Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN BERTULIS 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Walaupun Zamri cacat, tetapi dia bekerja sangat pantas seperti _________.

a)

penyapu baharu

b)

lipas kudung

c)

cacing kepanasan

d)

titik peluh

2.

Mirti _________ kerana buku latihannya dikoyak oleh adiknya.

a)

naik angin

b)

keras kepala

c)

kecil hari

d)

ada angin

3.

Dharvin _________ kesakitan sewaktu kakinya dirawat oleh doktor.

a)

menyanyi

b)

bercakap

c)

melompat

d)

menjerit

4.

Budak nakal itu ______________ batu ke arah anak anjing itu.

a)

mencampak

b)

memberi

c)

membuang

d)

melontar

5.

Air sungai di belakang rumah Sangeetha sangat ________ kerana musim kemarau.

a)

cetek

b)

laju

c)

dalam

d)

deras

6.

Perut Ah Sun _______ kerana dia kuat makan .

a)

kempis

b)

kurus

c)

leper

d)

buncit

7.

Pagi tadi Vengadesh ________ sahaja kerana kesejukan.

a)

mandi bunga

b)

mandi angin

c)

mandi kerbau

d)

mandi peluh

8.

Kek yang telah lama didimpan itu sudah tidak boleh dimakan kerana berbau _______

a)

dingin

b)

hapak

c)

hanyir

d)

hancing

9.

Tanda - tanda awal ________ penyakit taun ialah cirit- birit dan muntah - muntah.

a)

menghidap

b)

hidapi

c)

penghidap

d)

hidapkan

10.

Sumedha _______ daripada tidur apabila terdengar bunyi yang kuat.

a)

kejutan

b)

terkejut

c)

dikejutkan

d)

mengejut

11.

Ayah _________________ sebentuk cincin kepada ibu sempena ulang tahun perkahwinan.

a)

menghadiahkan

b)

menghadiahi

c)

dihadiahkan

d)

dihadiahi

12.

Mithran tidak tahu langsung _________ kebakaran kedai itu.

a)

akan

b)

antara

c)

tentang

d)

oleh

13.

Surat jemputan ________ majlis itu telah diberikan ________semua murid Tahun empat.

a)

untuk ...... kepada

b)

tentang.....untuk

c)

kepada......dari

d)

oleh...kepada

14.

Sanjiv sering berulang - alik _____ Johor Bahru _____ Pulau Pinang atas urusan perniagaan.

a)

dari..... di

b)

ke ..... di

c)

dari.... ke

d)

di...... ke

15.

Encik Maran memiliki lima ______ tanah dusun di hujung kampung itu.

a)

gelung

b)

bidang

c)

lembar

d)

baris

16.

Nirmala tidak dapat mengucapkan walau se _________ kata pun apabila menerima se _______ cincin daripada pemuda itu.

a)

rangkap......rangkai

b)

baris.....tangkai

c)

patah....bentuk

d)

rumpun....biji

17.

'' _______akan merasmikan Pameran Hari Keamanan Sedunia itu, '' titah Sultan Mansur.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Baginda

18.

Kugendran ____ di hadapan pintu rumah sementara menunggu ibunya membukakan pintu.

a)

terjatuh

b)

tercegat

c)

terhenti

d)

terduduk

19.

'' _________berdua telah tersesat di dalam hutan , '' kata Saran dan Malar kepada pihak polis.

a)

Kita

b)

Mereka

c)

Kalian

d)

Kami

20.
Buah epal yang sudah ______ itu disimpan ke dalam peti sejuk
a)
dikupas
b)
dikopek
c)
ditarah
d)
disiang