wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KSSM T4 SEJARAH BAB 1 WARISAN NEGARA BANGSA

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah upacara mengangkat sumpah dengan meminum air sumpah oleh rakyat kerajaan Srivijaya dianggap penting?

a)

Mengukuhkan taat setia

b)

Memastikan negara aman

c)

Mengelakkan ditimpa tulah

d)

Mengharapkan balasan baik

2.

Apakah kepentingan wilayah pengaruh?

a)

Memperkukuhkan kewibawaan pemerintah

b)

Membolehkan penguasaan sumber kekayaan

c)

Membantu dalam penyebaran Islam

d)

Menghindari campur tangan kuasa asing

3.

Apakah maksud kawasan pegangan?

a)

Kawasan kediaman pembesar

b)

Kawasan larangan bagi rakyat biasa

c)

Kawasan pentadbiran Pembesar Berempat

d)

Kawasan pentadbiran pembesar jajahan

4.

Siapakah yang membantu sultan dalam pentadbiran pusat?

a)

Pembesar Berempat

b)

Pembesar Jajahan

c)

Pembesar Berlapan

d)

Pembesar Tiga Puluh Dua

5.

Berdasarkan Undang-undang Laut Melaka, siapakah yang menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap penumpang?

a)

Jurumudi

b)

Temenggung

c)

Nakhoda

d)

Laksamana

6.

Apakah undang-undang yang diamalkan oleh kerajaan Majapahit?

a)

Kutara Manawa

b)

Inskripsi Telaga Batu

c)

Hukun Kanun Majapahit

d)

Undang-undang Majapahit

7.

Bagaimanakah Kesultanan Johor-Riau meneruskan ciri-ciri negara bangsa?

a)

Mengamalkan kuasa mutlak

b)

Mencontohi pentadbiran Barat

c)

Menekankan kepentingan Islam

d)

Mempersoalkan sistem demokrasi

8.

Apakah bukti kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Bebas campur tangan asing

b)

Keluasan wilayah pengaruh

c)

Pengenalan undang-undang bertulis

d)

Hubungan baik dengan Dinasti Ming

9.

Apakah maksud wilayah taklukan?

a)

Wilayah yang diperoleh melalui perkahwinan

b)

Wilayah yang diperolehi dengan peperangan

c)

Wilayah yang menerima ketuanan secara suka rela

d)

Wilayah yang diberi kepada pembesar

10.

Mengapakah rakyat harus menjaga hubungan baik dengan pemerintah?

a)

Meluaskan wilayah pengaruh

b)

Mengelakkan salah guna kuasa

c)

Mengekalkan keamanan negara

d)

Mengukuhkan kuasa pemerintah

11.

Antara yang berikut yang manakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem pentadbiran giliran

b)

Sistem pembesar empat lipatan

c)

Sistem pentadbiran Jemaah Menteri

d)

Sistem pembesar enam belas lipatan

12.

Dalam Undang-Undang Laut Melaka, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan. Mengapakah nakhoda perlu berbuat demikian?

a)

menyelesaikan masalah

b)

mendapatkan persetujuan

c)

mewujudkan keharmonian

d)

mematuhi arahan dan perintah

13.

Sistem pentadbiran Kesultanan Melaka berasaskan pembesar empat lipatan.

Apakah peranan Temenggung dalam pentadbiran tersebut?

a)

Mengutip cukai di pelabuhan

b)

Menjaga keamanan perairan negara

c)

Menjaga keamanan kota

d)

Memangku jawatan Sultan

14.

Manakah antara berikut merupakan kerajaan terawal di Alam Melayu?

a)

Kerajaan Funan

b)

Kerajaan Champa

c)

Kerajaan Srivijaya

d)

Kesultanan Melayu Melaka

15.

Apakah kerajaan yang meneruskan ciri negara dan bangsa

Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Johor-Riau

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Srivijaya

d)

Kerajaan Funan

16.

Apakah undang-undang yang dilaksanakan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

I. Undang undang Manu

II. Hukum Kanun Melaka

III. Undang-undang laut Melaka

IV. Undang-undang 99 Melaka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Apakah peranan Laksamana dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Ketua pentadbir

b)

Ketua angkatan laut

c)

Ketua turus angkatan tentera

d)

Ketua keselamatan Kota Melaka

18.

Kesultanan Melayu Melaka memperolehi wilayah melalui perkahwinan dan persahabatan. Apakah gelaran bagi wilayah yang diperoleh tersebut?

a)

A. Wilayah taklukan

b)

B. Wilayah naungan

c)

C. Wilayah pegangan

d)

D. Wilayah kedaulatan

19.

