NEW
Font size
WorksheetsKuiz Kata Kerja Terbitan
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
RTM dan TV3 akan ____________ siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia pada pukul 8.00 malam nanti.
menonton
melaporkan
menyiarkan
memberitahu
Setelah menamatkan ____________ di universiti kelak, Syazri berhasrat untuk membuka sebuah syarikat di bandar.
pengajian
pendidikan
pengajaran
perguruan
Pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan bercadang untuk ____________ jambatan yang telah rosak itu.
memperbaikkan
baikkan
membaiki
kebaikan
Jerry membuat laporan polis setelah beberapa kali __________ oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
diminta
diugut
disuruh
diarah
Ibu __________ Xiao Yang pisang goreng sebagai bekalan ke sekolah.
bekal
membekali
membekalkan
membekal
Saya__________kejadian yang menimpa Pak Cik Meng kepada guru kelas saya.
cerita
mencerita
menceritakan
bercerita
Kegagalan lalu tidak pernah __________ semangat Asyraf untuk mencapai kejayaan.
kepatahan
dipatahkan
berpatahan
mematahkan
Pada awalnya, sastera hanya __________ melalui percakapan atau lisan.
menyebarkan
penyebaran
disebarkan
sebaran
Penggunaan bahasa kebangsaan dapat __________ tali silaturahim antara masyarakat majmuk.
eratkan
pengerat
keeratan
mengeratkan
Enjin kereta Axia itu tidak dapat dihidupkan kerana __________ minyak.
habiskan
kehabisan
dihabiskan
menghabiskan
Pada minggu hadapan Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya akan mengadakan __________ menulis karangan.
diadukan
beradu
peraduan
mengadu
Pak Ngah __________ pengalaman semasa pemerintahan Jepun.
menceritakan
penceritaan
bercerita
diceritakan
Ibu sedang __________ air teh sambil diperhatikan oleh kakak dan adik.
menuang
menuangkan
dituang
dituangi
Kejayaannya dalam peperiksaan itu amat__________ ibu bapanya.
gembira
tergembira
menggembirakan
bergembira
Siew Fen berusaha __________ diri dengan kawan-kawan di sekolah baharunya.
disesuai
menyesuai
menyesuaikan
bersesuaian
