NEW
Font size
Worksheetsfrasa adjektif t2
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
Mak Munah __________ apabila melihat anaknya pulang dari Kuala Lumpur.
sedih benar
rindu benar
gembira benar
risau benar
Pak Kamal sangat gembira kerana anak-anaknya handal-handal belaka.
anak-anaknya handal-handal
anaknya handal belaka-belaka
anaknya handal-handal belaka
anak-anaknya ahndal-handal belaka
Bangunan lama ini paling unik sekali.
terunik sekali
unik paling
paling unik
paling unik sekali
Arahan: Berikan pola ayat dasar bagi ayat di bawah:
Ani cantik.
Frasa Nama + Frasa Nama
Frasa Nama + Frasa Kerja
Frasa Nama + Frasa Adjektif
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Arahan: Berikan pola ayat dasar bagi ayat di bawah:
Air laut itu bersih.
A. Frasa Nama + Frasa Nama
B. Frasa Nama + Frasa Kerja
C. Frasa Nama + Frasa Adjektif
D. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Penghulu itu berasa sungguh _______ terhadap penduduk kampung kerana anaknya terlibat dalam kegiatan jenayah.
rindu
malu
sayang
benci
Besi pembahagi jalan itu _________ setelah dilanggar sebuah lori membawa beras.
bengkok
bujur
kempis
lonjong
Manakah yang berikut bukan binaan dua perkataan yang menekankan unsur keserasian?
cantik molek
riang gembira
lemak manis
tawar hati
Manakah yang berikut bukan binaan dua perkataan yang menekankan unsur keserasian?
Lidah buaya
Penat lelah
Kurus kering
Letih Lesuh
Manakah yang berikut bukan binaan dua perkataan yang mempunyai unsur makna berlawanan?
Tinggi rendah
Miskin kaya
Tua kerepot
Kecil besar
Manakah yang berikut bukan binaan dua perkataan yang mempunyai unsur makna berlawanan?
Pandai geliga
Pahit manis
Tua muda
Baik buruk
Pilih ayat yang menggunakan kata kiasan (kata adjektif+kata nama) dengan tepat.
Para pemuda remaja gemar menonton wayang.
Suhaila seorang yang banyak bercakap.
Andy mempunyai kulit yang berwana kuning langsat.
orang yang murah budi akan disayangi ramai.
Pilih ayat yang menggunakan kata penguat dengan tepat.
I. Combi gemar sekali menyertai aktiviti kesenian di kampung.
II. Rambutan merah lebih manis sekali daripada rambutan hijau.
III. Lelaki yang terlebih gagah itu merupakan ahli gusti suatu ketika dahulu.
IV. Adik Maisarah adalah seorang yang sangat baik hati sekali.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Isi tempat kosong dengan menggunakan frasa adjektif penguat dengan tepat.
Raihana ingin menurunkan berat badan. Dia ___________ oleh rakan sekelasnya.
kerap terasa
selalu bersenam
sangat disayangi
selalu marah
Pilih jawapan yang betul.
Air kopi itu terasa _____kerana belum dibubuh gula.
kurang kelat
pahit amat
sungguh manis
masin masam
Pilih jawapan yang betul.
Permukaan lantai itu menjadi ______setelah dimop oleh ibu.
lemah lembut
halus mulus
sangat kasar
lebih bersih
Pilih jawapan yang betul.
Pakaian Syafik______kerana dia ditimpa hujan semasa dalam perjalanan ke sekolah.
halus sungguh
basah kuyup
terlalu kembang
seram sejuk
Pilih jawapan yang betul.
Semua kenderaan bergerak ______ kerana berlaku suatu kecelakaan jalan raya yang dahsyat di Jalan Lintang.
perlahan
deras
laju
gopoh
Pilih jawapan yang betul.
Warna _______ pada Jalur Gemilang melambangkan kebesaran raja-raja Melayu.
kuning langsat
biru laut
kuning
biru
Pilih jawapan yang betul.
Petir berdentum dengan __________ menandakan hari hendak hujan.
kuat
rakus
senyap
perlahan
Amirul berasa _____ kerana kucing kesayangannya telah hilang
A. gemuk
B. kurus
C. sedih
D. gembira
