WorksheetsPERAKAUNAN KOS TING 5 PART 1
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Butir-butir yang berikut terkandung dalam Akaun Pengeluaran,kecuali...
A) kerja dalam proses akhir
B)Inventori akhir bahan langsung
C) pulangan jualan barang siap
D) kadar bayaran kilang
Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kilang Pakaian Seragam Smart.
Penyata Kos Pengeluaran bagi tahun berakhir 30 Jun 20x8:
Kos P RM 35000
Kos Q RM 5000
Kos Prima RM 40 000
Apakah kos P dan kos Q?
A) Kos P = Bahan Lnagsung, Kos Q= Overhed
B) Kos P=Bahan Langsung, Kos Q= Buruh Langsung
C) Kos P= Belanja Langsung, Kos Q= Overhed
D) Kos P=Overhed, Kos Q = Buruh Langsung
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang kos?
A)Kos pengeluaran terdiri daripada kos bahan langsung,kos buruh langsung dan kos overhed.
B) Kos prima terdiri daripada kos bahan langsung dan kos buruh tak langsung
C) Kos pengurusan kilang adalah kos overhed
D) Kos bahan langsung merupakan kos berubah.
Maklumat yang berikut di peroleh daripada Kilang Sinar Terus .
Bahan langsung RM 8 500
Buruh langsung RM 3 500
Overhed RM 5 500
Kerja dalam prosese awal RM 4 000
Kerja dalam prosese akhir RM 1 000
Hitung kos pengeluaran.
A) RM 25 000
B) RM 9 500
C)RM 20 500
D)RM 14 500
Syarikat Perkilangan MS diarahkan oleh mahkamah untuk menghentikan operasinya selama tiga bulan kerana melanggar Akta Kualiti Alam Sekitar. Apakah jenis kos yang perlu ditanggung oieh syarikat itu?
A) Kos pengeluaran
B) Kos prima
C) Kos tetap
D) Kos berubah
Yang berikut merupakan kos overhed sesebuah kilang,kecuali....
A) sewa kilang
B) belanja alat-alat kecil
C) bahan api dan minyak pelincir
D) bahan langsung kilang.
Yang berikut merupakan kos tetap, kecuali....
A) susut nilai loji dan mesin
B) belanja insurans
C) gaji pekerja kilang
D) gaji pengurus kilang
Kilang Batik Seni Halus Sdn. Bhd. membayar gaji pengurus kilang RM 5 000 sebulan. Apakah perbelanjaan tersebut?
A) Kos buruh langsung
B) Belanja langsung
C) Kos overhed
D) Kos prima
Maklumat yang berikut adalah kos yang terlibat dalam pengeluaran payung oleh Tahan Enterprise bagi tahun berakhir 31 Disember 20x5.
Bahan langsung RM 250 000
Gaji pekerja kilang RM 57 600
Gaji pengurus kilang RM 32 700
Royalti RM 8 500
Kira jumlah kos prima.
A) RM 348 800
B) 316 100
C) RM 339 500
D) RM 307 600
Maklumat yang berikut merujuk kepada pengeluaran jem buah-buahan oleh Perusahaan Eason.
Inventori awal bahan langsung RM 400
Inventori akhir bahan langsung RM 900
Belian bahan langsung RM 8400
Angkutan masuk RM 360
Bahan api kilang RM 1 200
Berapakah kos bahan langsung?
A) RM 8 620
B) RM 9 460
C) RM 8 260
D) RM 7 900