Apakah maksud wilayah taklukan?

a)

A. Wilayah diperolehi melalui persahabatan

b)

B. Wilayah diperolehi melalui perkahwinan

c)

C. Wilayah diperolehi melalui perdagangan

d)

D. Wilayah diperolehi melalui peperangan

20.

Dalam undang-undang laut Melaka, malim adalah seorang yang harus arif tentang ilmu pelayaran.

Apakah hukuman seorang malim yang lalai sehingga menyebabkan kerosakan kapal?

a)

Dibuang daerah

b)

Dihukum bunuh

c)

Digantung kerja

d)

Dihukum gantung

21.

Terdapat beberapa jenis hamba dalam Kesultanan Melayu Melaka.


Antara yang berikut, yang manakah jenis hamba tersebut?


I. Hamba raja

II. Hamba biasa

III. Hamba tawanan

IV. Hamba paksaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Jika anda seorang rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka, apakah peranan anda?

a)

Mengutip cukai

b)

Memelihara kebajikan

c)

Membina jalan

d)

Memperkenalkan undang-undang

23.

Bagaimanakah kutipan hasil dilakukan oleh pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem undi

b)

Sistem paksa

c)

Sistem kerah

d)

Sistem serah

24.

Apakah ciri perdagangan Islam dalam Hukum Kanun Melaka?

a)

Pembayaran zakat

b)

Pembayaran cukai

c)

Penubuhan baitulmal

d)

Amalan riba diharamkan

25.

Menurut Fasal 13.1 dalam Undang-undang Laut Melaka, seorang nakhoda diberi keutamaan untuk berniaga mengikut tempoh yang dibenarkan.


Berapakah tempoh yang dibenarkan tersebut?

a)

1 hari

b)

2 hari

c)

3 hari

d)

4 hari

26.

Undang-undang Laut Melaka mengenakan hukuman terhadap perbuatan jenayah di atas kapal.


Apakah perbuatan jenayah tersebut?

a)

Menipu

b)

Menikam

c)

Memberontak

d)

Pergaduhan

27.

Siapakah penasihat dan pemangku Sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Bendahara

b)

Temenggung

c)

Laksamana

d)

Penghulu Bendahari

28.

Apakah tugas pembesar peringkat jajahan di Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengutip cukai

b)

Menasihati sultan

c)

Mewujudkan perpaduan

d)

Menjaga keselamatan perairan

29.

Apakah hukuman yang dikenakan kepada rakyat yang ingkar kepada arahan Sultan menurut Hukum Kanun Melaka?

a)

Hukuman gantung

b)

Hukuman bunuh

c)

Hukuman denda

d)

Kerahan tenaga

30.

Siapakah yang melantik pembesar di peringkat jajahan?

a)

Sultan

b)

Nakhoda

c)

Kerabat diraja

d)

Orang-orang Kaya

31.

Apakah kandungan Fasal 1 Hukum Kanun Melaka?

a)

Jenayah

b)

Ekonomi

c)

Kekeluargaan

d)

Peranan Sultan dan Pembesar

32.

Apakah fungsi cap mohor dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengukuhkan kekuasaan sultan

b)

Melambangkan perpaduan

c)

Mengesahkan arahan daripada sultan

d)

Mengakui kedaultan sultan

33.

Kerajaan Funan wujud pada abad ke...

a)

Abad pertama

b)

Abad kedua

c)

Abad ketiga

d)

Berabad lama

34.

Jawatan Penghulu Bendahari telah diwujudkan oleh Parameswara di Melaka .


manakah antara berikut merupakan tugas Penghulu Bendahari

a)

Memungut cukai

b)

Pemangku Sultan

c)

Ketua pelabuhan

d)

Meronda pelabuhan

35.

Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada rakyatnya.


Bagaimanakah rakyat membalas tanggungjawab tersebut?

a)

Memberi tanah

b)

Menjalankan khidmat raja

c)

Memberikan taat setia

d)

Menjadi hamba raja

36.

Bagaimanakah sesuatu sempadan kerajaan Melayu tradisional ditentukan?

a)

Sungai

b)

Bilangan rakyat

c)

Kesetiaan Rakyat

d)

Pengiktirafan Sultan

37.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat.


Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Menggambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

38.

Mengapakah raja dianggap suci dalam Kerajaan Alam Melayu sebelum Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Keturunan yang luhur

b)

Telah meminum air sumpah

c)

Dikaitkan dengan dewa

d)

Tidak pernah buat kesalahan

39.

Apakah gelaran bagi pemerintah Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Raja

b)

Sultan

c)

Seri Paduka

d)

Yang Mulia

40.

Apakah persamaan tugas Temenggong Melaka dengan pentadbiran kerajaan hari ini?

a)

Panglima Angkatan Udara

b)

Ketua Polis Negara

c)

Panglima Angkatan Laut

d)

Ketua Menteri