wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6 (UNIT 11)

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah Encik Lee Thiam Wah?

a)

Usahawan yang berjaya membuka lebih daripada 200 kilang pakaian yang terkenal di negara ini

b)

Usahawan kurang upaya yang berjaya membuka lebih daripada 200 kedai rangkaian pasar raya mini yang terkenal di negara ini

c)

Usahawan kurang upaya yang berjaya membuka lebih daripada 2000 kedai rangkaian pasar raya mini yang terkenal di negara ini

d)

Usahawan kurang upaya yang berjaya membuka lebih daripada 100 kedai rangkaian pasar raya mini yang terkenal di negara ini

2.

Keperitan hidup tidak mematahkan semangat Encik Lee Thiam Wah untuk terus berusaha

Antara yang berikut, manakah usaha yang dilakukan oleh beliau untuk mengubah kehidupannya?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Belajar sendiri dengan meminjam buku daripada jiran

b)

Memohon bantuan dari pihak kebajikan masyarakat

c)

Meminjam wang dari ahli keluarga

d)

Menjual makanan ringan di tepi jalan

3.

Apakah kesan daripada sikap rajin dan usaha keras Encik Lee Thiam Wah kepada rakyat Malaysia?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia

b)

Membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia

c)

Pembukaan pasar raya tersebut telah memudahkan rakyat untuk mendapatkan barangan

d)

Rakyat Malaysia boleh memohon bantuan daripada beliau

4.

Saran Raj a/l Karunan, 12 tahun, pemenang tempat pertama Pertandingan Pereka Cipta Muda Peringkat Kebangsaan

Apakah hasil reka cipta beliau?

a)

Mencipta e-buku

b)

Mencipta gajet teknologi maklumat

c)

Mencipta beg sekolah pintar yang dilengkapi pepapan solar

d)

Mencipta pepapan solar yang dilengkapi global positioning system (GPS)

5.

Bagaimanakah Saran Raj berjaya menghasilkan beg sekolah pintar yang dilengkapi pepapan solar ?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Banyak menghabiskan masa membuat kajian melalui Internet dan bahan bacaan

b)

Meniru idea dari ciptaan orang lain

c)

Mengadakan perbincangan dengan guru dan kawan-kawan tentang reka cipta beg ini

d)

Meminta ahli keluarganya untuk menyiapkan ciptaan tersebut

6.

Malaysia terkenal dengan hasil seni kraf tangan seperti batik, ukiran kayu, anyaman dan barangan seramik. Hasil kraf tangan ini bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan pengusaha kraf tangan tetapi mampu menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

Apakah sumbangan rakyat Malaysia dalam industri kraf tangan ini?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Dihasilkan daripada kreativiti dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia

b)

Penghasilan kraf tangan ini adalah bertujuan untuk memperoleh keuntungan semata-mata

c)

Rakyat Malaysia menghasilkan kraf tangan tanpa menunjukkan keunikkan kebudayaan yang tersendiri

d)

Hasil kraf tangan dibuat secara teliti, penuh semangat dan tanpa jemu serta diakui amat halus selain mempunyai nilainya yang tersendiri

7.

Nyatakan sikap rajin yang perlu kamu amalkan semasa menghasilkan kraf tangan.

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Mementingkan diri

b)

Gigih berusaha

c)

Cepat berputus asa

d)

Bersemangat tinggi

8.

Bagaimanakah kamu boleh membantu memajukan industri kraf tangan Malaysia?

a)

Mempromosikan kraf tangan yang dihasilkan secara kecil-kecilan sebelum melangkah lebih maju ke hadapan

b)

Menyebarluaskan perihal kraf tangan tempatan menggunakan media sosial

c)

Mengambil hasil kraf tangan orang lain dan diperakukan sebagai hasil sendiri untuk dijual

d)

Membuat jualan kraf tangan kepada pelancong asing pada harga yang tinggi

9.

Apakah kebaikannya kepada negara jika rakyat berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menghasilkan kraf tangan yang menarik, kreatif dan inovatif?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Negara dapat menaikkan harga kraf tangan apabila banyak permintaan diterima dari pihak luar

b)

Meningkatkan ekonomi negara

c)

Menarik lebih ramai pelancong ke negara ini

d)

Pekerja asing boleh digunakan untuk meningkatkan pengeluaran kraf tangan

10.

Emanuel anak Ngumbang bercita-cita untuk menjadi seorang pemuzik profesional pada suatu hari nanti. Dia berhasrat untuk membantu memajukan negara dalam bidang yang diceburinya.

Berdasarkan kisah Emanuel, apakah usaha berterusan yang perlu dilakukannya untuk mencapai matlamat tersebut?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Menghadiri kelas muzik jika perlu sahaja

b)

Gigih berlatih alat muzik

c)

Meniru muzik ciptaan dari pemuzik terdahulu

d)

Berusaha untuk lulus dalam peperiksaan yang berkaitan dengan muzik

11.

Apakah kepentingan meningkatkan imej negara melalui bidang muzik?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Negara akan dikenali melalui muzik tradisional yang unik dan tersendiri

b)

Budaya masyarakat negara kita yang berbilang kaum akan lebih terserlah di peringkat antarabangsa

c)

Imej negara lebih dikenali dengan penghasilan muzik baharu yang menggantikan muzik tradisional

d)

Usaha sama dengan pemuzik luar negara akan menguntungkan pihak luar sahaja

12.

Rajin Membaca, Negara Gemilang (Buku teks Pendidikan Moral muka surat 105 dan 106)

Apakah isi perbualan antara Hema dengan rakan-rakannya?

a)

Pengalaman di pesta buku

b)

Maklumat tentang permainan komputer

c)

Kebaikan amalan membaca

d)

Tokoh-tokoh yang memajukan negara

13.

Berdasarkan perbualan Hema dan rakan-rakannya, nyatakan kebaikan rajin membaca.

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Meningkat kemahiran dalam permainan komputer

b)

Dapat menimba banyak pengalaman semasa berada di pesta buku

c)

Mendapat banyak idea untuk menghasilkan banyak ciptaan

d)

Boleh mencontohi semangat dan kesungguhan tokoh-tokoh yang memajukan negara.

14.

Antara yang berikut, manakah faedah yang diperoleh jika kita rajin membaca.

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Kita boleh membantu meningkatkan ekonomi dengan menjual buku

b)

Kita boleh mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti

c)

Kita akan diberi penghargaan oleh kerajaan atas usaha dan kerajinan membaca buku

d)

Kita boleh membantu kerajaan membangunkan negara menggunakan ilmu yang kita peroleh

15.

Nyatakan kepentingan rakyat bersikap rajin untuk memajukan negara.

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Membantu negara mencapai kemajuan yang pesat

b)

Membantu kerajaan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda sekaligus meningkatkan taraf hidup kita

c)

Meningkatkan potensi negara kita setandingan dengan negara lain dalam bidang sains dan teknologi

d)

Menjadikan kita sentiasa bersaing untuk mengumpulkan harta dan kekayaan