wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KRIM Melaka | Kuiz Merdeka 2021

Total questions: 45

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

Bilakah terjadinya peristiwa 13 Mei?

a)

13 Mei 1969

b)

13 Mei 1970

c)

13 Mei 1963

d)

13 Mei 1957

2.

Mengapa berlakunya peristiwa 13 Mei? Pilih semua yang benar.

a)

Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun

b)

Dasar pecah dan perintah penjajah Inggeris

c)

Latar belakang pendidikan yang sama

d)

Pertelingkahan parti politik

3.

Apakah tujuan kerajaan mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara? Pilih semua yang benar.

a)

Untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal

b)

Untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka.

c)

Untuk melakukan kekacauan dalam masa yang singkat

4.

Sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajah bermula sejak pencerobohan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Walaupun Johor pernah bergabung dengan Kerajaan Aceh, tetapi mereka juga gagal menghalau Portugis, dan menduduki kembali Melaka. Usaha Johor ini hanya berjaya pada tahun 1641.


Sementara itu orang Melayu dan Sultan Johor mengambil masa kira-kira _______ untuk menghalau Portugis dari Melaka.

a)

130 tahun

b)

113 tahun

5.

Pada tahun ini, 31 Ogos 2021, genaplah ________ Persekutuan Tanah Melayu (kini dikenali sebagai Malaysia) mencapai kemerdekaan.

a)

63 tahun

b)

64 tahun

c)

65 tahun

d)

66 tahun

6.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan penggabungan tanah jajahan iaitu _______________________________________________________ untuk membentuk sebuah negara yang baharu. Pilih semua jawapan yang benar.

a)

Persekutuan Tanah Melayu

b)

Singapura

c)

Sabah

d)

Sarawak

e)

Brunei

7.

Parti pertama ditubuhkan di Tanah Melayu ialah Parti Komunis Malaya (PKM). PKM penggerak kepada

a)

Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)

b)

Malayan Union

8.

Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan ____________ pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Isikan tempat kosong.

a)

British

b)

Syarikat Hindia Timur Inggeris

c)

Belanda

d)

Jepun

9.

Pembentukan Malaysia memperlihatkan Sabah dan Sarawak memasuki Malaysia secara rasminya. Bilakah tarikh sebenar pembentukan Malaysia?

a)

31 Ogos 1957

b)

31 Ogos 1963

c)

16 September 1957

d)

16 September 1963

10.

Setelah meraih kemerdekaan pada Ogos 1957, Malaysia secara rasminya telah tergolong dalam negara-negara Komanwel. Apakah maksud negara Komanwel?

a)

Negara Merdeka yang pernah berada di bawah jajahan British

b)

Negara yang termasuk di kalangan negara-negara Britain

c)

Negara yang mengikuti sukan Olimpik

d)

Negara yang pernah berada di bawah jajahan Amerika

11.

Rukun Negara mempunyai 5 teras. Nyatakan teras yang ketiga:

a)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

b)

Kesopanan dan kesusilaan

c)

Kedaulatan undang-undang

d)

Keluhuran perlembagaan

12.

Apakah peristiwa penting yang berlaku pada 16 September 1963?

a)

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Kerajaan mengisytihar darurat

c)

Penubuhan Malaysia

d)

Hari Raya Aidilfitri

13.

Lagu Negaraku telah diubahsuai daripada lagu rasmi Negeri Perak yang bertajuk?

a)

Bulan sabit

b)

Bulan purnama

c)

Terang bulan

d)

Nyiur melambai

14.

Reka bentuk Bendera Malaysia mempunyai jalur berwarna

a)

Merah-Kuning

b)

Merah-Putih

c)

Merah-Biru

d)

Merah-Hitam

15.

Jata Negara Malaysia merupakan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Lima bilah keris yang terdapat pada Jata Negara melambangkan?

a)

Keberanian rakyat Persekutuan Tanah Melayu

b)

Rukun Negara

c)

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

d)

Perlembagaan

16.

Pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu tepat pada pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur pada

a)

30 Ogos 1957

b)

31 Ogos 1957

c)

16 September 1963

d)

1 Februari 1948

17.

Berapa lamakah penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu sebelum diisytiharkan merdeka?

a)

lebih 101 tahun

b)

lebih 170 tahun

c)

lebih 500 tahun

d)

lebih 64 tahun

18.

Di akhir pengisytiharan, berapa kalikah teriakan 'MERDEKA' dilaungkan?

a)

3 kali

b)

5 kali

c)

7 kali

19.

Di manakah bertempatnya Upacara Pengisytiharaan Kemerdekaan Tanah Melayu?

a)

Stadium Merdeka

b)

Padang Kelab Selangor

c)

Memorial Pengisytiharaan Merdeka Melaka

d)

Dataran Pahlawan

20.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku diikuti dengan __________

a)

Takbir dan laungan merdeka

b)

Seruan azan dan tembakan meriam seratus satu das

21.

Berikut adalah tokoh-tokoh berwibawa di Era Kesultanan Melayu, KECUALI

a)

Sultan Alauddin Ali Mughayat Syah

b)

Sultan Muzaffar Shah

c)

Tun Perak

d)

Dato’ Maharajalela

22.

Apakah nama lain bagi Parameswara?

a)

Megat Iskandar Shah

b)

Sultan Iskandar Shah

c)

Sultan Alauddin Riayat Shah

d)

Raja Muzaffar

23.

