wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI PERNIAGAAN T4

Total questions: 41

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Situasi manakah yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan?

a)

Syarikat Mayis menyediakan pelbagai produk makanan

b)

Kedai Kek Misah menjual pelbagai jenis kek dan biskut

c)

Syarikat Kemri menghasilkan perabot seperti meja dan kerusi

d)

Pusat Tuisyen Bestari menyediakan pelbagai kelas insentif untuk para pelajar SPM

2.

Organisasi manakah yang menyediakan perkhidmatan secara percuma?

a)

TNB Berhad

b)

Bank Simpanan Nasional

c)

. Koperasi SMK Keningau

d)

Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

3.

Gambar dibawah menunjukkan suatu jenis milikan perniagaan. Apakah DUA kelebihan milikan perniagaan tersebut?

a)

mudah ditubuhkan

b)

kewujudan kekal

c)

menanggung liabiliti terhad

d)

bebas menguruskan perniagaan

4.

Pasangan manakah yang betul tentang contoh barang dan perkhidmatan?

a)

barang : kereta / perkhid : alat mekap

b)

barang : pelancongan / perkhid : pusat tuisyen

c)

barang : telefon / perkhid : syarikat penerbangan

d)

barang : polisi insurans / perkhid : kamera digital

5.

mengapakah peniaga cenderung untuk mendaftarkan perniagaan mereka sebagai syarikat sendirian berhad?

a)

tiada beban cukai

b)

beban cukai yang rendah

c)

proses penubuhan yang mudah

d)

dapat menikmati ekonomi bilangan

6.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis rakan kongsi. Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?

a)

. rakan kongsi biasa

b)

rakan kongsi lelap

c)

. rakan kongsi berhad

d)

rakan kongsi nominal

7.

Antara yang berikut, manakah DUA cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan besar? (multichoice)

a)

Masalah aliran tunai

b)

ketidakpastian pasaran

c)

kos overhead yang tinggi

d)

perundangan dan peraturan kerajaan

8.

Rajah di bawah ini berkaitan dengan sektor perniagaan. Antara yang berikut, manakah 2 AKTIVITI yang mewakili X? (multichoice)

a)

kuari

b)

pengilangan

c)

kejuruteraan

d)

perlombongan

9.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Adif. Apakah kelebihan saiz perniagaan yang dijalankan oleh Encik Adif?


En Adif merupakan pemilik Kilang Perabot Adif yang mengeluarkan pelbagai jenis perabot. Syarikat tersebut mempunyai pekerja seramai 15 org. Setiap tahun, nilai jualan tahunan kurang daripada RM3.5 juta

a)

Mudah mendapat pinjaman bank

b)

mempunyai daya saing yang tinggi

c)

lebih mudah menguasai pasaran produk

d)

menanggung kos pengurusan yang rendah

10.

Gambar dibawah ini menunjukkan logo agensi kerajaan. Apakah DUA peranan agensi kerajaan tersebut dalam membantu perniagaan? (multicoice)

a)

memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi

b)

menjalankan kajian bagi memastikan tiada penyelewengan dari segi kualiti

c)

mencari dan membangunkan kawasan perdagangan baharu

d)

memperkenalkan teknologi baharu kepada industry

11.

Agensi kerajaan manakah yang memainkan peranan dalam membantu pengeluar tempatan mempromosikan produk ke pasaran antarabansa?

a)

MATRADE

b)

MARDI

c)

SIRIM

d)

MARA

12.

Maklumat dibawah ini berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT). Antara berikut, manakah DUA bidang kuasa pihak tersebut? (multichoice)


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Majlis Perbandaran Teluk Intan

a)

menggubal undang-undang kecil

b)

mewujudkan beberapa pelepasan cukai

c)

merangka dasar-dasar pembangunan setempat

d)

menganjurkan pelbagai jenis latihan dan kursus

13.

Maklumat dibwah ini berkaitan dgn sejenis pelepasan cukai. Apakah jenis cukai tersebut?


