WorksheetsKATA MAJMUK KIASAN
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Nenek menjadikan alunan zikir dan doa sebagai ...... pada setiap hari.
pasang telinga
halwa telinga
telingan kuali
telinga karat
Keenakan nasi ayam yang dijual oleh Makcik Zarrah menjadi ........ penduduk di sekitarnya.
buah mulut
buah mata
buah hati
buah otak
Kejayaan Amri dalam perniagaan emas telah menjadikannya ........ dan hanya memilih kawan yang berada sahaja.
hidung panjang
hidung tinggi
hidung mancung
hidung bulat
Sebagai ....., Yusri selalu menjaga hubungan dengan penduduk-penduduk di kawasan tempat tinggalnya.
anak lelaki
anak emas
anak haruan
anak dagang
Sudah empat tahun Ummi .......... sebagai kerani di kilang membuat sabun itu.
makan gaji
makan hati
makan-makan
makan malam
Penat lelah Yahya mem......... mencari rezeki telah membuahkan hasil hingga dia berjaya membeli sebuah banglo.
putih tulang
ringan tulang
banting tulang
berat tulang
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hamka telah mem......... penduduk kampung supaya tidak mempercayai perkara tahyul.
buka pandangan
buka mata
buka cerita
buka jalan
Julie masih ............ untuk menjadi seorang penyanyi walaupun keinginannya dihalang oleh keluarganya.
ada hati
makan hati
jauh hati
susah hati
Shahrul tidak suka bergaul dengan rakan-rakannya kerana sikapnya yang ............... dan pemalu.
pandang rendah
rendah diri
rendah badan
rendah suara
Perniagaan atas talian yang dijalankan Amirah menjadi ...................... untuk dia memperkenalkan baju rekaannya.
batu hati
batu api
batu meloncat
batu loncatan
Dia tidak mahu ................ dalam urusan pengambilan tanah orang kampung itu.
ambil hati
masuk campur
menyoal selidik
pasang telinga
Bahagian .................. adik sering berasa pedih dan berair apabila terdedah kepada cahaya matahari.
anak mata
buah hati
darah daging
deria rasa
Drama bersiri Korea itu telah di ................ ke bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
alih bahasa
cakap ajuk
halwa telinga
bual bicara
Ibu bersabar dengan perangai adik yang nakal itu kerana beliau percaya .......................... adik akan berubah.
gatal mulut
habis akal
lambat laun
lemah semangat
Jalan yang bengkang-bengkok itu membuatkan Najmi berasa pening dan mual lalu memuntahkan segala ............................nya.
buah fikiran
isi perut
panas hati
resah gelisah
