Worksheetsperniagaan
Total questions: 28
Worksheet time: 14mins
perniaga bermaksud
aktiviti pengeluaran dan penjualan barang serta perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan mendapatkan keuntungan
aktiviti urusniaga dimana pembeli bersetuju memberikan sesuatu nilai kepada penjual sebagai pulangan kepada barang dan perkhidmatan yang didapatinya
memberi kepuasan hasil daripada kerja yang dilakukan sendiri
organisasi mengembleng atau mengabungkan input tambah nilai untuk menghasilkan output atau proses menukar input kepada output
Eleman asas dalam perniagaan kecuali
menyediakan barang dan perkhidmatan
wujud pertukaran nilai
menjalankan proses pengeluaran dan penghasilan barang dan perkhidmatan
memuaskan kehendak dan keperluan pengguna
Peranan perniagaan melibatkan beberapa pihak kecuali...
peranan terhadap pengguna
peranan terhadap masyarakat
peranan terhadap ekonomi
peranan terhadap individu
Proses perniagaan melibatkan..
input
organisasi
politik dan perundangan
pembiaya
Persekitaran umum merupakan persekitaran di luar organisasi yang memberikan tekanan dan kesan tidak langsung terhadap operasi dan prestasi sesebuah perniagaan...Antara berikut merupakan persekitaran umum kecuali...
persekitaran ekonomi
persekitaran teknologi
persekitaran persaingan
persekitaran sosiobudaya
Pemilikan tunggal merupakan perniagaan yang ditubuhkan,dimiliki,diuruskan dan dibiayai dari segi kewangan dan pengurusannya dikendalikan oleh seseorang individu sahaja..
Antara berikut yang manakah menunjukkan kebaikkan perniagaan milikan tunggal..
modal adalah terhad kepada tabungan sendiri atau pinjaman daripada ahli keluarga
liabiliti tidak terhad
kerugian perniagaan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik
kos penubuhan adalah rendah
Perkongsian ditubuhkan oleh dua atau lebih individu yang tidak melebihi 20 orang (bagi perkongsian biasa) atau dua hingga 30 orang (perkongsian yang mengamalkan sesuatu profesion) dengan tujuan untuk mendapatkan untung.
Antara berikut merupakan bukan syarat-syarat perkongsian kecuali...
Nisbah atau cara pembahagian untung
Jualan saham kepada orang perseorangan
Liabiliti terhad
keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen
Aktiviti pengeluaran melibatkan aktiviti :
ekstraktif, barangan pengguna,barangan industri,pembuatan dan pemasangan
peruncitan,ekstraktif,perhotelan,pendidikan dan pembuatan
pemborong,perhotelan,barangan industri,peruncitan dan pembuatan
pendidikan,kewangan,pemborong,ekstraktif dan perhotelan
Sektor perniagaan melibatkan 3 iaitu:
sektor swasta,sektor Awam dan badan berkanun
sektor awam,badan berkanun dan antarabangsa
sektor swasta, domestik dan antarabangsa
domestik,antarabangsa dan badan berkanun
Koperasi merupakan satu organisasi perniagaan yang ditubuhkan secara sukarela oleh sekumpulan individu untuk menjaga ahli-ahlinya berdasarkan prinsip kerjasama atau tolong menolong dan bukan bermotifkan keuntungan..
Antara berikut, yang manakah merupakan langkah ketiga dalam penubuhan sesuatu koperasi?
Membentuk jawatan kuasa penaja yang terdiri daripada 10 orang
Mengadakan mesyuarat agung penubuhan atau permulaan
Mendaftarkan koperasi dengan Pendaftar Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Memperoleh sijil perakuan pendaftaran koperasi
Berikut merupakan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad kecuali..
2 hingga 50 pemegang saham
Laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai
Pemindahan hak milik perlu mendapat persetujuan daripada pemegang saham lain
Pemilikan syer terbuka kepada orang ramai yang berminat melabur
Reka bentuk pengeluaran melibatkan...
simplification
berkelompok
selular
proses
Berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi kilang...kecuali..
kos pengangkutan
Kemudahan Infrastruktur
jarak lokasi kilang dengan pasaran
volum pengeluaran produk yang rendah
reka bentuk pengeluaran melibatkan 3 reka bentuk yang terlibat..kecuali
simplification
persampelan
modular
standardization
Lebih mementingkan keuntungan berbanding memenuhi kebajikan masyarakat. Ciri tersebut merupakan dimensi modal bagi agensi perniagaan
BETUL
SALAH
Mencipta dan memasarkan barangan dan perkhidmatan di pasaran merupakan aktiviti bagi
perniagaan
bukan perniagaan
Dari segi kawalan penubuhan perniagaan ditubuh di bawah Akta Syarikat dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau (a)
Kepentingan untung kepada perniagaan ialah
Sebagai sumber modal
menarik dan mendorong pelabur
ganjaran atau pulangan dalam bentuk dividen
menunjukkan pengurus yang baik
Berikut adalah peranan perniagaan terhadap masyarakat KECUALI
Memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dengan aktiviti perniagaan dan dapat mengurangkan kadar pengangguran
Meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan pendapatan yang stabil dapat berbelanja mengikut keperluan.
Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dengan menawarkan pelbagai pilihan barangan.
Individu yang menggabungkan semua faktor pengeluaran dan menjadikannya sebagai output dalam pengeluaran dikenali sebagai
Taukey
Usahawan
Pengurus Besar
Pengeluaran merujuk kepada sebarang aktiviti, kegiatan atau pekerjaan berkaitan dengan mengeluar, mencipta, menyiapkan bahan mentah dan memberi perkhidmatan.
BETUL
SALAH
Berikut merupakan aktiviti pengeluaran secara fizikal
pengeluaran kereta
pengeluaran perabot
pengeluaran pendidikan
Peranan pengurusan pengeluaran ialah
melaksanakan reka bentuk produk mengikut spesifikasi kualiti melalui cara dan mengawal pekerja bahan-bahan dan peralatan dengan berkesan.
memastikan proses pengeluaran berjalan dengan lancar mengikut rancangan untuk mengelakkan kos tinggi akibat kesilapan operasi, kerosakan peralatan dan lain-lain.
mengurangkan kos pengeluaran dengan cara meningkatkan produktiviti dan mengurangkan pembaziran.
mengawal input bahan mentah, buruh, mesin dan peralatan agar digunakan secara berterusan
Berikut adalah hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran
membuat tempahan produk menerusi jabatan pengeluaran.
mengedarkan jumlah produk yang perlu dihasilkan untuk dipasarkan.
mendapatkan maklum balas tentang kehendak pelanggan terhadap spesifikasi produk.
Berikut adalah hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan kewangan
menyediakan peruntukan dan sumber kewangan berdasarkan keperluan yang dimaklumkan oleh jabatan pengeluaran
menerima cadangan daripada jabatan pengeluaran untuk sebarang penambahan pelaburan dalam bentuk aset seperti pembelian mesin, pembesaran kilang dan sebagainya dengan memaklumkan kepada jabatan pemasaran.
Sistem pengeluaran melibatkan tiga proses iaitu input, proses transformasi dan output.
BETUL
SALAH
Berikut adalah objektif susun atur kilang KECUALI
Mengurangkan kos pengendalian bahan dan kos sewaan ruang
Menggunakan ruang kilang secara berkesan
Menggunakan sumber bukan buruh secara berkesan
Kawalan input dikenali sebagai
kawalan awalan
kawalan pengenalan
kawalan semasa
