WorksheetsS1- Badan Perundangan (Set 1)
Total questions: 15
Worksheet time: 7mins
Yang manakah benar tentang tugas Dewan Negara?
I Membahaskan rang undang-undang dari Dewan Rakyat
II Boleh menangguh rang undang-undang kewangan kurang 12 bulan
III Boleh memulakan semua jenis rang undang-undang yang diperuntukkan
IV Tidak boleh meminda rang undang-undang kecuali diterima Dewan Rakyat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah Rang Undang-Undang yang yang wajib dimulakan di Dewan Rakyat?
Penyemakan daftar pemilih
Penambahan bilangan ahli Dewan Negara
Penetapan kadar pemberian kepada negeri
Persempadanan semula kawasan pilihan raya
Yang manakah pihak yang perlu dirujuk oleh seseorang menteri untuk memberikan notis pemberitahuan dalam proses penggubalan Rang Undang-Undang?
Ketua Whip
Ketua Majlis
Ketua Jabatan Parlimen
Yang Dipertua Dewan Rakyat
Yang manakah benar tentang konsep pengasingan kuasa di Malaysia?
Mengasingkan semua bidang kuasa negeri dengan persekutuan.
Memisahkan kuasa pemerintah persekutuan dengan kerajaan tempatan.
Mengasingkan kuasa pentadbiran bagi penggubal dasar kerajaan, pengadil undang-undang dengan penggubal undang-undang
Mengasingkan kuasa kerajaan tempatan dengan kerajaan negeri
Yang manakah berikut meruoakan peranan Perdana Menteri?
I Ketua Whip
II Ketua Negara
III Ketua Kerajaan
IV Ketua Jemaah Menteri
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah berikut merupakan tugas Ketua Whip?
Menentukan tarikh mengadakan mesyuarat
Menentukan kehadiran atau menyokong sesuatu usul
Memberi nasihat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat
Menghantar notis untuk memulakan persidangan kepada ahli Dewan Rakyat
Doktrin Pengasingan Kuasa yang diamalkan di Malaysia untuk
mengelakkan penyalahgunaan kuasa
rakyat terlibat sama dalam pentadbiran
sistem demokrasi tulen dapat dilaksanakan
mewujudkan pemerintahan yang terbuka untuk semua rakyat
Yang manakah kuasa yang dilaksanakan oleh Parlimen?
Menyemak dasar-dasar kerajaan
Membatalkan undang-undang yang diluluskan
Membuat pindaan kepada undang-undang Negeri
Memberikan arahan untuk dilaksanakan oleh jentera pentadbiran
Yang manakah pihak yang menentukan kehadiran atau menyokong sesuatu usul?
Ketua Majlis
Ketua Whip
Yang Dipertua Dewan
Setiausaha Dewan Rakyat
Yang manakah benar tentang Parlimen yang diamalkan di Malaysia?
Parlimen Malaysia terdiri daripada dua komponen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun dari tarikh pilihan raya umum
Yang Dipertua Dewan Rakyat bertanggungjawab terhadap perjalanan Dewan
Setiausaha Dewan Rakyat dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Yang manakah yang benar tentang struktur pemerintahan Malaysia?
I Kuasa Perundangan Persekutuan terletak pada Parlimen
II Badan Legislatif berfungsi sebagai pentadbir undang-undang
III Badan Kehakiman berfungsi sebagai pentafsir undang-undang
IV Negara melaksanakan pengasingan kuasa di peringkat Persekutan, Negeri dan Tempatan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah tugas Ketua Majlis dalam Dewan Rakyat?
Menentukan tarikh mengadakan mesyuarat
Mementukan kehadiran atau menyokong sesuatu usul
Memilih ahli-ahli untuk Jawatankuasa Majlis Parlimen
Menasihati Yang Dipertua Dewan Rakyat atas segala perkara berkaitan Majlis Parlimen
Yang manakah boleh dilaksanakan oleh Dewan Undangan Negeri?
I Menggubal rang undang-undang berkaitan kebajikan orang asli
II Menggubal rang undang-undang berkaitan pemuliharaan penyu
III Meminda undang-undang berkaitan perpustakaan dan muzium
IV Meminda undang-undang berkaitan dengan kawalan terhadap musuh tanaman
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah berikut benar tentang Ketua Negeri?
Dipilih terus oleh rakyat melalui pilihanraya
Mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Mempengerusikan Persidangan Dewan Undangan Negeri
Memberikan persetujuan kepada permintaan pembubaran Dewan Undangan Negeri
Yang manakah kuasa YDPA terhadap Dewan Rakyat?
Merasmikan persidangan Dewan Rakyat pada setiap penggal
Melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri
Memecat Setiausaha Dewan Rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat
Meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat
