Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH SPMU 2022

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Peribahasa berikut merujuk kepada hubungan rakyat dengan pemerintah.

"Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek"

Apakah perkaitan peribahasa tersebut dengan tanggungjawab rakyat terhadap pemerintah?

a)

Dedikasi

b)

Ketaatan

c)

Tolak ansur

d)

Kebanggaan

2.

Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 meliputi Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumatera.

Apakah DUA cara Kesultanan Melayu Melaka meluaskan wilayah pengaruhnya?

a)

Menaungi kerajaan lain

b)

Melalui penaklukan

c)

Menyatukan rakyat

d)

Menetapkan sempadan

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan Isu Kasut di Burma.

"Orang Inggeris memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha di Burma.

Apakah kesan isu tersebut?

a)

Membangkitkan semangat nasionalisme

b)

Mengukuhkan pengaruh penjajah

c)

Meningkatkan kuasa bangsawan

d)

Mencetuskan pembaharuan adat

4.

Jerman telah melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.

Bagaimanakah negara tersebut melanggar syarat-syarat perjanjian tersebut?

a)

Memperkuat angkatan tentera

b)

Menamatkan hubungan diplomatik

c)

Mengeksport senjata ke luar negara

d)

Menjalin kerjasama dengan komunis

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan pertubuhan Melayu pada tahun 1930-an.

Mengapakah KMM melaksanakan strategi tersebut?

a)

Menghalau penjajah asing

b)

Menyekat pengaruh komunis

c)

Mendapatkan petempatan khas

d)

Menghalang kemasukan imigran

6.

Tokoh berikut memberikan sumbangan penting kepada negara.

  • - Leftenan Adnan Saidi

  • - Leftenan Ibrahim Ali Ditta MC

Mengapakah tokoh-tokoh tersebut perlu dihargai oleh generasi muda hari ini?

a)

Menjalin hubungan dengan negara luar

b)

Memajukan sistem ketenteraan negara

c)

Memperjuangkan kedaulatan negara

d)

Mempertahankan institusi beraja

7.

British Military Administration (BMA) merupakan pentadbiran tentera di Tanah Melayu.

Apakah peranan pentadbiran tersebut?

a)

Melatih penduduk tempatan

b)

Memulihkan kepercayaan rakyat

c)

Menghalang kemasukan penjajah

d)

Menangani demonstrari penduduk

8.

Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kekuatan perpaduan orang Melayu

b)

Menghalang desakan orang dagang

c)

Memenuhi tuntutan golongan radikal

d)

Kemasukan berterusan kaum imigran

9.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai pada 21 Januari 1948 di Kuala Lumpur.

Apakah DUA kandungan perjanjian tersebut?

a)

Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan

b)

Dasar pengagihan kuasa dilaksanakan

c)

Kerakyatan secara jus soli diterima

d)

Gabenor Jeneral dilantik di setiap negeri

10.

Tokoh-tokoh berikut telah mencadangkan Perlembagaan Rakyat melalui gabungan PUTERA-AMCJA.

  • - Dr. Burhanuddin al-Helmi

  • - Tan Cheng Lock

Mengapakah mereka mencadangkan perlembagaan tersebut?

a)

Menjamin keselamatan penduduk

b)

Meningkatkan pembangunan ekonomi

c)

Menangguhkan pelaksanaan Malayan Union

d)

Menolak Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan keganasan Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu.

  • - Menyerang balai polis

  • - Memusnahkan ladang getah

  • - Membunuh penduduk tempatan

Mengapakah Parti Komunis Malaya bertindak demikian?

a)

Melemahkan imej kerajaan

b)

Menakutkan golongan imigran

c)

Menghalang kerjasama pemimpin

d)

Melumpuhkan ideologi kapitalisme

12.

Apakah peristiwa yang menyebabkan darurat diisytiharkan pada Jun 1948?

a)

Pekerja awam diserang

b)

Pemusnahan ladang getah

c)

Pelbagai kemudahan disabotaj

d)

Pembunuhan pengurus ladang

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran British di Tanah Melayu.

1951 - Sistem Ahli

Apakah kepentingan pengenalan sistem pentadbiran tersebut terhadap pemimpin tempatan?

a)

Memperkukuh penguasaan politik

b)

Berkuasa menggubal perlembagaan

c)

Berhak mengawal kewangan negara

d)

Melatih kemahiran mentadbir kerajaan

14.

