wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KEBARANGKALIAN PERISTIWA BERGABUNG

Total questions: 20

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Dua keping duit syiling adil dilambung. A mewakili angka, dan G mewakili gambar.Antara ruang sampel berikut , yang manakah betul?

a)

{(A,A) , (G,G)}

b)

{(A,G) , (G,A)}

c)

{(A,A) , (A,G) , (G,A) , (G,G)}

d)

{(A,A,A) , (G,G,G)}

2.

Antara peristiwa bergabung berikut, yang manakah peristiwa bersandar ?

a)

mendapat gambar apabila duit syiling adil dilambung dan nombor 5 apabila dadu adil dilambung.

b)

mendapat dua biji guli yang berwarna sama apabila dua biji guli dikeluarkan secara rawak satu demi satu dari bekas yang mengandungi tiga biji guli merah dan dua biji guli biru tanpa pemulangan.

c)

mendapat angka sebanyak dua kali apabila sekeping syiling dilambung dua kali.

d)

mendapat dua keping kad yang berhuruf sama apabila dua keping kad dipilih secara rawak daripada kad berlabel "S,A,T,U" satu demi satu dengan pemulangan.

3.

Lima keping kad berlabel dengan huruf R, A, J, I, N dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Dua keping kad dikeluarkan secara rawak dari kotak itu satu demi satu tanpa pemulangan. Antara berikut, yang manakah bukan kesudahan yang mungkin bagi peristiwa itu.

a)

(A , J)

b)

 (J , J)

c)

(I , N)

d)

(R , A)

4.

Dua peristiwa A dab B adalah tak bersandar dengan keadaan P(A) = 29\frac{2}{9}  dan p(B) =  34\frac{3}{4}  . Cari P (A  \cap  B)

a)

 136\frac{1}{36}  

b)

 16\frac{1}{6}  

c)

 513\frac{5}{13}  

d)

 3536\frac{35}{36}  

5.

Sebiji dadu adil dilambung sebanyak dua kali, Hitung kebarangkalian mendapat nombor genap dalam lambungan pertama dan nombor ganjil dalam lambungan kedua.

a)

16\frac{1}{6}

b)

15\frac{1}{5}

c)

14\frac{1}{4}

d)

12\frac{1}{2}

6.

Dalam satu pesta durian, kebarangkalian Jana dan Lim makan durian masing-masing ialah  23\frac{2}{3}  dan  57\frac{5}{7}  . Hitung kebarangkalian Jana atau Lim makan buah durian di pesta itu.

a)

 421\frac{4}{21}  

b)

 521\frac{5}{21}  

c)

 1021\frac{10}{21}  

d)

 1921\frac{19}{21}  

7.

P(A  \cup  B) = P(A) + P(B)
Tentukan sifat bagi peristiwa A dan B supaya rumus di atas boleh digunakan.

a)

A dan B ialah peristiwa bersandar

b)

A dan B ialah peristiwa tak bersandar

c)

A dan B ialah peristiwa saling eksklusif

d)

A dan B ialah peristiwa tidak saling eksklusif

8.

Kebarangkalian sebuah komputer riba yang dihasilkan oleh Kilang HF rosak ialah  316\frac{3}{16}  . Dua buah komputer riba dipilih secara rawak. Hitung kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya sebuah komputer riba yang rosak dipilih.

a)

 9256\frac{9}{256}  

b)

 39256\frac{39}{256}  

c)

 87256\frac{87}{256}  

d)

 169256\frac{169}{256}  

9.

11 keping kad berlabel "K, U , A, L, A, L, U, M, P, U, R " dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Dua keping kad dikeluarkan secara rawak daripada kotak itu satu demi satu tanpa pemulangan. Hitung kebarangkalian bahawa kad pertama yang dikeluarkan ialah kad "L" dan kad kedua yang dikeluarkan ialah kad "U"

a)

6121\frac{6}{121}

b)

355\frac{3}{55}

c)

211\frac{2}{11}

d)

310\frac{3}{10}

10.

Antara yang berikut, yang manakah adalah palsu.

a)

Sebiji bola dipilih secara rawak daripada sebuah kotak yang mengandungi beberapa biji bola yang berwarna hitam dan kuning. Peristiwa memilih bola yang berwarna hitam dan kuning adalah saling eksklusif

b)

Satu nombor dipilih secara rawak daripada 5, 9, 13, 15, 21 dan 23. Peristiwa memilih nombor perdana dan nombor gandaan bagi 5 adalah saling eksklusif.

c)

Sebiji dadu adil yang bernombor 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 dilambungkan. Peristiwa mendapat nombor perdana dan nombor genap adalah tidak saling eksklusif.

d)

Dua huruf dipilih secara rawak daripada perkataan D, I, A, M, E, T, E, R. Peristiwa memilih dua huruf yang sama adalah tidak saling eksklusif.

