NEW
Font size
WorksheetsBM6 Kata Kerja 03/09
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Pihak berkuasa telah ________ beribu-ribu keping cakera padat cetak rompak.
terhapus
dihapuskan
penghapusan
menghapuskan
Datuk ke bendang dengan ________ nasi goreng dan sebotol air kopi.
bekalan
dibekalkan
berkekalkan
membekalkan
Hasrat Ming-Ming untuk menyertai lawatan itu tidak ________ kerana dia demam.
kesampaian
disampaikan
penyampaian
menyampaikan
________ kertas soalan akan dilakukan pada lima minit sebelum peperiksaan bermula.
Pengedar
Diedarkan
Pengedaran
Mengedarkan
Sekolah saya akan ________ Kelab Pencegahan Jenayah pada tahun ini.
bertubuh
ditubuhkan
pertubuhan
menubuhkan
Ahli-ahli PIBG sekolah telah ________ suara memutuskan bahawa majlis makan malam tersebut akan ditunda.
bulatan
sebulat
dibulatkan
membulatkan
________ Mak Cik Rina semakin senang setelah anaknya bekerja di bandar.
Sehidup
Hidupan
Kehidupan
Menghidupkan
Detik-detik manis zaman ________ tidak dapat Atiqah lupakan.
sekolahan
bersekolah
persekolahan
menyekolahkan
________ tulisan Heza dipuji oleh gurunya.
Berkemas
Kemaskan
Mengemas
Kekemasan
Terdapat banyak ________ sikap antara kedua-dua anak kembar Puan Yong.
berbeza
pembeza
perbezaan
membezakan
________ kebersihan kuku dan rambut dijalankan setiap kali perhimpunan tamat.
Pemeriksaan
Memeriksa
Pemeriksa
Diperiksa
________ Pak Cik Hendra masih jelas walaupun dia sudah berumur 82 tahun.
Melihat
Terlihat
Kelihatan
Penglihatan
________ Komik Apin mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Terbitkan
Diterbitkan
Penerbitan
Menerbitkan
________ filem itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton.
Tayangan
Tertayang
Tayangkan
Menayang
Pasukan Kuala Lumpur memberi ________ yang sengit kepada pasukan Sarawak dalam perlawanan bola sepak itu.
sesaing
saingan
bersaing
bersaingan
"Tolong ________ wayar telefon yang putus itu supaya dapat berfungsi semula," kata Puan Aminah kepada juruteknik.
bersambungan
penyambung
sambungkan
sambungan
________ minuman berkhasiat itu meningkat setelah diadakan promosi besar-besaran.
Dijual
Jualan
Penjual
Menjual
Pesawat AZ 1540 mendarat di ________ terbang itu pada pukul sembilan malam.
lapangan
berlapang
kelapangan
melapangkan
Kawasan itu berlaku ________ tanah baru-baru ini.
terhakis
hakisan
menghakis
menghakiskan
________ air di bendang PAk Cik Mahmud berada dalam keadaan yang baik.
Saluran
Menyalur
Salurkan
Disalurkan
________ kompang dimulakan ketika tetamu kehormat tiba di dewan.
Paluan
Pemalu
Berpalu
Memalu
"________ buku latihan kamu kepada ketua kumpulan," arah Cikgu Zaman kepada muridnya.
Serahan
Serahkan
Penyerah
Menyerah
Penjenayah itu menggunakan nama ________ untuk mengelirukan pihak polis.
samaran
penyamar
menyamar
penyamaran
Mak Cik Hanis tidak pernah mengeluh walaupun ________ nya berat.
menanggung
penanggung
tanggungan
ditanggung
Kuih itu mempunyai ________ yang berlainan warna.
lapisan
melapis
berlapis
berlapiskan
