yang diambil
b)
panduan untuk mendapat keuntungan yang tinggi
c)
panduan dalam menuju kejayaan
d)
panduan ke hati awak
31.
Misi ialah ?
a)
merupakan panduan matlamat yang lebih khusus
b)
sasaran boleh diukur bagi membantu pencapaian tujuan organisasi
c)
merupakan satu penyataan ringkas yang menjelaskan tujuan atau matlamat utama sesebuah perniagaan
d)
pemacu kepada pencapaian dan kesinambungan sesebuah organisasi perniagaan
32.
Visi ialah ?
a)
Penyataan ringkas yang menjelaskan tujuan atau matlamat utama sesebuah perniagaan
b)
penetapan perancangan melibatkan fokus dan perancangan jangka masa panjang
c)
merupakan pembentukan matlamat yang lebih khusus
d)
penetapan kejayaan sesebuah syarikat
33.
Objektif ialah ?
a)
merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus
b)
untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan
c)
asas pembentukan strategi perniagaan
d)
bermotifkan untung
34.

Aktiviti yang manakah terlibat dalam sektor sekunder.

a)

Mustafa memproses madu kelulut dijadikan sabun mandi

b)

Razin menyediakan perkhidmatan hotel kucing

c)

Syahmi Sazli menternak udang galah

d)

Ahmad menjual insuran kemalangan

35.

Proses pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan


Aktiviti di atas di golong sebagai aktiviti dalam sektor..

a)

Utama

b)

Kedua

c)

Keempat

d)

Ketiga

36.

Apakah faktor luaran yang wujud dalam gambar di atas?

a)

Gaya pengurusan yang tidak bersesuaian dengan keadaan pekerja

b)

Pengeluaran yang tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan

c)

Dipengaruhi oleh keadaan ekonomi yang lembap

d)

Aktiviti pemasaran yang kurang memberi kesan

37.

"Syarikat Neomotor Sdn Bhd akan mengeluarkan sebanyak 100,000 unit kereta dan sebanyak 50,000 unit motosikal berkuasa tinggi pada tahun hadapan".


Apakah ciri objektif yang baik yang dipenuhi oleh Syarikat Neomotor Sdn Bhd?

a)

Boleh diukur (Measurable)

b)

Munasabah (Realistic)

c)

Boleh dicapai (Attainable)

d)

Jangka Masa (Time Frame)

38.

Apakah kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif perniagaan?

a)

Gagal dalam persaingan

b)

Kualiti produk terjejas

c)

Produktiviti pekerja menurun

d)

Pengeluaran produk berkurang

39.

Pernyataan berikut berkaitan dengan Enak Frozen Food


Enak Frozen Food bercadang meningkatkan jualan dengan menerima tempahan secara atas talian dan membuat penghantaran ke premis pembeli


Apakah faktor utama yang mempengaruhi perubahan strategi tersebut?

a)

Mempunyai sumber kewangan bagi menampung kos berkaitan

b)

Mempunyai tenaga pekerja yang mahir dan berpengalaman

c)

Perniagaan dilindungi oleh undang-undang

d)

Perubahan dalam teknologi

40.

Manakah yang berkaitan dengan rumus keuntungan perniagaan?

a)

Jumlah jualan melebihi jumlah kos stok barang

b)

Hasil jualan melebihi jumlah kos barang yang dijual

c)

Hasil jualan ditambah dengan jumlah kos stok barang

d)

Jualan kos barang dicampurkan jumlah hasil perniagaan