Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Tahun 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Masyarakat Melayu mengamalkan budaya __________ badan sedikit ketika berjalan di hadapan orang tua

a)

menegakkan

b)

menundukkan

c)

menggeliatkan

d)

meregangkan

2.

Masyarakat Melayu, Cina dan India perlu meminta ___________ Tok Batin untuk memasuki perkampungan Orang Asli

a)

tandatangan

b)

sedekah

c)

izin

d)

makanan

3.

Seseorang yang berbangsa India perlu sujud di kaki orang yang lebih tua untuk mendapatkan ____________

a)

hadiah

b)

restu

c)

kemahiran

d)

kecaman

4.

Hari _____________ merupakan perayaan bagi masyarakat Dayak.

a)

Raya Aidilfitri

b)

Deepavali

c)

Malaysia

d)

Gawai

5.

Upacara keagamaan sesuatu kaum perlu difahami dan _________ oleh penganut lain untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat

a)

dikeji

b)

dihormati

c)

dihina

d)

diejek

6.

Orang beragama Islam menjadikan amalan _____________

a)

berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan

b)

sujud di hadapan kitab suci Granth Sahib

c)

sujud di hadapan patung Buddha

d)

membasuh kaki sebelum memasuki kuil

7.

Hargailah segala jasa pejuang negara yang sanggup mengorbankan _________ dan raga untuk mempertahankan negara

a)

jiwa

b)

wang

c)

bakul

d)

tenaga

8.

Yang manakah antara yang berikut BUKAN prinsip Rukun Negara?

a)

Kesopanan dan kesusilaan

b)

Kedaulatan undang-undang

c)

Kepercayaan kepada Tuhan

d)

Kepatuhan kepada ketepatan masa

9.

Pakaian yang dipakai ketika menghadiri majlis pengebumian perlulah __________

a)

seksi

b)

sopan

c)

mencolok mata

d)

bewarna warni

10.

Sesuatu yang dihadapi di sekolah perlulah diselesaikan dengan cara ___________ bersama guru

a)

bercerita

b)

bergaduh

c)

berbincang

d)

bermasam muka

11.
Shaiful disukai oleh penduduk Kampung kerana dia selalu................. untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan.
a)
ringan tulang
b)
berat tulang
c)
curi tulang
12.
Sesuatu masalah yang dihadapi di sekolah perlulah diselesaikan dengan cara................. bersama guru.
a)
berbincang
b)
bergaduh
c)
bertumbuk
d)
berbual
13.
Semua agama mementingkan amalan yang baik seperti di bawah ini, KECUALI......
a)
bersyukur
b)
bersedekah
c)
sombong
d)
bercakap benar
14.
Rakan kamu secara tidak sengaja telah menumpahkan air minuman ke atas baju kamu. Apakah yang patut kamu lakukan?
a)
Memaafkannya kerana tidak disengajakan
b)
Memarahinya dengan kata-kata yang tidak sopan
c)
Tidak memaafkannya
d)
Melaporkan kepada guru disiplin
15.
Walaupun sedar dia sering gagal dalam ujian Matematik, Rahmat tetap berusaha tanpa berputus asa. Rahmat seorang yang ________ berusaha.
a)
rajin
b)
gigih
c)
bijak
d)
gemar
16.

Angel dan Prisiamey merupakan dua orang sahabat baik. Mereka sentiasa mengamalkan _______________ dan ______________ yang sederhana dalam pergaulan seharian.

a)

tingkahlaku , tutur kata

b)

sikap terbuka , bebas

c)

sikap bebas , perasaan benci

d)

tutur kata , sikap terbuka

17.
Wan menyerahkan dompet yang dijumpainya di sekolah kepada guru disiplin. Dia mengamalkan sikap ___________ .
a)
kerajinan
b)
berterima kasih
c)
belas kasihan
d)
kejujuran
18.
Kamu pernah gagal dalam ujian Matematik baru-baru ini. Pada bulan hadapan kamu akan menghadapi ujian Matematik lagi. Apakah yang patut kamu lakukan
a)
meminta bantuan ibu bapa
b)
mengulangkaji dan membuat latihan matematik dengan tekun
c)
membuat ulangkaji di saat-saat akhir
d)
tidak membuat apa-apa persediaan
19.
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan sikap ikhlas ?
a)
Saroja menderma sebahagian wang tabungnya kepada mangsa banjir
b)
Saroja menderma kerana rakan-rakannya menderma
c)
Saroja memberitahu rakan-rakannya bahawa dia merupakan penderma terbanyak
d)
Saroja tidak menderma langsung
20.

Prisiamey sentiasa menjaga ______________ ketika berbual dengan rakan-rakan sekelasnya

a)

tingkahlakunya

b)

kecantikannya

c)

pertuturannya

d)

kesopanannya