Font size
Worksheets集训营 国文总结测试【精英班】
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
1. Perdana Menteri akan membuat lawatan rasmi ke negara China. __________ akan ditemani oleh beberapa orang menteri kabinet .
A. Baginda
B. Kalian
C. Mereka
D. Beliau
2. "Cikgu , minta maaf __________ tidak membawa buku, " kata Hui Sin dan Min Yu kepada Cikgu Tan .
A. kita
B. kami
C. dia
D. kalian
3. “_________akan menangkap lanun-lanun yang bermaharajalela di perairan kita, tuanku ,’’ sembah laksamana kepada sultan.
A. Beta
B. Patik
C. Hamba
D. Baginda
4. . Gerai-gerai jualan sotong dan ikan berbau ________ apabila dilalui oleh pelanggan.
A. hapak
B. hancing
C. hangit
D. hanyir
5. ____________ orang anak Encik Hamdan sedang menyambung pelajaran di universiti.
A. kedua
B. berdua
C. kedua-dua
D. berdua-duaan
6. Pilih ayat tanya yang betul .
Mereka akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Seremban pada minggu hadapan.
A. Bilakah mereka akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Seremban?
B. Apakah yang dilakukan oleh mereka semasa lawatan sambil belajar?
C. Siapakah yang mengikuti lawatan sambil belajar pada minggu hadapan?
D.Mengapakah mereka mangadakan lawatan sambil belajar ke Seremban?
7. Pilih ayat tanya yang betul .
Suasana di hutan sungguh nyaman kerana tumbuhan menghijau yang membebaskan oksigen.
A. Bilakah tunbuhan menghijau di hutan membebaskan oksigen ?
B. Mengapakah suasana di hutan sungguh nyaman ?
C. Di manakah suasana yang sungguh nyaman dapat kita rasai ?
D. Bagaimanakah suasana di hutan apabila tumbuhan menghijau membebaskan oksigen ?
8. Tukang masak itu ___________ sayur-sayuran di dalam mangkuk itu untuk dibuat salad .
A. menapis
B. menuang
C. menggaul
D. mengambil
9. Encik Borhan ___________ lemang dengan menggunakan alat pembakar lemang .
A. menyalai
B. membakar
C. mengukus
D. menggoreng
10. Mak Chong suka mengamalkan cara tradisional ____________ cili kering dengan lesung batu .
A. mengisar
B. menggiling
C. menumbuk
D. menghentak
11. Adik Nurul akan ____________ motosikal yang ditunggang oleh abangnya untuk ke sekolah pada setiap pagi .
A. menaiki
B. menuntun
C. membonceng
D. menumpang
12. Penerbangan dari Pulau Langkawi ke Kuala Lumpur dijadual akan __________ pada pukul 10 pagi .
A. berlepas
B. berlalu
C. bertolak
D. bergerak
13. Tempat pembiakan ___________ perlu dihapuskan untuk mengelakkan demam denggi .
A. jejentik
B. jejari
C. kekisi
D. kekabu
14. Ranjit menggunakan ___________ untuk mengendalikan komputer itu .
A. tetupai
B. tetangga
C. tetikus
D. tetamu
15. Xin Hong bermimpi bertemu dengan __________ yang budiman .
A. para-para
B. pari-pari
C. labi-labi
D. biri-biri
16. Datuk tidak membenarkan Suzan mengambil makanan yang _________ selepas mencabut gigi.
A. keras
B. pedas
C. masam
D. lembut
17. David sudah berada di Malaysia selama lima tahun, jadi dia sangat ___________ bertutur dalam bahasa Melayu.
A. fasih
B. lurus
C. pakar
D. lancar
18. Encik Azizul memarahi anaknya kerana selalu membuat tuduhan ____________ tanpa usul periksa terlebih dahulu.
A. mulut tempayan
B. serkap jarang
C. perang mulut
D. bidan terjun
19. Pekerja itu sentiasa dimarahi oleh majikannya kerana bersikap __________ semasa bekerja.
A. putih tulang
B. berat tulang
C. ringan tulang
D. tulang belakang
20. Salmah berasa ____________ meninggalkan kampung halamannya untuk mencari rezeki di bandar.
A. berat hati
B. berat mata
C. berat mulut
D. berat tulang
21. Ravi menyangkut se __________ kunci pada dinding lalu menuju ke dapur.
A. laras
B. gugus
C. bentuk
D.batang
22. Beribu-ribu ___________ risalah tentang keselamatan jalan raya dicetak untuk diedarkan kepada orang ramai.
A. buah
B. pasang
C. keping
D. naskhah
23. Pilih peribahasa yang betul .
“ Usahlah kita berdendam kerana perasaan dendam itu _____________ yang akan merosakkan diri kita dan orang lain“ kata Pak Roslan kepada anaknya.
