wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HABA 2

Total questions: 25

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.
Sesuatu bahan itu menjadi panas apabila _________ haba 
a)
menerima
b)
kehilangan
c)
saya tidak tahu
2.
Antara berikut,yang manakah BUKAN aplikasi prinsip haba?
a)
kabel elektrik yang kendur
b)
ruang antara jambatan 
c)
penggunaan termometer
d)
semua jawapan adalah betul
3.

Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang haba?

a)

Haba menyebabkan objek mengembang

b)

Objek menjadi sejuk apabila menerima haba

c)

Suhu objek bertambah apabila kehilangan haba

d)

Pengembangan objek melibatkan pembebasan haba

4.

Antara yang berikut, yang manakah akan dapat diperhatikan selepas 10 minit?

a)

Dakwat hitam berubah warna

b)

Titik dakwat masuk ke dalam air panas

c)

Titik dakwat bergerak ke atas dalam tiub kaca

d)

Titik dakwat hilang dari tiub kaca

5.

Antara yang berikut, yang manakah boleh mewakili suhu air itu?

a)
b)
c)
d)
6.

Mengapakah terdapat ruang kecil di antara landasan kereta api?

a)

untuk membolehkan landasan mengembang semasa cuaca panas.

b)

untuk membolehkan landasan kelihatan cantik.

c)

untuk membolehkan landasan mengecut semasa cuaca panas.

7.

Apakah sebab kabel elektrik dipasang kendur?

a)

Supaya kabel elektrik tampak lebih menarik

b)

Supaya kabel elektrik tidak terputus ketika sejuk

c)

Supaya kabel elektrik boleh mengembang ketika panas

d)

Supaya kabel elektrik tidak mengeras

8.

Apakah logam yang ada pada termometer yang digunakan sebagai penanda aras suhu?

a)

Natrium

b)

Gallium

c)

Helium

d)

Merkuri

9.

3

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

10.

8

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

11.

Apakah yang berlaku apabila suatu objek mengalami penambahan haba?

a)

Objek itu mengecut

b)

Objek itu menjadi lebih sejuk

c)

Objek itu menjadi lebih panas

d)

Tiada apa akan berlaku

12.

Haba bergerak dari kawasan _________ ke kawasan ________.

a)

tinggi, rendah

b)

rendah, tinggi

c)

sejuk, panas

d)

panas, sejuk

13.

Berapakah ukuran suhu bilik?

a)

100°C

b)

37°C

c)

0°C

d)

27°C

14.

Berapakah suhu takat didih?

a)

100°C

b)

37°C

c)

0°C

d)

27°C

15.

Berapakah suhu takat beku?

a)

100°C

b)

37°C

c)

0°C

d)

27°C

16.

Rajah menunjukkan dua biji gelas P dan Q yang sukar dipisahkan. Apakah cara yang patut dilakukan untuk memisahkan gelas itu?

a)

Rendam gelas P dalam air panas.

b)

Rendam gelas Q dalam air panas.

c)

Rendam gelas P dalam air yang mengandungi ais.

d)

Rendam kedua-dua gelas dalam air panas.

17.

Rajah menunjukkan pemerhatian dalam satu penyiasatan yang dijalankan. Apakah inferens berdasarkan pemerhatian ini?

a)

Belon mengembang kerana panas.

b)

Belon bersifat kenyal.

c)

Udara dalam belon mengembang apabila menerima haba.

d)

Udara dalam belon bertambah apabila menerima haba.

18.

Rajah menunjukkan bebola logam tidak dapat melalui gelang logam. Apakah yang perlu dilakukan supaya bebola logam boleh melalui gelang logam itu?

a)

Panaskan bebola logam.

b)

Rendam bebola logam dalam air.

c)

Panaskan bebola dan gelang logam.

d)

Rendam gelang logam dalam air

19.

Dalam satu situasi, Afiqah ingin membuka penutup botol tetapi tidak berjaya kerana terlalu ketat . Cadangkan kaedah yang terbaik untuk membantu Afiqah.

a)

Merendamkan bahagian penutup botol dengan air panas.

b)

Merendamkan botol dalam air yang berisi ketulan ais..

c)

Merendam seluruh botol dalam air suam.

d)

Cungkil hujung penutup dengan sudu.

20.

Pepejal akan ..............apabila disejukkan.

a)

mengembang

b)

membesar

c)

mengecut

d)

memanjang

21.

Cecair akan ...................apabila dipanaskan.

a)

mengecut

b)

mengembang

c)

memanjang

d)

memendek

22.

Rajah menunjukkan secawan air kopi yang bersuhu 80°C. Cara manakah paling sesuai untuk memastikan air kopi tersebut sentiasa panas?

a)

Memindahkan air kopi ke cawan yang lebih besar

b)

Meletakkan ketulan ais ke dalam air kopi tersebut

c)

Mengacau air kopi tersebut dengan sudu

d)

Menutup air kopi tersebut dengan piring

23.

Jadual menunjukkan perubahan suhu air dengan masa. Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK menjelaskan maklumat dalam jadual?

a)

Suhu air meningkat.

b)

Suhu air berkurangan.

c)

Air menjadi semakin panas.

24.

Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Ramalkan apa yang berlaku selepas lima minit?

a)

Kuantiti air berwarna bertambah.

b)

Aras air berwarna menurun.

c)

Aras air berwarna meningkat.

d)

Suhu air berwarna menurun.

25.

Bahan menjadi panas apabila ........

a)

kehilangan suhu

b)

kehilangan haba

c)

mendapat haba

d)

menerima haba