wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA 3

Total questions: 50

Worksheet time: 4hrs 10mins

Name
Class
Date
1.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Kita hendaklah bersiap sedia atau berwaspada sebelum ditimpa sebarang kesusahan.

a)

Sediakan payung ketika hujan

b)

Sediakan payung selepas hujan

c)

Sediakan payung sebelum hujan

2.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Membuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh hingga mencapai kejayaan.

a)

Genggam bara api biar sampai jadi batu

b)

Genggam bara api biar sampai jadi arang

c)

Genggam bara api biar sampai jadi kayu

3.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Susah senang dihadapi bersama.

a)

Berat sama dijinjing, ringan sama dipikul

b)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

c)

Berat sama dipikul, ringan sama diangkat.

4.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa usaha.

a)

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

b)

Jika tidak dipecahkan sagu, manakan dapat ruyungnya.

c)

Jika tidak dipecahkan ruyung, dapat juga sagunya.

5.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Kerana perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya.

a)

Kerana nila setitik, rosak susu seperiuk

b)

Kerana nila setitik, rosak susu sekuali

c)

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

6.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Apabila memperoleh barangan yang baharu, barangan yang lama tidak berguna lagi.

a)

Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

b)

Sudah dapat gading bertuah, tanduk pun berguna lagi

c)

Sudah dapat gading bertuah, tanduk jarang berguna lagi

7.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Perbalahan adik-beradik, lama kelamaan akan berbaik-baik juga.

a)

Air dicencang, hampir putus

b)

Air dicencang, terputus juga

c)

Air dicencang, tidak akan putus

8.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Terdapat musuh dalam kalangan sesebuah kumpulan tanpa disedari.

a)

Api di tepi sekam

b)

Api di luar sekam

c)

Api dalam sekam

9.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Mendedahkan keaiban diri sendiri atau ahli keluarga hingga diri sendiri yang mendapat malu.

a)

Membuka pekung di hati

b)

Membuka pekung di dada

c)

Membuka pekung di muka

10.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Perantau yang pulang semula ke tempat asalnya.

a)

Belut hendak pulang ke lubuk

b)

Belut tidak pulang ke lubuk

c)

Belut pulang ke lubuk

11.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Persahabatan yang sangat akrab.

a)

Bagai isi dengan kuku

b)

Bagai jari dengan kuku

c)

Bagai tangan dengan kuku

12.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Seseorang yang mengikut sifat dan tingkah laku bapanya.

a)

Bapa borek, anak rintik-rintik

b)

Bapa borek, anak rintik

c)

Bapa borek, anak merintik

13.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Nasihat atau pengajaran yang tidak dipedulikan.

a)

Mencurah air di daun keladi

b)

Mencurah-curah air ke daun keladi

c)

Mencurah air ke daun keladi

14.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Mendengar sesuatu yang belum pasti, barang yang sudah ada dilepaskan.

a)

Mendengar guruh di langit, air di baldi dicurahkan

b)

Mendengar guruh di langit, air di pasu dicurahkan

c)

Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

15.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Keadaan yang sangat berbahaya, hanya menunggu masa untuk musnah.

a)

Telur di atas tanduk

b)

Telur di hujung tanduk

c)

Telur di tepi tanduk

16.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Sikap persefahaman dan bersatu padu dalam sesebuah masyarakat akan membawa kejayaan, manakalan perbalahan akan menyebabkan perpecahan yang merugikan.

a)

Bersatu padu, bercerai roboh

b)

Bersatu hati, bercerai roboh

c)

Bersatu teguh, bercerai roboh

17.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Jika kita hendak melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah mengikut kemampuan dan keupayaan diri sendiri.

a)

Ukur baju di tangan sendiri

b)

Ukur seluar di kaki sendiri

c)

Ukur baju di badan sendiri

18.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Berfikir sebelum bertindak agar tidak menyesal kemudian hari.

a)

Sesal dahulu pendapat, sesal kemudian tidak berguna lagi

b)

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi

c)

Sesal dahulu wang pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi

19.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Semakin berjaya, semakin merendah diri dan tidak sombong.

a)

Ikut resmi padi, semakin berisi semakin berat

b)

Ikut resmi padi, semakin berisi semakin layu

c)

Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk

20.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Seseorang yang berada dalam situasi serba salah.

a)

Ditelan mati emak, diluah mati bapa

b)

Ditelan mati emak, diluah mati bapak

c)

Ditelan mati emak, diluah mati ayah

21.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Melakukan sesuatu tindakan tanpa berfikir panjang.

a)

Melembu buta

b)

Membabi buta

c)

Mengkambing buta

22.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Bercakap besar tanpa ilmu.

a)

Tin besar

b)

Tin kosong

c)

Ting tong

23.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Bekerja dengan sepenuh tenaga dan bersungguh-sungguh.

a)

Mandi itik

b)

Mandi hujan

c)

Mandi peluh

24.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Perbuatan atau keterlanjuran yang tiada guna untuk disesali lagi.

a)

Nasi sudah menjadi cucur

b)

Nasi sudah menjadi bubuk

c)

Nasi sudah menjadi bubur

25.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Mendidik anak dengan penuh kasih sayang.

a)

Menatang minyak kereta yang penuh

b)

Menatang minyak yang penuh

c)