A. seperti api dalam sekam
B. seperti cacing kepanasan
C. seperti anjing dengan kucing
D. seperti lintah menghisap darah
24. Pilih peribahasa yang betul .
Kim Hock membuat kerja sekolahnya _____________ kerana bas sekolahnya akan tiba sebentar lagi.
A. seperti kera sumbang
B. seperti kacang lupakan kulit
C. seperti isi dengan kuku
D. seperti lipas kudung
25. Pilih peribahasa yang betul .
Hati wanita itu___ _____________ apbila mengetahui anaknya terlibat dalam kegiatan jenayah.
A. bagai isi dengan kuku
B. bagai kaca terhempas ke batu
C. seperti bulan dipagari bintang
D. seperti rusa masuk kampung
26. Puan Rohana bertungkus lumus menyiapkan ___________ baju kurung pelanggannya menjelang Hari Raya.
A. ditempah
B. penempah
C. tempahan
D. menempah
27. Angkatan Tentera Malaysia sanggup berkorban nyawa __________ mempertahankan kedaulatan negara.
A. untuk
B. akan
C. pada
D. demi
28. Setelah lebih sebulan berada di tengah kota , Joshua mula terkenang _______ keluarganya di kampung .
A. akan
B. pada
C. sejak
D. tentang
29. Perusahaan __________ songket secara tradisional masih diusahakan oleh golongan wanita terutamanya di Terengganu.
A. menekat
B. menenun
C. menyulam
D. menganyam
30. Mangsa-mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan itu dihantar ke hospital untuk __________ pemeriksaan selanjutnya.
A. melalui
B. menjalani
C. memasuki
D. mengharungi
31. Beberapa batang pokok telah ________ ke arah sungai selepas hujan lebat petang tadi .
A. tegak
B. bengkok
C. condong
D. lengkung
32. Jurusolek profesional telah merias wajah pelakon itu hingga kelihatan benar-benar __________ seperti mayat.
A. pudar
B. pucat
C. putih
D. lapuk
33. Pulau Pangkor ________ salah satu destinasi percutian menjadi tumpuan pelancong ________ pemandangannya
cantik dan banyak tempat yang menarik untuk dilawati.
A. walaupun……tetap
B. kerana……masih
C. bukan sahaja……malahan
D. sungguhpun……namun
34. Kakak membantu ibu menyiram pokok bunga _________
abang membantu ayah mengecat pintu pagar.
A. walaupun
B. kecuali
C. manakala
D. setelah
35. Pak Jusah _________ telaganya untuk mendapatkan air
telaga yang lebih banyak.
A. pendalaman
B. kedalaman
C. didalamkan
D. mendalamkan
36. Pembakar lemang moden _________ mudah digunakan dan tempoh pembakaran juga singkat.
A. nian
B. sekali
C. benar
D. sangat
37. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi .
Mengapakah Suraya kelihatan muram sahaja hari ini?
A. Sayalah yang membuat Suraya bermuram hari ini.
B. Suraya kelihatan muram sejak hari ini.
C. Suraya memang begitu sejak saya mengenalinya.
D. Suraya kelihatan muram kerana ibunya sakit tenat di kampung.
38. Tukang jahit mengukur badan pelanggan menggunakan __________ sebelum menjahit baju yang ditempahkan.
A. pita ukur
B. jangka sudut
C. tali pinggan
D. tali leher
39. Kemenangan pasukan tuan rumah pada kali ini memang ________ kerana pasukan lawan kehilangan dua ayam tambatan mereka.
A. atas pagar
B. buah tangan
C. lipas kudung
D. dalam tangan
Kita harus menjalankan 【健康检查】secara berkala untuk menjaga kesihatan diri .
(a)
41. 【储蓄的习惯】memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita .
(a)
42. Kita mesti 【温习功课】pada setiap waktu malan supaya dapat mencapai 【优异的成绩】.
(a)
43. Kita wajar 【使用斑马线】semasa melintas jalan raya untuk 【照顾安全】diri .
(a)
44. Kita boleh mengunjungi ke rumah jiran pada hari perayaan untuk 【促进彼此之间的感情 】.
(a)
45. Murid-murid wajar 【竖起耳朵认真听】semasa guru mengajar di dalam kelas .
(a)
46. Kita patut memandu kereta dengan 【依据限定的车速】untuk mengelakkan kemalangan berlaku .
(a)
47. Rakyat Malaysia digalakkan memberi barangan buatan Malaysia untuk 【提高国家经济】.
(a)
48. Kita digalakkan mengadakan aktiviti gotong-royong pada setiap bulan untuk 【培养团结精神】.
(a)
49. Kita boleh membantu ibu bapa 【做家务】untuk 【减轻负担】mereka .
(a)
50. Kita perlu membuat rancangan berbelanjaan semasa 【购物】untuk【省钱】.
(a)