Syarikat Berry's Sendirian Berhad merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pengeluaran makanan dan pendapatan syarikat dilaburkan semula untuk pembelian aset

a)

taraf perintisan

b)

pengecualian cukai

c)

elaun pelaburan cukai

d)

elaun cukai pelaburan

14.

Manakah 2 agensi membantu perniagaan mendapatkan sumber pembiayaan? (multichoice)

a)

TEKUN

b)

Majlis Amanah Mara

c)

Lembaga Hasil Dalam Negeri

d)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

15.

Penyataan manakah yang benar tentang enkod?

a)

satu kaedah yang digunakan untuk menghantar mesej

b)

proses mencipta maklumat daripada pencetusan idea

c)

satu proses pihak penerima menterjemahkan mesej yang dihantar oleh penghantar

d)

melibatkan pengolahan terhadap sesuatu idea sedia ada agar maklumat mudah difahami

16.

Bagaimanakah interaksi dengan pihak bank membantu perniagaan mengatasi masalah operasi pengeluaran?

a)

mengatasi masalah kekurangan modal kerja

b)

memudahkan urusan pembayaran perniagaan

c)

memudahkan perniagaan membayar bil dan gaji pekerja

d)

memudahkan perniagaan menyimpan wang dengan selamat

17.

Apakah maksud gangguan dalam aliran maklumat?

a)

pengolahan terhadap sesuatu idea sedia ada

b)

kaedah yang digunakan untuk menghantar mesej

c)

unsur luaran yang mempengaruhi proses komunikasi

d)

pihak yang menerima mesej yang dihantar oleh penghantar

18.

mengapakah ujian pemasaran penting dalam pembangunan produk baharu?

a)

untuk mengenal pasti cita rasa pengguna

b)

untuk memastikan penerimaan produk baharu oleh pengguna

c)

untuk memastikan produk memenuhi piawaian yang ditetapkan

d)

untuk memastikan strategi pemasaran memenuhi objektif syarikat

19.

Apakah aplikasi teknologi yang boleh digunakan oleh pn Marisa untuk memudahkan urusannya?


Pn Marisa menguruskan sebuah butik tanpa dibantu oleh orang lain. Hal ini menyebabkan Pn Marisa tidak mempunyai masa untuk melakukan pembayaran bil dan membuat urusan keluar masuk duit.

a)

e-dagang

b)

e-banking

c)

e-government

d)

penggunaan e-mel

20.

Apakah saluran agihan yang sesuai digunakan?

a)

pengeluar – pengguna

b)

pengeluar – peruncit – pengguna

c)

pengeluar – ejen – peruncit – pengguna

d)

pengeluar – pemborong – peruncit – pengguna

21.

Apakah kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan?

a)

menjadikan usahawan terkenal

b)

melambangkan imej perniagaan

c)

melancong ke seluruh dunia

d)

memiliki kereta mewah

22.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'Berhad' (bhd.) pada nama sesetengah perniagaan?

a)

Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang

b)

Tidak dibenarkan membuka cawangan

c)

Modal dibenar sehingga RM5 juta sahaja

d)

Liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan

23.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'Berhad' (bhd.) pada nama sesetengah perniagaan?

a)

Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang

b)

Tidak dibenarkan membuka cawangan

c)

Modal dibenar sehingga RM5 juta sahaja

d)

Liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan

24.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan.

i) Peniaga dibenarkan mengguna jenama produk pemilik asal.

ii) Mengendalikan perniagaan mengikut sistem yang ditetapkan.

iii) Membuat bayaran dalam bentuk fi.

Apakah bentuk perniagaan tersebut?

a)

Milikan Tunggal

b)

Perkongsian

c)

Usaha sama

d)

Francais

25.

Apakah kekurangan perniagaan bersaiz besar?

a)

Komunikasi kurang berkesan

b)

Sukar menyediakan latihan

c)

Kurang daya saing

d)

Kekurangan Modal

26.

Pernyataan di bawah menunjukkan suatu sektor perniagaan.

