WorksheetsUjian Bertulis September
Total questions: 50
Worksheet time: 41mins
Siapakah Cikgu Lim?
Guru kelas
Guru besar
Guru disiplin
Guru bimbingan dan kaunseling
Siew Mei berasa risau kerana
terpaksa menjaga adik-adik di rumah
menghadapi masalah belajar di rumah
belum bersedia untuk menghadapi UPSR
ditegur oleh guru bimbingan kaunseling di sekolah
Mengapakah Siew Mei tidak dapat belajar secara kumpulan bersama-sama dengan kawannya?
Dia tidak diajak oleh kawannya.
Dia perlu berjumpa dengan Cikgu Lim.
Rumahnya terlalu jauh dari rumah kawan-kawannya.
Dia perlu membantu ibunya melakukan kerja rumah.
Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
Siew Mei meminta ibunya melakukan semua kerja rumah.
Siew Mei dinasihati supaya sabar dan tenang semasa menghadapi cabaran.
Siew Mei berasa bimbang kerana tidak dapat menyiapkan kerja-kerja sekolah.
Siew Mei belajar secara berkumpulan dengan kawannya pada hujung minggu.
Mengapakah Siew Mei tidak dapat belajar secara kumpulan bersama-sama dengan kawannya?
Dia tidak diajak oleh kawannya.
Dia perlu berjumpa dengan Cikgu Lim.
Rumahnya terlalu jauh dari rumah kawan-kawannya.
Dia pelu membantu ibunya melakukan kerja rumah.
Demam denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk Aedes yang menyebabkan virus demam denggi kepada manusia. Kita sering kali alpa dan memandang enteng tentang wabak denggi sehingga ada dalam kalangan ahli keluarga kita dijangkiti demam denggi.
Apakah maksud rangkai kata memandang enteng?
mengambil mudah
membuat senang
menjadi remeh
melihat renyah
Acap kali kita mendengar bahawa pesakit yang mengalami demam denggi bagi kali kedua berdepan dengan risiko kematian. Hal ini demikian kerana antibodi badan mangsa sudah lemah dan tidak mampu melawan serangan virus denggi.
Mengapakah pesakit yang mengalami demam denggi bagi kali kedua berdepan dengan risiko kematian?
Risiko kematian sentiasa ada bagi setiap pesakit yang diserang virus denggi.
Pesakit pernah menghidap demam denggi dan simptom-simptom lain.
Antibodi badan pesakit sudah lemah dan tidak mampu melawan serangan virus denggi.
Pesakit telah mengalami demam panas yang berpanjangan dan platelet darah pesakit semakin berkurangan
Demam denggi bermula dengan pesakit mengalami demam panas diikuti dengan simptom-simptom lain seperti sakit kepala, sakit sendi dan sakit pada bahagian belakang mata serta ruam merah di kulit. Apabila platlet darah pesakit demam denggi semakin berkurangan secara berterusan, tekanan darah akan menjadi rendah, denyutan nadi juga semakin laju dan akhirnya berlaku kematian.
Berikut merupakan gejala-gejala demam denggi berdasarkan petikan kecuali
ruam merah di kulit
sakit kepala
demam selesema
sakit sendi
Demi memastikan keluarga bebas daripada demam denggi, kita mestilah memastikan keselamatan di dalam rumah. Sebagai contoh, tingkap dan pintu mestilah ditutup menjelang waktu senja. Selain itu, kita juga boleh menggunakan lingkaran elektrik atau penyerap cecair bagi menghalang serangga seperti nyamuk aedes masuk ke dalam rumah.
Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan demam denggi?
menggunakan cecair anti denggi
menutup pintu dan tingkap pada waktu malam
menggunakan lingkaran elektrik
memastikan keselamatan di dalam dan di luar rumah
Kecanggihan teknologi maklumat telah mengubah landskap penyebaran maklumat secara global. Kewujudan media baharu seperti laman sosial Facebook, Twitter dan Youtube telah memberikan impak yang positif terhadap masyarakat global.
Berikut adalah antara platform media sosial, kecuali...
youtube
wikipedia
Sejak peristiwa terpeleset di kantin tempoh hari, Rudi jadi lebih pendiam.
Perkataan sinonim bagi peristiwa ialah
kejadian
cerita
kelmarin
sejarah
Pengantin yang bersanding di atas pelamin itu amat cocok.
Perkataan sinonim bagi cocok ialah
cantik
lawa
ceria
sepadan
Air sungai itu sangat tohor.
Perkataan sinonim bagi tohor ialah
deras
cetek
dalam
laju
Bau bunga mawar itu sangat wangi.
Perkataan antonim bagi wangi ialah
busuk
sedap
harum
hidu
Persahabatan mereka memang rapat semenjak kecil .