Apakah kesan dasar pentadbiran British terhadap bidang pendidikan di negara kita?

a)

Mewujudkan sekolah vernakular

b)

Memperkasakan sekolah antarabangsa

c)

Memantapkan kurikulum persekolahan

d)

Melaksanakan pembelajaran bahasa asing

15.

Maklumat berikut berkaitan dengan pilihan raya peringkat negeri yang diadakan di Tanah Melayu.

1954 - Perikatan UMNO-MCA memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi negeri

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan maklumat tersebut?

a)

Menekankan konsep persamaan taraf

b)

Memantapkan pentadbiran kerajaan tempatan

c)

Melindungi kepentingan ekonomi antara kaum

d)

Membuktikan kerjasama kaum diterima

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan keputusan Pilihan Raya 1955.

Apakah nilai yang dapat dikaitkan dengan keputusan tersebut?

a)

Berdikari

b)

Keberanian

c)

Kesungguhan

d)

Permuafakatan

17.

Garis masa berikut menunjukkan perjalanan rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman melakukan perjalanan sedemikian?

a)

Menerima arahan British

b)

Menyusun strategi perundingan

c)

Menjimatkan kos pengangkutan

d)

Mengikut pertukaran angin monsun

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan langkah penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Langkah-langkah tersebut menggambarkan bahawa proses penggubalan perlembagaan menekankan nilai

a)

kerajinan

b)

keberanian

c)

keterbukaan

d)

kasih sayang

19.

Gambar berikut menunjukkan Tunku Abdul Rahman diarak di Padang Banda Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.

Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada masyarakat di Tanah Melayu?

a)

Kunjungan pemimpin negara

b)

Kempen pilihan raya perbandaran

c)

Pengisytiharan tarikh kemerdekaan

d)

Pembentukan Persekutuan Malaysia

20.

Jawatankuasa berikut ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu.

  • - Jawatankuasa Persediaan Fizikal

  • - Jawatankuasa Sambutan

Mengapakah persediaan sambutan kemerdekaan tersebut penting?

a)

Menonjolkan identiti negara

b)

Mematuhi prinsip kenegaraan

c)

Mempertahankan warisan bangsa

d)

Mendukung perlembagaan negara

21.

Kedaulatan tradisional merujuk kepada raja berkuasa mutlak yang mempunyai kuasa tertinggi.

Bagaimanakah kedaulatan raja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka diperkukuh?

a)

Kesahan Dewan Negara

b)

Penghayatan Rukun Negara

c)

Taat setia golongan diperintah

d)

Perkahwinan dengan rakyat jelata

22.

Rajah berikut berkaitan dengan ciri negara berdaulat.

Apakah X?

a)

Keagamaan

b)

Perundangan

c)

Warisan budaya

d)

Hubungan diplomatik

23.

Apakah perkara yang menjadi asas kepada kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara menurut Ibnu Khaldun?

a)

Angkatan tentera

b)

Sifat kemanusiaan

c)

Semangat kekitaan

d)

Kehidupan harmoni

24.

British telah memperkenalkan Charter of Justice yang diambil dari England pada tahun 1807.

Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan di Negeri-negeri Selat?

a)

Melindungi penduduk asal

b)

Menjamin kekuasaan pembesar

c)

Menjaga kepentingan pedagang

d)

Memperkukuh pasukan keselamatan

25.

Gambar berikut berkaitan dengan mesyuarat Majlis Raja-Raja.

DUA perkara yang manakah berkaitan dengan fungsi Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat tersebut?

a)

Melantik Perdana Menteri

b)

Menggubal undang-undang

c)

Memilih Yang di-Pertuan Agong

d)

Memperkenan pindaan perlembagaan

26.

Gambar berikut menunjukkan suasana Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Mengapakah mesyuarat tersebut dilaksanakan?

a)

Melantik ketua kerajaan

b)

Mengukuhkan kuasa pemerintah

c)

Menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan

d)

Menyeragamkan undang-undang negara

27.

Sejak awal abad ke-19, British bercadang untuk menyatukan wilayah penguasaannya di Asia Tenggara.

Mengapakah British bertindak demikian?

a)

Menjamin kemasukan imigran

b)

Mengurangkan kuasa raja-raja

c)

Menghapuskan pengaruh komunis

d)

Memudahkan pentadbiran tanah jajahan

28.

Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1963.

Tentera Indonesia melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.