X

i) mengekstrak sumber semula jadi

ii) mengeluarkan bahan mentah untuk kegunaan sektor kedua

Apakah X?

a)

Sektor asli

b)

Sektor Utama

c)

Sektor Kedua

d)

Sektor Ketiga

27.

Gambar berikut menunjukkan satu organisasi bukan bermotifkan untung.


Pernyataan manakah benar tentang tujuan organisasi tersebut?

a)

mengeluarkan hasil keluaran yang berkualiti

b)

memuaskan kehendak dan keperluan pengguna

c)

menyediakan barangan dan perkhidmatan

d)

memasarkan produk kepada pengguna

28.

Antara berikut manakah ciri milikan tunggal?

I Liabiliti terhad

II Perniagaan berterusan

III Bebas membuat keputusan

IV Perlu didaftarkan dengan SSM

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Gambar berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.


Manakah ciri yang benar bagi bentuk pemilikan tersebut?

a)

Pemegang syer ialah 2 orang dan maksimum 50 orang

b)

Pemilik syer boleh menjual syer secara bebas

c)

Penyata kewangan perlu dirahsiakan

d)

Penubuhan lebih mudah dan murah

30.

Maklumat berikut berkaitan ciri sejenis bentuk pemilikan perniagaan.

*Sekurang-kurangnya 50 orang anggota

*Aktiviti tidak berunsurkan politik

*Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan

Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Syarikat Awam Berhad

d)

Syarikat Sendirian Berhad

31.

Klasifikasi perniagaan yang manakah menunjukkan skala sederhana dalam sektor perkilangan?

a)

Jualan tahunan RM 300 000 hingga kurang RM 15 juta

b)

Jualan tahunan antara RM 3 juta hingga kurang RM 20 juta

c)

Bilangan pekerja tetap antara 30 orang hingga kurang 75 orang

d)

Bilangan pekerja tetap antara 75 orang hingga kurang 200 orang

32.

Situasi manakah benar tentang sektor kedua(sekunder)?

a)

Ahmad mengusahakan penternakan ayam kampung

b)

Latif bekerja sebagai pemandu pelancong

c)

Badrul terlibat dalam pemprosesan kayu balak

d)

Haliza bertugas sebagai sukarelawan di Palestin

33.

Pernyataan manakah menerangkan kelebihan perniagaan bersaiz kecil?

a)

Menikmati ekonomi bidangan

b)

Melibatkan pengkhususan kerja

c)

Memupuk semangat kerja dalam pasukan

d)

Menyelesaikan masalah pelanggan dengan cepat

34.

Apakah kaedah yang digunakan untuk melaksanakan dasar pembelian subsidi kerajaan?

a)

Jualan pada harga kos

b)

Jualan secara percuma

c)

Jualan pada harga di atas kos

d)

Jualan pada harga di bawah kos

35.

Apakah prinsip koperasi?

a)

Kebebasan autonomi

b)

Jumlah anggota yang terhad

c)

Pulangan dalam bentuk faedah

d)

Kawalan autokratik

36.

Apakah tujuan utama sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat?

a)

Penawaran barang dan perkhidmatan

b)

Mewujudkan peluang pekerjaan

c)

Menambahkan pendapatan negara

d)

Membantu masyarakat setempat

37.

Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?

a)

Kedai Runcit Chan

b)

Restoran Syed dan Sharifah

c)

Koperasi Kg Bunga Berhad

d)

Syarikat Tikar Terbang Sendirian Berhad

38.

Apakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding dengan perniagaan milikan tunggal?

a)

Mudah membuat keputusan

b)

Perniagaan berterusan

c)

Berkongsi kepakaran

d)

Tanggungan terhad

39.

berikut merupakan komponen asas perniagaan KECUALI

a)

barang dan perkhidmatan

b)

pertukaran nilai

c)

kontrak perniagaan

d)

keperluan pengguna

40.

(a)   ialah sesuatu yang boleh dipegang dan mempunyai ciri-ciri fizikal

41.

yang manakah antara berikut merupakan bentuk pemilikan perniagaan

a)

butik

b)

milikan tunggal

c)

penjaja

d)

usahasama