Perkataan antonim bagi rapat ialah
renggang
lama
jauh
baik
Di belakang rumah Raven terdapat sebatang pokok kelapa yang ___________________ .
panjang
rendang
tua
tinggi
Tangan ibu berbau ____________________ selepas menyiang ikan yang baru dibeli di pasar.
hanyir
hancing
busuk
harum
Petani itu tidur dengan ___________ setelah penat bekerja di kebunnya.
kaku
riang
diam
nyenyak
Mak Kiah sedang ................ tikar mengkuang yang ditempah oleh pelanggannya.
menganyam
menenun
menekat
menjahit
Piala kemenangan itu _________ oleh ketua pasukan.
dibimbit
dijulang
ditatang
didukung
Aisyatul makan tiga _______________ durian bersama pulut.
ulas
biji
pangsa
longgok
Dengarkan audio berikut dan pilih jawaban yang betul.
Ayah menghadiahkan se_____________ bunga mawar pada hari lahir ibu.
kuntum
tangkai
helai
jambak
Cikgu Selva sedang menunggu kawannya _____ pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.
ke
daripada
pada
dari
Lisa melukis gambar buah-buahan itu ________________ cat minyak.
di
pada
dengan
daripada
Cendol pulut Pak Hassan ___________ sehingga terkenal di pekan ini.
sungguh enak
nian enak
sekali enak
betul enak
Mak Cik Siti termenung sendirian di jendela rumahnya kerana rindu ________ anaknya yang menuntut di Mesir.
oleh
dengan
akan
kepada
Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa hayatnya, __________ telah berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.
ia
dia
beliau
baginda
Dia tidak berkata _______________ semasa disoal siasat.
apa-apa
mana-mana
siapa-siapa
sesiapa
Sultan Kassim akan berangkat ke Ulu Duyung esok. __________ diiringi oleh Bendahara Paduka Raja.
Baginda
Hamba
Beliau
Dia
Paras air sungai Rajang sentiasa dicatat ____________ semasa ke semasa
pada
dari
hingga
daripada
Kamu boleh pilih _______________ komputer yang kamu sukai.
apa-apa
mana-mana
siapa-siapa
sesiapa
"___________ akan berjumpa dengan Cikgu Eeda pada petang nanti," kata Carol kepada Ain.
Saya
Beta
Patik
Kami
"_______________ ingin menumpang bermalam di rumah tuan hamba hari ini,"kata pengembara itu kepada Hang Mahmud.
Beta
Hamba
Saya
Kami
Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan kepada putera _______.
nya
tuanku
beta
baginda
Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _______________ itu.
bengkang-bengkok
kacau-bilau
batu-batan
haru-hiru
Semalam hujan turun dengan lebatnya dan kilat pula _____________.
sambung-menyambung
terus-menerus
pancar-memancar
sabung-menyabung
Adik sedang bermain _______________ di tepi pantai bersama ayah.
pepara
lelayang
lelangit
bebuluh
Adik ..................... izin daripada ibu untuk pergi ke taman permainan.
diminta
meminta
permintaan
terpinta
Aminah berusaha _________ basikalnya yang rosak.
membaikkan
membaiki
kebaikan
pembaikan
Abang saya bekerja sebagai seorang ……………………….. di Syarikat Penerbangan Antarabangsa Qatar.
jurubahasa
jurutera
juruterbang
jurucakap
Cerpen itu telah ditulis oleh _____________ Negara yang terkenal, iaitu Datuk Usman Awang.
Wartawan
Negarawan
Sasterawan
Olahragawan
Tuan Haji Amirul diminta menulis _________________ bagi buku terbitan Doktor Hafiz yang berjudul "Covid-19".
tatabahasa
dwibahasa
prakata
prasekolah
Semua murid dikehendaki __________________ di dewan sekolah.
mengumpul
berkumpul
kumpulan
dikumpul
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Sila beratur dalam dua barisan, murid-murid," kata Cikgu Azizah.
Murid-murid yang beratur dalam dua barisan mempersilakan Cikgu Azizah.
Murid-murid Cikgu Azizah diminta beratur dalam dua barisan.
Cikgu Azizah meminta murid-murid supaya beratur dalam dua barisan.
Cikgu Azizah mempersilakan murid-murid beratur dalam dua barisan.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Mi rebus ini sedap tetapi agak pedas," kata Rita kepada Melati.
Melati memberitahu Rita bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
Rita dan Melati diberitahu bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
Rita dan Melati memaklumkan bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
Rita memberitahu Melati bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
Pilih ayat yang betul.
Siapakah jenis kereta yang ayah kamu beli?
Mengapakah dia bertugas setelah tamat pengajiannya?
Bagaimanakah kejadian tanah runtuh itu boleh berlaku?
Adakah tarikh penerbangan kamu ke Australia?
Pilih ayat yang betul.
Adik mengambil surat itu lalu memberikannya kepada kakak.
Ranjit anak orang kaya sambil dia tidak pernah bersikap sombong.
Apabila pegawai kesihatan itu datang, dia tidak berada di rumahnya.
Persembahan itu akan ditangguhkan sungguhpun tiada sambutan.
