Font size
WorksheetsQUIZ BAB 4( 4IA)
Total questions: 35
Worksheet time: 35mins
Salah satu kebaikan pengelasan unsur secara sistematik dalam Jadual Berkala Unsur adalah
Bagi memudahkan ahli sains untuk memilih atom
Bagi meramal sifat kimia sesuatu unsur
Bagi mengetahui bilangan neutron dalam unsur
Bagi mengenal pasti ahli sains yang menemui unsur tersebut
Ahli-ahli sains yang menyumbang kepada pengelasan unsur dalam Jadual Berkala Unsur adalah seperti berikut, kecuali
John Newlands
Lothar Meyer
Anton Mendeleev
Henry Moseley
Dalam Jadual Berkala Unsur, R dan S terletak dalam kumpulan yang sama. Sekiranya nombor proton R adalah 19, apakah susunan elektron untuk unsur S?
2.8.1
2.8.7
2.8.8.2
2.8.8.5
Saiz atom unsur Kumpulan 18 semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Ini disebabkan oleh
pertambahan bilangan elektron
takat lebur dan takat didih unsur semakin berkurang
kadar keterlarutan dalam air semakin bertambah
pertambahan bilangan petala yang terisi dengan elektron
Semasa tindak balas kimia, setiap atom alkali dalam Kumpulan 1
melepaskan satu elektron valens untuk mencapai susunan duplet atau oktet.
melepaskan dua elektron valens untuk mencapai susunan duplet atau oktet.
melepaskan tiga elektron valens untuk mencapai susunan duplet atau oktet.
melepaskan empat elektron valens untuk mencapai susunan duplet atau oktet
Kereaktifan unsur Kumpulan 17 semakin berkurang apabila menuruni Kumpulan 17. Ini disebabkan oleh
saiz atom berkurang menuruni kumpulan
takat didih dan takat lebur semakin berkurang
warna unsur semakin gelap menuruni kumpulan
daya tarikan nukleus terhadap elektron semakin lemah
Perubahan sifat fizik unsur merentasi Kala 3 dari kiri ke kanan dalam Jadual Berkala Unsur adalah disebabkan oleh
pertambahan nombor proton
jejari atom semakin bertambah
keelektronegatifan semakin berkurang
perubahan keadaan fizik daripada gas kepada cecair dan akhirnya kepada pepejal
Unsur ini mempunyai nombor pengoksidaan yang berbeza serta membentuk sebatian yang mempunyai warna yang berbeza. Unsur ini merupakan unsur
metaloid
amfoterik
peralihan
logam alkali bumi
Namakan unsur yang digunakan sebagai mangkin dalam Proses Ostwald untuk menghasilkan asid nitrik.
Nikel
Platinum
Besi
Vanadium(V) oksida
Lajur menegak pada Jadual Berkala dikenali sebagai
Kala
Kumpulan
Baris melintang pada Jadual Berkala dikenali sebagai
Kumpulan
Kala
Apakah nama bagi unsur-unsur dalam Kumpulan 17 Jadual Berkala?
Logam Alkali
Logam Alkali Bumi
Halogen
Gas Adi
Pada bahagian manakah terletaknya unsur-unsur yang bersifat logam pada Jadual Berkala?
Sebelah kiri
Di tengah-tengah
Sebelah kanan
Apakah ciri yang menentukan sesuatu unsur itu diletakkan pada sesebuah Kumpulan?
Bilangan elektron valens unsur
Bilangan petala
Apakah ciri yang menentukan sesuatu unsur itu diletakkan pada Kala tertentu?
Bilangan elektron valens
Bilangan petala
Unsur-unsur dalam sesuatu Kumpulan mempunyai sifat ............... yang sama.
fizik
kimia
Nyatakan kedudukan Kalsium pada Jadual Berkala.
Kumpulan 4, kala 2
Kumpulan 2, kala 4
Kumpulan 13, kala 2
Kumpulan 1, kala 4
Unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden disusun mengikut
urutan jisim atom relatif
urutan nombor proton menaik
urutan nombor nukleon menaik
bilangan elektron valens
Antara gambar rajah berikut, yang manakah mewakili susunan elektron bagi suatu unsur Kumpulan 1?
Unsur peralihan berbeza daripada logam alkali dalam kumpulan 1. Hal ini adalah disebabkan oleh unsur peralihan
boleh mengalirkan elektrik
membentuk sebatian berwarna
keelektronegatifan yang rendah
Yang manakah simbol bagi magnesium?
Ma
Mg
Mag
Mn
Baris mengufuk dalam Jadual Berkala Unsur dinamakan sebagai
kumpulan
kala
Manakah antara berikut merupakan logam yang lebih reaktif dalam Kumpulan 1?
K
Ca
Na
Li
Logam alkali merujuk Kumpulan ....
Kumpulan 2
Kumpulan 1
Kumpulan 17
Ion positif terbentuk apabila atom unsur logam menderma elektron
Benar
Palsu
Apabila merentasi Kala 3, sifat oksida berubah daripada oksida bes kepada oksida amfoterik dan kemudian oksida asid. Antara berikut yang manakah merupakan oksida amfoterik?
Na2O
MgO
Al2O3
P4O10
Yang manakah yang betul kegunaan unsur kumpulan 18?
Argon digunakan ke dalam mentol elektrik
kripton digunakan dalam lampu rumah api
Neon digunakan dalam belon kaji cuaca
Xenon digunakan dalam lampu denyar kilat pada kamera
Berikut ialah perubahan sifat fizik unsur menuruni Kumpulan 18, yang manakah tidak benar
saiz jejari atom unsur semakain bertambah
takat lebur dan takat didih bertambah
daya tarikan antara atom meningkat
bilangan petala yang berisi elektron semakin berkurang
Atom unsur X mempunyai nombor proton 13. Dimanakah kedudukan X di dalam Jadual Berkala Unsur?
A
B
C
D
Antara berikut, yang manakah adalah satu logam alkali?
Helium
Litium
Kalsium
Magnesium
Apakah yang dimaksudkan dengan keelektropositifan?
Keupayaan atom untuk membebaskan elektron
Keupayaan atom untuk menerima elektron
Keupayaan ion untuk membebaskan elektron
Keupayaan ion untuk menerima elektron
Antara berikut, unsur manakah terdapat dalam kumpulan 17 dalam Jadual Berkala Unsur?
Fluorin dan iodin
oksigen dan bromin
hidrogen dan klorin
hidrogen dan bromin
Suatu unsur tidak dapat mengkonduksikan arus elektrik dan wujud sebagai molekul dwiatom.
Dalam kawasan manakah unsur ini boleh didapati dalam Jadual Berkala?
A
B
C
D
Rajah menunjukkan kaedah menyimpan suatu unsur Kumpulan 1. Antara berikut yang manakah menerangkan mengapa kaedah ini digunakan?
Untuk mengelakkan tindak balas dengan cahaya matahari.
Untuk mengelakkan unsur tersebut bertindak balas dengan oksigen
Unsur itu adalah berasid.
Unsur itu mudah meruap.
Pernyataan manakah yang menerangkan mengapa saiz atom unsur-unsur Kala 3 berkurang apabila merentasi kala dalam Jadual Berkala?
Bilangan proton bertambah
Jisim atom relatif bertambah
Bilangan elektron valens bertambah
Bilangan petala yang berisi elektron bertambah