Mengapakah Indonesia mengambil tindakan tersebut?

(Pilih DUA jawapan yang tepat)

a)

Berusaha membentuk Melayu Raya

b)

Malaysia menceroboh perairan Indonesia

c)

Melaksanakan Dasar Konfrontasi dengan Malaysia

d)

Berpendapat Malaysia mengamalkan neokolonialisme

29.

Apakah DUA cabaran dalaman yang dihadapi selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963?

a)

Perpaduan kaum

b)

Pembangunan ekonomi

c)

Pemerintahan parti politik

d)

Pemupukan semangat kenegerian

30.

Lee Kuan Yew ==> Slogan Malaysian Malaysia

Mengapakah slogan tersebut diperkenalkan?

a)

Menuntut hak sama rata

b)

Menuntut tambahan cukai

c)

Menolak pasaran bersama

d)

Mengagihkan kekayaan ekonomi

31.

Lee Kuan Yew ==> Slogan Malaysian Malaysia

Apakah kesan slogan tersebut terhadap Persekutuan Malaysia?

a)

Penentangan Indonesia

b)

Pemisahan Singapura

c)

Penyingkiran Brunei

d)

Persetujuan Filipina

32.

Maklumat berikut merujuk kepada institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan.

1970 - Universiti Kebangsaan Malaysia

1956 - Dewan Bahasa dan Pustaka

Mengapakah institusi tersebut ditubuhkan?

a)

Menambahkan sumber tenaga

b)

Meningkatkan kemahiran berfikir

c)

Memartabatkan bahasa kebangsaan

d)

Menggalakkan kemasukan pelajar asing

33.

Antara syor yang dicadangkan dalam Laporan Rahman Talib 1960 ialah pemupukan semangat perpaduan antara kaum.

Apakah DUA langkah yang diambil untuk melaksanakan syor tersebut?

a)

Mengadakan kurikulum yang sama

b)

Melancarkan program sekolah berintegrasi

c)

Memperkenalkan aliran vokasional semua sekolah

d)

Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

34.

Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan pada tahun 1971?

a)

Menghapuskan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi

b)

Menghapuskan sekatan dagangan peringkat antarabangsa

c)

Meningkatkan perolehan cukai daripada barangan import

d)

Meningkatkan kecekapan syarikat berkaitan kerajaan

35.

Mengapakah Zon Perindustrian Bebas diwujudkan oleh kerajaan?

a)

Menggalakkan pembukaan petempatan baharu

b)

Membangunkan prasarana sistem komunikasi

c)

Mendapatkan industri kecil dan sederhana

d)

Menggalakkan pelaburan modal asing

36.

Maklumat berikut berkaitan pendirian Malaysia terhadap Dasar Aparteid.

1960 - Tunku Abdul Rahman menyuarakan penentangan Dasar Aparteid di Persidangan Ketua Negara Komanwel (CHOGM)

Mengapakah Malaysia mengambil pendirian tersebut?

a)

Menangani masalah kemiskinan

b)

Mendapatkan pengiktirafan dunia

c)

Menjaga kepentingan perdagangan

d)

Memperjuang hak persamaan taraf

37.

Jadual berikut berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut?

a)

Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM)

b)

Penubuhan Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC)

c)

Pengisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)

d)

Pembentukan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)

38.

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) telah diumumkan pada tahun 1992 di Singapura.

Bagaimanakah AFTA boleh memacu kemajuan ekonomi ASEAN?

(Pilih DUA jawapan yang tepat)

a)

Penggunaan mata wang tunggal dikuatkuasakan

b)

Kemasukan pelabur dari rantau lain dikawal

c)

Sekatan dagangan dihapuskan

d)

Pasaran terbuka luas

39.

Peta berikut menunjukkan kedudukan Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Mengapakah Kepulauan Spratly menjadi rebutan?

(Pilih DUA jawapan yang tepat)

a)

Kesuburan tanah

b)

Keluasan wilayah

c)

Kedudukan strategik

d)

Kepentingan perdagangan

40.

Mengapakah isu pelepasan gas rumah hijau menjadi agenda penting dalam Sidang Kemuncak Bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992?

a)

Mengaut keuntungan penjualan baja kimia

b)

Melaksanakan penggunaan senjata biologi

c)

Mewujudkan suasana persekitaran yang aman

d)

Mewariskan alam sekitar kepada generasi baharu