Menatang minyak yang separuh penuh

26.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Berbuat baiklah semasa hidup untuk kebaikan diri sendiri dan juga masyarakat.

a)

Hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa

b)

Hidup kayu biar berbuah, hidup manusia memakan buah

c)

Hidup kayu biar berbuah, hidup manusia tiada berjasa

27.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Adat resam yang tidak boleh dilanggar.

a)

Biarkan adat, asalkan jangan mati anak

b)

Biar mati adat, jangan mati anak

c)

Biar mati anak, jangan mati adat

28.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Berhati-hati apabila bercakap atau berkata-kata, ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.

a)

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata mohon kemaafan

b)

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tiada maaf bagimu

c)

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

29.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Keadaan orang yang harus bekerja pagi, petang, malam demi mencari rezeki 'sesuap nasi'.

a)

Kais pagi makan pagi, kais petang tidak makan

b)

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

c)

Kais pagi makan pagi, kais petang makan maggie

30.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Seseorang yang hendak mengajar orang lain, sedangkan dia sendiri belum mahir.

a)

Seperti ketam mengajar anaknya berjalan

b)

Seperti ketam mengajar anaknya berlari

c)

Seperti ketam mengajar anaknya berenang

31.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Jika kita hendak melakukan sesuatu perkara, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita. Namun, jika kita tidak mahu menyempurnakannya, kita akan memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah.

a)

Hendak seribu daya, tak hendak seratus dalih

b)

Hendak seribu daya, tak hendak sejuta dalih

c)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

32.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Orang yang susah, semakin bertambah susah.

a)

Seperti si buta bertongkat

b)

Seperti si buta terlupa tongkat

c)

Seperti si buta kehilangan tongkat

33.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Manusia mempunyai sikap yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain.

a)

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

b)

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak garam

c)

Banyak udang banyak garam, banyak orang sikit garam

34.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Perasaan yang sangat pedih lagi sedih.

a)

Bagai dihiris dengan gunting

b)

Bagai dihiris dengan pisau

c)

Bagai dihiris dengan sembilu

35.

Beri PERIBAHASA yang sesuai dengan maksud di bawah ini :


Sikap tidak pemedulian iaitu dengan hanya memerhatikan sahaja sambil duduk diam.

a)

Camah mata

b)

Tidak camah mata

c)

Camah kacamata

36.

Nyatakan PERIBAHASA yang mempunyai maksud yang HAMPIR SAMA dengan peribahasa :


Air dicencang tidak akan putus

a)

Bagai isi dengan kuku

b)

Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga

37.

Nyatakan PERIBAHASA yang mempunyai maksud yang HAMPIR SAMA dengan peribahasa :


Api dalam sekam

a)

Mulut tempayan

b)

Musuh dalam selimut

38.

Nyatakan PERIBAHASA yang mempunyai maksud yang HAMPIR SAMA dengan peribahasa :


Membuka pekung di dada

a)

Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri

b)

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

39.

Nyatakan PERIBAHASA yang mempunyai maksud yang HAMPIR SAMA dengan peribahasa :


Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

a)

Batu api

b)

Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit

40.

Nyatakan PERIBAHASA yang mempunyai maksud yang HAMPIR SAMA dengan peribahasa :


Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

a)

Habis madu, sepah dibuang

b)

Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

41.

Nyatakan PERIBAHASA yang mempunyai maksud yang HAMPIR SAMA dengan peribahasa :


Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

a)

Rambut sama hitam, hati lain-lain

b)

Camah mata

42.

Nyatakan PERIBAHASA yang mempunyai maksud yang HAMPIR SAMA dengan peribahasa :


Bagai isi dengan kuku

a)

Seperti anjing dengan kucing

b)

Bagai dakwat dengan kertas

43.

Nyatakan PERIBAHASA yang mempunyai maksud yang HAMPIR SAMA dengan peribahasa :


Bapa borek, anak rintik

a)

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

b)

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

44.

Nyatakan PERIBAHASA yang mempunyai maksud yang HAMPIR SAMA dengan peribahasa :


Mencurah air ke daun keladi

a)

Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri

b)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

45.

Nyatakan PERIBAHASA yang mempunyai maksud yang HAMPIR SAMA dengan peribahasa :


Genggam bara api biar sampai jadi arang

a)

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

b)

Bagai aur dengan tebing

46.

Nyatakan PERIBAHASA yang mempunyai maksud yang HAMPIR SAMA dengan peribahasa :


Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

a)

Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

b)

Belum duduk sudah berlunjur

47.

Nyatakan PERIBAHASA yang mempunyai maksud yang HAMPIR SAMA dengan peribahasa :


Telur di hujung tanduk

a)

Retak menanti belah

b)

Ditelan mati emak, diluah mati bapa

48.

Nyatakan PERIBAHASA yang mempunyai maksud yang HAMPIR SAMA dengan peribahasa :


Si buta kehilangan tongkat

a)

Telur di hujung tanduk

b)

Sudah jatuh ditimpa tangga

49.

Nyatakan PERIBAHASA yang mempunyai maksud yang HAMPIR SAMA dengan peribahasa :


Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

a)

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

b)

Genggam bara api biar sampai jadi arang

50.

Nyatakan PERIBAHASA yang mempunyai maksud yang HAMPIR SAMA dengan peribahasa :


Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Usaha tangga kejayaan