wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KERTAS 1: BAHAGIAN A

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

" ____________ bangga menjadi anak Malaysia kerana telah berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia dalam sukan badminton," kata Datuk Lee Chong Wei.

a)

Saya

b)

Beliau

c)

Aku

d)

Kami

2.

_________________ peserta yang menyertai Kem Membaca di Perpustakaan Negara akan diberikan sijil penyertaan oleh pihak penganjur.

a)

Berpuluh

b)

Para

c)

Kedua

d)

Setengah

3.

Asyraf ____________ menyiapkan kerja sekolah pada petang tadi.

a)

akan

b)

masih

c)

belum

d)

sudah

4.

Sambutan Hari Guru pada tahun ini diadakan secara besar-besaran pada peringkat negeri dan melibatkan guru-guru _____________ sekolah rendah dan menengah.

a)

untuk

b)

sejak

c)

dari

d)

daripada

5.

______________ , cantiknya permandangan dari atas bukit ini!

a)

Oh

b)

Eh

c)

Wah

d)

Cis

6.

____________ , begitu rupanya cara untuk menganyam ketupat.

a)

Oh

b)

Hai

c)

Aduh

d)

Syabas

7.

_____________ , saya tetap tidak mengaku salah!

a)

Ah

b)

Eh

c)

Oh

d)

Nah

8.

Pak Murad menangis sendirian apabila _____________ akan peristiwa ngeri yang berlaku dua tahun lalu itu.

a)

termangu

b)

termenung

c)

terkenang

d)

tergiang

9.

______________ pegawai polis bergegas ke tempat kemalangan itu.

a)

Sekelompok

b)

Sepasukan

c)

Segerombolan

d)

Sekerat

10.

_______________ , sudah pukul 8.00 pagi!

a)

Oh

b)

Alamak

c)

Aduhai

d)

Amboi

11.

Pokok yang tumbang itu telah _____________ beberapa buah kereta di tempat letak kereta itu.

a)

menghempap

b)

menghempas

c)

menghenyak

d)

menghimpit

12.

Sultan Iskandar akan ____________ untuk mencemar duli dalam majlis santapan diraja itu.

a)

bertolak

b)

bergerak

c)

berangkat

d)

beranjak

13.

Kerajaan mewujudkan pelbagai intensif pekerjaan baharu demi mengatasi masalah ___________ dalam kalangan graduan.

a)

pelarian

b)

pencerian

c)

pengangguran

d)

pertelingkahan

14.

Rania amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia mengharapkan sebentuk cincin sahaja. Keadaan ini diibaratkan

a)

orang mengantuk disorongkan bantal.

b)

pungguk rindukan bulan.

c)

pucuk dicita ulam mendatang.

d)

kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

15.

Mak Esah sedih melihat kakak kandungnya yang terlantar sakit di hospital. Keadaan ini diibaratkan

a)

cubit paha kanan, paha kiri pun terasa sakit.

b)

bersatu teguh bercerai roboh.

c)

bagaimana acuan begitulah kuihnya.

d)

kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

16.

Siti yang baru bersanding dengan pasangannya kelihatan sepadan bagai

a)

langit dengan bumi.

b)

cincin dengan permata.

c)

aur dengan tebing.

d)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

17.

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan A, B atau C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.


Perbualan adik perempuan saya yang berumur lapan tahun itu masih belum saya fahami kerana dia mengalami masalah gagap sejak kecil lagi. Tiada kesalahan.

a)

A- Perbualan

b)

B- belum

c)

C- sejak

d)

D- Tiada kesalahan

18.

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan A, B atau C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.


Pemberitahuan tentang perubahan tarikh pemeriksaan itu ditampal pada papan kenyataan tetapi tidak dibaca oleh murid-murid. Tiada kesalahan.

a)

A- tentang

b)

B- pemeriksaan

c)

C- pada

d)

D- Tiada kesalahan.

19.

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan A, B atau C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.


Majalah-majalah yang bertimbun di ruang tamu itu kami baca. Tiada kesalahan.

a)

A-Majalah-majalah

b)

B- bertimbun

c)

C- kami baca

d)

D- Tiada kesalahan.

