Worksheetskata kerja upsr
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Hael ______kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
merintih
mengeluh
mengenang
mengerang
Badan Dayang ______kerana ketakutan.
menggeliat
menggeletar
menggelupur
menggelepar
Pengemis itu _______oleh pekerja restoran tersebut.
dihalang
dibuang
dihalau
ditindas
Mak Cik Kiah sedang ______bawang di dapur.
menumbuk
mengetuk
memukul
memalu
Ibu _______kelapa untuk mendapatkan santannya.
memicit
menekan
memerah
menggosok
Faizal ______kedatangan Encik Salleh ke rumahnya dengan ramah.
menunggu
menyambut
mengajak
menanti
Yonnyboi ______kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.
terjatuh
tertimpa
terhantuk
terhempas
Sang Kancil yang cerdik itu berjaya ______sungai yang dalam dengan tipu helahnya.
melepasi
melangkahi
melintasi
menyeberangi
Pak Cik Akmal _______ jalanya ke dalam sungai itu.
membalingkan
melemparkan
menebarkan
mencampakkan
Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk _______keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
memiliki
mendapati
mempunyai
memperoleh
Adunan gula dan mentega itu _________ setelah dipukul dengan alat pemukul elektrik.
menebal
mengempis
mengembang
membesar
Cikgu Juliana memarahi Owen kerana _________dinding kelas Tiga Bersih.
menconteng
mengelap
menyapu
mengecat
Adrian _________ e-mel yang diterima daripada sahabat penanya yang menetap di Australia.
mengirim
menerima
menghantar
membalas
Adrian _________ e-mel yang diterima daripada sahabat penanya yang menetap di Australia.
mengirim
menerima
menghantar
membalas
Sebelum ke pejabat, ayah ... tali lehernya kemas-kemas.
memasang
menyimpul
memintal
mengikat
Keluarga saya telah ... di pekan ini sejak sepuluh tahun yang lalu.
bermastautin
berziarah
bernaung
bertukar
Nani ______________ lilin yang terdapat di atas meja setelah bekalan elektrik kembali berfungsi.
memadam
menutup
meniup
menghalau
Puan Mala __________ bakul yang berisi kain untuk di basuh di sungai.
memikul
menjunjung
memunggah
menimbang
Guru besar sedang __________ pingat emas kepada pemenang bagi acara lumba lari.
menyarungkan
memasukkan
menghulurkan
mengalungkan
Buaya yang besar itu _________ ekornya sebelum membaham mangsanya.
mengebaskan
mengibaskan
mengipaskan
melibaskan
Perkataan manakah merupakan kata kerja pasif?
ditulis
menulis
penulis
Meja tulis akan .................... oleh Iqbal setiap kali setelah digunakan.
dikemas
dibawa
dilihat
dicuci
