WorksheetsKATA GANDA BERENTAK
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _______________ itu.
bengkang-bengkok
kacau-bilau
batu-batan
haru-hiru
Kaki Niko _______ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.
punah-ranah
robak-rabik
lekuk-kekak
calar-balar
Encik Hardy mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik _____________ di pantai itu.
riuh-rendah
kacau-bilau
mandi-manda
mundar-mandir
Rambut Lina ____________ setelah bangun daripada tidur.
compang-camping
robak-rabik
huru-hara
kusut-masai
Sifat _____________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati para tetamu.
remeh-temeh
kelam-kabut
ramah-tamah
keluh-kesah
Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____________ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.
serta-merta
porak-peranda
lambat-laun
remeh-temeh
Musim kemarau telah menyebabkan kawasan tadahan air itu ________________.
gembar-gembur
serba-serbi
gundah-gulana
kering-kontang
Rendang itu sangat sedap kerana dimasak menggunakan _______________ yang istimewa.
rempah-ratus
lauk-pauk
sayur-mayur
saki-baki
Sementara menunggu kawannya sampai di perpustakaan itu, Jasni _________ di kaki lima kedai itu.
mundar-mandir
semak-samun
hancur-luluh
susup-sasap
Pak Mat tersenyum puas apabila melihat anak pokok terung yang ditanamnya _________________.
kacau-bilau
segar-bugar
pucat-lesi
hingar-bingar
Sampan yang ditambat pada tiang kayu itu ter______________ dipukul ombak.
umbang-ambing
ulang-alik
huyung-hayang
riang-ria
Encik Sam memotong ___________________ yang panjang di belakang rumahnya.
tali-temali
rumput-rampai
batu-batan
tanah-tanih
Garisan yang dilukis oleh adik ________________ kerana dia baru belajar menulis.
herot-berot
simpang-siur
pontang-panting
bengkang-bengkok
Mulut pelakon itu ____________ menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
comot-momot
simpang-siur
kumat-kamit
kusut-masai
Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Eddy dan Puan Tina akan dilakukan secara ______________.
gotong-royong
riuh-rendah
lintang-pukang
hiruk-pikuk