20.

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan A, B atau C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.


Kerajaan memberikan bantuan modal kepada pekebun kecil demi untuk masa depan mereka. Tiada kesalahan.

a)

A - memberikan

b)

B - kepada

c)

C - demi untuk

d)

D - Tiada kesalahan

21.

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan A, B atau C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.


Kos hidup di bandar raya-bandar raya besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru amat tinggi. Tiada kesalahan.

a)

A- Kos hidup

b)

B- bandar raya-bandar raya

c)

C- amat tinggi

d)

D- Tiada kesalahan

22.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I - Bola itu ditendang oleh saya ke arah tiang gol.

II - Antara punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan pembakaran terbuka.

III - Novel itu menceritakan kehidupan masyarakat nelayan.

IV - Ayah saya ialah seorang juruterbang yang berpengalaman.

a)

A - I, II, dan III

b)

B - I, II dan IV

c)

C - I, III, dan IV

d)

D - II, III, dan IV

23.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I - Ramai murid pergi ke dawan sekolah untuk menyaksikan pameran kesihatan.

II - Kakak saya amat sukakan buah durian.

III - Bangunan KLCC merupakan bangunan paling tinggi di Asia Tenggara.

IV- Saya menerima sepucuk surat daripada rakan saya yang tinggal di luar negara.

a)

A - I, II, dan III

b)

B - I, II dan IV

c)

C - I, III, dan IV

d)

D - II, III dan IV

24.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I - Alat penghawa dingin itu sudah rosak.

II - Wanita itu seorang guru yang hebat.

III - Encik Hazwan ialah peguam yang tersohor.

IV - Yang nampak muda itu anak kedua jiran saya.

a)

A - I,II, dan III

b)

B - I, II, dan IV

c)

C - I, III, dan IV

d)

D - II, III dan IV

25.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I - Pengemis itu tidur berbantalkan dengan lengan.

II - Pembungkus makanan itu melakukan kerja dalam keadaan bersih.

III - Dukun itu meletakkan kemenyan ke dalam perasap.

IV - Pengembara yang sesat itu tiba di perkampungan orang asli.

a)

A - I dan IV

b)

B - III dan IV

c)

C - I, II, dan III

d)

D - II, III, dan IV

26.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I - Yang datang kepada kamu sambil tersenyum itu siapakah?

II - Adakah nama sebenar lelaki itu?

III - Mereka akan pergi ke Melaka, bila?

IV - Kemalangan itu berlaku, bagaimana?

a)

A - I dan II

b)

B - II dan III

c)

C - III dan IV

d)

D - I dan IV

27.

Pilih ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul.


I - Pertandingan gores dan menang itu diharamkan oleh pihak berkuasa.

II - Hati wanita itu jangan engkau gores sesuka hati.

III - Pak Hamid membawa parang gores untuk menebang pokok pisang.

IV - Ayah menggunakan gores api untuk membakar ranting-ranting kering itu.

a)

A - I, II dan III

b)

B - I, II dan IV

c)

C - I, III dan IV

d)

D - II, III dan IV

28.

Pilih ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul.


I - Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.

II - Kita tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.

III - Lepas bersarapan, bolehlah kita berjalan-jalan.

IV - Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.

a)

A - I dan II

b)

B - III dan IV

c)

C - I, II, dan III

d)

D - II, III dan IV

29.

Pilih ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul.


I - Fikiran Adila semakin kacau memikirkan nasib malangnya.

II - Kumpulan kongsi gelap itu telah mula membuat kacau.

III - Adik kacau dengan abang di halaman rumah.

IV - Bilik ibu kacau sekali dengan kain baju yang tersusun.

a)

A - I dan II

b)

B - II dan III

c)

C - III dan IV

d)

D - I dan IV

30.

Pilih ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul.


I - Semua murid perlu akur dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

II - Murid-murid peraturan ketika membeli makanan di kantin.

III - Pustakawan itu menyusun buku-buku di rak dengan peraturan.

IV - Patuhilah peraturan di jalan raya untuk mengelakkan kemalangan.

a)

A - I dan II

b)

B - II dan III

c)

C - III dan IV

d)

D - I dan IV