Kerajaan manakah yang pertama kali membantu Melaka menyerang Portugis pada tahun 1537?

a)

Kerajaan Turki Uthmaniyah

b)

Kerajaan Pattani

c)

Kerajaan Aceh

d)

Tentera Islam dari Siam

24.

Berikut adalah BENAR berkenaan pejuang-pejuang yang menentang penjajah KECUALI

a)

Dato’ Bahaman – Pahang

b)

Tok Janggut – Kelantan

c)

Hj Abdul Rahman Limbong – Terengganu

d)

Dol Said – Perak

e)

Yamtuan Antah – Negeri Sembilan

25.

Ini adalah pakaian rasmi Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ia diperbuat daripada sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia dan dipanggil

a)

Gandik Diraja

b)

Muskat

c)

Pending Diraja

d)

Cokmar

e)

Taming Sari

26.

Sebagai Ketua Utama Negara, Yang Di-Pertuan Agong memayungi tiga badan kerajaan berikut. Pilih semua yang berkenaan

a)

Badan Kehakiman

b)

Badan Perundangan

c)

Badan Hak-hak Melayu

d)

Badan Eksekutif

27.

Pada 20 Januari 1874, satu perjanjian antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak telah ditandatangani. Namakan perjanjian tersebut:

a)

Perjanjian Anderson

b)

Perjanjian Damai Selangor Inggeris

c)

Perjanjian Pangkor

d)

Perjanjian Perak-Inggeris

28.

Apakah implikasi daripada Perjanjian Pangkor?

Pilih semua yang berkenaan.

a)

Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak

b)

Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalankan dan menurunkan Sultan Ismail yang berkuasa di Hulu Perak

c)

Perak diletakkan di bawah naungan Inggeris

d)

Inggeris berjaya mengukuhkan kedudukannya di Perak dan kemudiannya membuka lebih banyak lombong bijih timah di Perak dan ladang-ladang getah

29.

Apakah yang dimaksudkan dengan warna biru dalam bendera Malaysia?

a)

Melambangkan keluhuran dan keikhlasan

b)

Melambangkan keberanian, kesanggupan, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi cabaran

c)

Melambangkan perpaduan rakyat yang hidup rukun dan damai

d)

Melambangkan kesetiaan rakyat terhadap Raja dan negara

30.

Pada tahun bilakah gelaran "Jalur Gemilang"diisytiharkan?

a)

1991

b)

1995

c)

1997

d)

1999

31.

Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-9?

a)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

b)

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

c)

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

d)

Tan Sri Muhyiddin Yassin

32.

Peristiwa pendudukan Jepun berlaku pada

a)

1940 - 1942

b)

1941 - 1945

c)

1945 - 1948

33.

Mengapakah darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada 1948?

a)

Keganasan komunis

b)

Rundingan Baling

c)

Pengistiharaan Malayan Union

34.

Apakah parti-parti yang menganggotai Parti Perikatan? Pilih semua yang berkenaan.

a)

UMNO

b)

MIC

c)

MCA

d)

PKMM

e)

Hizbul Muslimin

35.

Rundingan London telah diadakan pada tahun

a)

1945

b)

1948

c)

1956

d)

1957

36.

Barang siapa menguasai Melaka, ia boleh menggugat Venice". Siapakah yang melontarkan pernyataan tersebut

a)

Tom Pires

b)

Vasco de Gama

c)

Christopher Columbus

d)

Alfonso de Alburquerque

37.

Siapakah tokoh yang digelar sebagai 'Raja Darat' dan 'Pengoncang Dunia'?

a)

Mat Saleh

b)

Rentap

c)

Dato' Bahaman

d)

Dol Said

38.

Kebangkitan Tani merupakan kebangkitan petani menentang British. Siapakah yang mengetuai penentangan tersebut?

a)

Tok Janggut

b)

Dato' Bahaman

c)

Yamtuan Antah

d)

Haji Abdul Rahman Limbong

39.

“Bapa Kemerdekaan” merupakan gelaran kepada mantan Perdana Menteri Malaysia….?

a)

Tun Hussien Onn

b)

Tun Abd Razak

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Tun Mahathir Muhammad

40.

Dato' Maharaja Lela mengetuai perjuangan menentang British dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British di ....?

a)

Klang

b)

Kelantan

c)

Perlis

d)

Perak

41.

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Pada tahun 1853, beliau merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan ....?

a)

James Brooke

b)

Alfonso de Albuquerque

c)

J.W.W.Birch

d)

Henry Gurney

42.

Siapakah pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah?

a)

Jugoh

b)

Mat Salleh

c)

Dol Said

d)

Abdul Rahman Limbong

43.

Siapakah Perdana Menteri yang ke-5?

a)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

b)

Tun Abdullah Ahmad Badawi

c)

Datuk Seri Najib Tun Razak

d)

Tan Sri Muhyiddin Yassin

44.

Mat Kilau amat mahir dalam ilmu kebatinan, persilatan dan bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk negeri ....?

a)

Kedah

b)

Pahang

c)

Terengganu

d)

Melaka

45.

Menurut pendapat anda, apakah yang dimaksudkan dengan Saya Remaja Merdeka? markah tambahan akan diberikan pada jawapan yang penuh bermakna dan kreatif!

4 lines