11.

Kad-kad berlabel dengan huruf "K, E, B, O, L, E, H, J, A, D, I, A, N" di masukkan ke dalam sebuah bekas.
R : Peristiwa mendapat satu huruf vokal
T : Peristiwa mendapat satu huruf J
Tentukan P (R  \cup  T)

a)

 613\frac{6}{13}  

b)

 713\frac{7}{13}  

c)

 813\frac{8}{13}  

d)

 913\frac{9}{13}  

12.

Sebuah beg mengandungi lapan biji guli merah dan sebiji guli kuning. Dua biji guli dipilih secara rawak dari beg satu demi satu tanpa pemulangan. Warna dicatatkan. cari kebarangkalian mendapat guli kedua berwarna kuning.

a)

19\frac{1}{9}

b)

18\frac{1}{8}

c)

14\frac{1}{4}

d)

12\frac{1}{2}

13.

Terdapat dua buah dewan pameran. Dewan A terdiri daripada 40 orang dan dewan B terdiri daripada 37 orang. Sesorang dipilih secara rawak daripada kedua-dua dewan itu dan kebarangkalian seorang lelaki dipilih ialah  37\frac{3}{7}  . Cari jumlah wanita di kedua-dua dewan pameran.

a)

11

b)

23

c)

44

d)

55

14.

Ali, Bosco dan Cassandra membuat satu tembakan setiap satu pada sasaran. Kebarangkalian bahawa tembakan Ali, Bosco dan Cassandra terkena sasaran ialah  2,5 , 34 dan 23\frac{2,}{5}\ ,\ \frac{3}{4}\ dan\ \frac{2}{3}  . Hitung kebarangkalian bahawa hanya tembakan Bosco terkena sasaran.

a)

 320\frac{3}{20}  

b)

 15\frac{1}{5}  

c)

 1920\frac{19}{20}  

d)

 716\frac{7}{16}  

15.

Sebuah kotak mengandungi 6 biji guli merah dan x biji guli kuning. Kebarangkalian memilih drbiji guli kuning ialah  \frac{4}{7} . Cari nilai x.

a)

5

b)

6

c)

7

d)

8

16.

Kebarangkalian bahawa Wee Shan lulus ujian Kimia dan ujian Fizik masing-masing ialah 0.56 dan 0.68. Apakah kebarangkalian bahawa dia akan lulus satu ujian sahaja?

a)

0.1792

b)

0.2992

c)

0.3744

d)

0.4784

17.

Di dalam sebuah kelas terdapat 40 orang murid. Diberi bahawa 18 orang murid suka bermain bola sepak, 25 orang murid suka bermain badminton dan 8 orang murid suka bermain kedua-dua permainan itu. Jika seorang murid dipilih secara rawak daripada kelas itu, cari kebarangkalian bahawa murid itu suka bermain bola sepak atau badminton.

a)

 18\frac{1}{8}  

b)

 15\frac{1}{5}  

c)

 78\frac{7}{8}  

d)

 89\frac{8}{9}  

18.

Dalam suatu kawasan, kebarangkalian bahawa hujan turun pada sebarang hari pada bulan November ialah  14\frac{1}{4}  . Apakah kebarangkalian hujan turun pada dua hari yang berurutan?

a)

 116\frac{1}{16}  

b)

 12\frac{1}{2}  

c)

 916\frac{9}{16}  

d)

 34\frac{3}{4}  

19.

Diberi bahawa set P = {5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 20, 24, 27}. Satu nombor dipilih secara rawak dari set itu. Cari kebarangkalian bahawa nombor itu boleh dibahagikan dengan 3 atau 8.

a)

715\frac{7}{15}

b)

815\frac{8}{15}

c)

15\frac{1}{5}

d)

25\frac{2}{5}

20.

Sebuah beg mengandungi 60 keping kad yang berwarna kuning dan hitam. Kebarangalian memilih sekeping kad kuning ialah  115\frac{1}{15}  . Cari bilangan kad kuning yang perlu ditambahkan ke dalam beg itu supaya kebarangkaliannya menjadi  29\frac{2}{9}  .

a)

10

b)

12

c)

14

d)

20