wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ HIJRAH USRAH GABUNGAN 9 SEPT 21

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

1. Di manakah tempat hijrah pertama sahabat Rasulullah s.w.t?

a)

Yathrib

b)

Yaman

c)

Habsyah

d)

Madinah

2.

2. Pada tahun kelima kenabiaan, kumpulan pertama yang berhijrah ke tempat hijrah pertama adalah 4 orang sahabiyah dan ______orang sahabat.

a)

12

b)

10

c)

8

d)

6

3.

3. Siapakah sahabat nabi dan isterinya yang pertama kali berhijrah dalam kumpulan tersebut?

a)

Uthman bin Affan

b)

Ali bin Abi Talib

c)

Abu Huzaifah

d)

‘Amr ibn al-As

4.

Setelah mendapat pengikut yang baru selepas perjanjian Aqabah, siapakah sahabat nabi yang Rasulullah saw hantar pulang ke Madinah bersama mereka untuk mengajar tentang ajaran Islam?

a)

Saad bin Abi Waqqas

b)

Mus’ab bin ‘Umayr

c)

Abu Bakar As-Siddiq

d)

Ali bin Abi Talib

5.

Setelah sampai di Madinah, rumah siapakah yang menjadi pilihan unta Rasulullah untuk berhenti berehat?

a)

Amir bin Fuhairah

b)

Abu Ayyub Al Ansari

c)

Saad bin Rabi'

d)

Abdur Rahman bin Auf

6.

Beberapa individu telah terlibat membantu hijrah Rasulullah dan mereka mempunyai peranan masing-masing. Pilih padanan yang betul.

a)

Asma' binti Abu Bakar - membawa bekalan makanan kepada Rasulullah dan Abu Bakar ketika bersembunyi di Gua Thur

b)

Abdullah bin Abu Bakar - penunjuk jalan ke Madinah

c)

Abdullah bin Uraiqat - mengintip dan menyampaikan rancangan Quraisy kepada Rasulullah dan Abu Bakar

d)

Amir bin Fuhairah - menggantikan tempat tidur Rasulullah pada malam penghijrahan

7.

Siapakah yang berjaya mengejar Rasulullah dan Abu Bakar dalam perjalanan hijrah ke Madinah?

a)

Suraqah bin Jasyam

b)

Abdullah bin Uraiqat

c)

Ubai bin Kilab

8.

Nyatakan jenis makanan yg pernah dihidangkan oleh Abu Ayyub kepada Rasulullah, (namun Rasulullah tidak menjamahnya) ketika beliau menumpang di rumahnya. Kemudian untuk menjaga hati tuan rumah, baginda menjamahnya.

a)

Bawang

b)

Bawang putih

c)

Kacang adas

d)

Bawang dan Bawang putih

9.

Setelah kebanyakkan orang Islam telah keluar berhijrah ke Madinah, yang tinggal di Makkah dan antara yang terakhir sekali berhijrah adalah hanya yang berikut kecuali:

a)

Umar bin Al-Khattab

b)

Abu Bakar As-Siddiq

c)

Rasulullah SAW

d)

Ali bin Abi Talib

10.

Rasulullah saw menyuruh Ali bin Abi Talib membuat semua perkara dibawah sebelum berhijrah ke Madinah kecuali:

a)

tidur di tempat tidur baginda

b)

kembalikan barang-barang amanah yang dititipkan kepada baginda kepada pemiliknya

c)

disuruh untuk menyebarkan berita tentang penghijraan baginda ke Madinah

d)

diminta untuk meninggalkan Makkah terakhir kali

11.

Siapakah wanita yg menghantar bekal kpd Rasulullah ketika baginda berasa di Gua Tsur:

a)

Aisyah al Humaira'

b)

Asma bt Abu Bakar

c)

Khadijah bt Khuwailid

d)

Nusaibah bt Kaab

12.

Beliau adalah salah seorang isteri Nabi dan pernah menjadi tawanan selepas perang Khaibar. Siapakah beliau?

a)

Zainab binti Jahsh

b)

Ramla binti Abi Sufyan (Umm Habibah)

c)

Safiyah binti Huyai

d)

Saudah binti Zam’ah

13.

Mengapakah Asma’ diberi gelaran “dzatun nithaqain”?

a)

Kerana Asma’ membantu dalam penghijrahan Rasulullah

b)

Kerana Asma’ mengoyakkan ikat pinggangnya kepada dua utk mengikat bekal makanan yg dibawa ke gua

c)

Kerana Asma’ menghapuskan tapak kaki Rasulullah dan Abu Bakar

d)

Kerana Asma’ menjadi jurupandu sewaktu hijrah Rasulullah

14.

“…Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa, sejak hari pertama

adalah patut kamu bersembahyang di dalamnya...” (Surah At-Taubah ayat 108)

Masjid pertama yang dibina di bumi ‘Arab sewaktu peristiwa hijrah yang digambarkan oleh Allah di dalam ayat al-Quran di atas adalah:

a)

Masjid Nabawi

b)

Masjid Quba’

c)

Masjid Al-Aqsa

d)

Kaabah Baitul-lah

15.

“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita…” (Surah At-Taubah ayat 40)

Siapakah sahabat nabi yang disebut dalam ayat al-Quran di atas sebagai ‘salah seorang dari dua orang yang berada di dalam gua’ sewaktu peristiwa hijrah?

a)

Ali bin Abi Talib

b)

Uthman bin Affan

c)

Umar al-Khattab

d)

Abu Bakar As-Siddiq

16.

