WorksheetsPERAKAUNAN KOS (K5 - K8)
Total questions: 20
Worksheet time: 3600secs
Apakah definisi analisis kos volum untung menurut Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)?
Mengkaji hubungan antara kos yang terlibat, volum jualan dan untung yang diperoleh bagi tujuan perancangan dan pembuatan keputusan dalam sesebuah organisasi.
Satu kaedah yang sistematik dalam menerangkan hubungan antara perubahan volum (output) dengan perubahan jumlah jualan, perbelanjaan dan untung.
Berikut merupakan tabiat kos terhadap volum pengeluaran KECUALI...
Kos berubah iaitu kos yang berubah mengikut volum pengeluaran
Kos tetap iaitu yang tidak dipengaruhi oleh volum pengeluaran
Kos tidak tetap iaitu kos yang tidak mempengaruhi volum pengeluaran
Titik pulang modal (TPM) ialah suatu paras apabila perniagaan tidak mendapat sebarang keuntungan atau tidak mengalami sebarang kerugian. Jumlah yang melebihi TPM menunjukkan sesuatu perniagaan mendapat _____________ manakala jumlah yang kurang daripada TPM menunjukkan sesuatu perniagaan mendapat ____________ .
kerugiaan, keuntungan
keuntungan, kerugian
Margin Keselamatan (MK) dapat menunjukkan sejauh mana jumlah jualan boleh menurun atau berkurang sebelum berlaku kerugian. Apakah formula MK dalam RM?
MK (RM) = Jualan Sebenar (RM) - Jualan pada TPM (RM)
MK (RM) = Jualan Sebenar (RM) + Jualan pada TPM (RM)
MK (RM) = Jualan Sebenar (RM) x Jualan pada TPM (RM)
MK (RM) = Jualan pada TPM (RM) - Jualan Sebenar (RM)
ABC Enterprise mengeluarkan botol minuman jenama WaNum yang dijual di pasaraya pada harga RM3 sebotol. Kos-kos yang terlibat dalam pengeluaran botol minuman WaNum adalah seperti berikut: -
Kos tetap = RM9,000
Kos berubah seunit = RM0.80
Kira TPM dalam unit dengan menggunakan kaedah margin sumbangan.
4090
4091
2368
2369
Kos pengeluaran atau kos pengilangan mengambil kira kos-kos di jabatan pengeluaran sahaja dan tidak mengambil kira kos-kos di jabatan pentadbiran, pemasaran dan sebagainya. Ianya meliputi _____________________________________.
kos bahan lansung dan kos buruh langsung
kos bahan tidak langsung dan kos buruh tidak langsung
kos langsung dan kos tidak langsung
Kos overhed
Berikut merupakan kos belanja lansung KECUALI ...
Kos pendaftaran paten
Royalti
Kos reka bentuk produk
Komisyen
Apakah formula bagi Kos Prima?
Kos bahan langsung - kos buruh langsung - kos overhed
Kos bahan langsung + kos buruh langsung - kos belanja langsung
Kos bahan langsung + kos buruh langsung + kos overhed
Kos bahan langsung + kos buruh langsung + kos belanja langsung
Berikut merupakan maklumat kos bagi Perniagaan XYZ bagi bulan Ogos 2021. Perniagaan XYZ mengeluarkan kasut sukan di bandar Sibu. Kira kos prima bagi Perniagaan XYZ pada bulan Ogos 2021.
Stok awal bahan langsung = RM2,500
Stok akhir bahan langsung = RM1,200
Belian bahan langsung = RM15,000
Gaji pengurus kilang = RM4,000
Gaji penyelia kilang = RM2,800
Gaji operator pengeluaran = RM12,000
Gaji kerani = RM2,000
Royalti = RM2,500
RM37,600
RM30,800
RM42,000
RM39,600
Berikut merupakan contoh kos tidak langsung atau kos overhed KECUALI ...
Kos hak cipta
Upah pengawal kilang
Minyak enjin
Susut nilai mesin
Yang manakah BUKAN fungsi Penyata Pendapatan Pengilangan?
Untuk digunakan di peringkat dalaman sahaja bagi mengetahui berapa kos pengeluaran yang ditanggung oleh kilang bagi satu-satu pengeluaran.
Untuk digunakan sebagai pelaporan secara rasmi.
Untuk mendapatkan pendapatan bersih atau rugi bersih syarikat. Selepas memperolehi jumlah kos barang dikilang, barulah kos barang dijual boleh diperoleh.
Untuk mendapatkan untung bersih keseluruhan perniagaan.
Apakah komponen-komponen kos jualan di dalam Penyata Pendapatan Pengilangan?
I. Stok awal
II. Stok akhir
III. Susut nilai mesin
IV. Belian
I dan II
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
Apakah kos-kos yang terlibat dalam komponen belian?
I. Insurans atas belian
II. Duti atas belian
III. Upah buruh langsung
IV. Angkutan masuk
I dan II
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Apakah kaedah yang boleh digunakan oleh perniagaan yang mengeluarkan barangan untuk menyediakan Penyata Pendapatan Pengeluaran atau Pengilangan?
I. Penyata Kos Pengeluaran disediakan dan nilai kos pengeluaran yang diperolehi dipindahkan ke Penyata Pendapatan Pengeluaran.
II. Tanpa menyediakan Penyata Kos Pengeluaran, semua nilai diambil terus daripada Imbangan Duga. Penyata Kos Pengeluaran digunakan di peringkat dalaman (pihak pengurusan) untuk mengetahui kos pengeluaran.
III. Penyata Kos Pengeluaran disediakan dan nilai kos pengeluaran yang diperolehi dipindahkan ke Imbangan Duga.
I sahaja
I dan II
I dan III
I, II dan III
Perniagaan ‘trading’, Penyata Kos Pengeluaran tidak disediakan. Semua nilai diambil daripada ________________________ untuk menyediakan Penyata Pendapatan Pengeluaran.
Jurnal am
Lejar am
Imbangan duga
Kunci Kira-kira
Berikut merupakan elemen-elemen Kunci Kira-Kira Pengilangan KECUALI ...
Aset
Liabiliti
Hasil
Ekuiti
Yang manakah BUKAN pengkelasan Hartanah, Loji dan Peralatan?
Perbelanjaan am pejabat
Peralatan pejabat
Tanah dan bangunan
Kenderaan bermotor
Apakah formula Ekuiti Pemilik / Nilai bersih?
Jumlah aset + Jumlah liabiliti
Jumlah hasil - Jumlah belanja
Jumlah hasil + Jumlah belanja
Jumlah aset - Jumlah liabiliti
Hitung Liabiti Semasa dengan menggunakan maklumat yang berikut:
Nilai buku bersih kenderaan = RM28,500
Inventori = RM3,500
Penghutang Niaga = RM1,800
Pemiutang Niaga = RM2,200
Pemiutang Lain = RM500
Insurans prabayar = RM800
Sewa terakru = RM700
RM3,400
RM4,200
RM9,500
RM38,000
Hitung Aset Semasa dengan menggunakan maklumat yang berikut:
Nilai buku bersih mesin = RM7,800
Stok awal = RM2,000
Stok akhir = RM2,300
Kerja dalam proses awal = RM3,000
Kerja dalam proses akhir = RM4,100
Tunai = RM2,700
Penghutang Niaga = RM3,800
Pemiutang Niaga = RM12,000
Pemiutang Lain = RM1,300
Insurans prabayar = RM800
Sewa terakru = RM700
RM9,500
RM14,500
RM13,700
RM17,300