Manakah yang berikut, bukan faktor penerimaan Islam oleh warga yathrib?

a)

sikap semulajadi warga Yathrib yang lemah lembut dan bertolak ansur

b)

warga yathrib mendengar berita tentang ajaran Islam melalui orang-orang Yahudi

c)

warga Yathrib ingin membalas dendam dengan orang-orang Yahudi yang menindas mereka

d)

warga Yathrib ingin menghentikan Perang Bua’th yang menyebabkan kematian dan korban yang besar

17.

Sahabiah ini dihalang oleh keluarganya (Bani Mughirah) untuk berhijrah ke Madinah bersama suami dan anaknya

a)

Ummu Ayman

b)

Ummu Salamah

c)

Ummu Kulthum

d)

Ummu Rumman

18.

Sahabiah ini berhijrah bersama suaminya, Ja'far ibn Abi Talib ke Habsyah

a)

Asma' binti Umais

b)

Asma' binti Abu Bakar

c)

Asma' binti Yazid

d)

Aisyah binti Abu Bakar

19.

Apakah tawaran hadiah yang akan diberikan oleh Orang Quraisy kepada sesiapa yang dapat menangkap Nabi Muhammad SAW untuk dibawa pulang ke Mekah?

a)

10 ekor kambing

b)

10 ekor unta

c)

100 ekor kambing

d)

100 ekor unta

20.

Bilakah Rasulullah dan Abu Bakar keluar dari Mekah untuk berhijrah ke Madinah?

a)

1 Rabiul Awal

b)

1 Rabiul Akhir

c)

1 Jamadil Awal

d)

1 Jamadil Akhir

21.

Suraqah meminta Rasulullah berjanji untuk berikannya sesuatu jika dia menolong baginda. Apakah yang dijanjikan oleh baginda?

a)

2 tombak emas Kisra

b)

2 anak panah Kisra

c)

2 gelang tangan Kisra

d)

2 pedang Kisra

22.

Di manakah Rasulullah menunaikan solat Jumaat pertama dalam Islam, ketika dalam perjalanan hijrah ke Madinah?

a)

Masjid Nabawi

b)

Perkampungan Bani Saad bin Muaz

c)

Perkampungan Bani Saad bin Muaz

d)

Perkampungan Bani Salim bin Auf

23.

Apakah tindakan pertama baginda setelah sampai di Madinah?

a)

persaudarakan Ansar & Muhajirin

b)

Menulis Piagam Madinah

c)

bernasyid Tala'al Badru 'Alayna

d)

pilih tempat unta baginda duduk, untuk dijadikan masjid

24.

Di dalam hijrah Rasulullah bersama Abu Bakar mengapakah Rasulullah menggunakan strategi untuk guna arah yang bertentangan daripada jalan yang biasa digunakan oleh orang Quraisy untuk ke kota madinah?

a)

Untuk meredakan pencarian pihak Quraisy serta mewujudkan keadaan selamat buat sementara waktu

b)

Untuk beruzlah di gua Thur

c)

Untuk mengelirukan pihak Quraisy

d)

Untuk mendapatkan unta tunggangan ke Madianh di gua Thur

25.

Antara berikut, yang manakah BUKAN strategi yang digunakan oleh Rasulullah semasa Hijrah?

a)

Memilih arah bertentangan iaitu ke Gua Thur di selatan Mekah sehingga pencarian orang Quraisy Mekah semakin reda.

b)

Mengaturkan agar Abdullah bin Abu Bakar mengintip perbincangan orang-orang Quraisy di siang hari dan menyampaikan kepada Rasulullah dan Abu Bakar di waktu malam. Abdullah pulang semula ke Mekah sebelum Subuh.

c)

Meminta Amir bin Fuhayrah mengembala kambing pada waktu siang sehingga menghampiri pintu Gua Thur di waktu petang untuk membekalkan susu serta menghilangkan jejak Abdullah.

d)

Meminta Ali Bin Abi Talib melaporkan keadaan dan tindak tanduk orang Quraisy yang mahu membunuh Rasulullah.

26.

Apakah hikmah Rasulullah meminta umat Islam berhijrah ke Madinah terlebih dahulu sebelum baginda?

a)

Untuk menyediakan tempat tinggal buat Rasulullah di Madinah terlebih dahulu

b)

Untuk mengelak dari ditangkap oleh orang Quraisy

c)

Untuk mengelirukan orang Quraisy dengan menggunakan laluan yang berbeza dari laluan yang digunakan oleh umat Islam yang berhijrah terlebih dahulu

d)

Untuk membina sokongan bukan hanya dari penduduk madinah tetapi juga daripada Muhajirin

27.

Apakah hikmah disebalik meminta Asma binti Abu Bakar menghantar makanan setiap petang di Gua Thur dan menghantar bekalan makanan untuk Hijrah?

a)

Unsur perbezaan jantina diketepikan dalam hal perjuangan Islam, dimana beliau berjaya melaksanakan perintah Rasulullah walaupun wanita selalu dianggap lemah

b)

Membuktikan hanya wanita yang mampu menyediakan bekalan makanan untuk semua orang

c)

Membuktikan bahawa wanita juga boleh memanjat bukit tinggi (Gua Thur) bukan hanya lelaki sahaja yang mampu.

28.

Berapa lamakah Nabi Muhammad dan Abu Bakar bersembunyi di Gua Tsur?

a)

3 jam

b)

1 hari

c)

3 hari

d)

3 bulan

29.

Dimanakah pakatan untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W. berlaku?

a)

Darul Iman

b)

Darul Nadwah

c)

Darul Nukman

d)

Darul Aman

30.

Siapa kanak-kanak muhajirin pertama yang lahir di Kota Madinah:

a)

Urwah b Zubair

b)

Anas bin Malik

c)

Usamah bin Zaid

d)

Abdullah b Zubair