wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RUKHSAH : SOLAT KETIKA SAKIT

Total questions: 25

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Apakah Hukum solat bagi orang yang sedang sakit?

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

tidak perlu solat

2.

Pilih syarat sah solat bagi orang yang sedang sakit?

a)

rukuk

b)

menghadap kiblat

c)

memberi salam

d)

membaca Al-fatihah

3.

solat cara _________ adalah bagi pesakit yang tidak mampu solat dengan cara duduk, baring mengiring, dan baring menelentang.

a)

isyarat tangan

b)

solat berjemaah

c)

bersendirian

d)

isyarat mata dan tangan

4.

Bagaimanakah cara solat bagi orang yang sedang sakit?

a)

meniarap

b)

berniat solat sahaja

c)

solat dengan diwakilkan oleh orang lain.

d)

duduk atau baring mengiring.

5.

berikut adalah cara solat bagi orang yang sedang sakit. KECUALI?

a)

cara duduk

b)

cara menelentang

c)

cara mengiring

d)

cara duduk bersila

6.

"Izin pengurangan atau keringanan"

Apakah maksud tersebut?

a)

Solat jemaah

b)

Rukhsah

7.

Pakcik Husin sakit kaki dan tidak boleh bangun. Dia boleh melakukan solat secara duduk.

Pilih betul atau salah

a)

Salah

b)

Betul

8.

Pilih 2 rukhsah solat ketika sakit:

a)

Secara duduk, berbaring mengiring, menelentang, isyarat mata atau isyarat hati

b)

Boleh dilakukan secara jama’, qasar atau kedua-duanya sekali harus juga dilakukan secara sempurna

c)

Dalam keadaan sakit

d)

Semasa berada dalam musafir

9.

"Orang yang sakit tidak perlu solat fardhu"

Pilih betul atau salah untuk kenyataan di atas

a)

Salah

b)

Betul

10.

"Bacaan solat orang yang uzur sama bacaan seperti solat orang yang sihat"

Pilih betul atau salah untuk kenyataan di atas

a)

Betul

b)

Salah

11.

Abang sakit lutut dan tidak boleh berdiri. Dia boleh melakukan solat secara ______________

a)

Duduk

b)

Mengiring

c)

Isyarat Hati

d)

Menelentang

12.

Aman lumpuh seluruh badan. Hanya matanya sahaja yang boleh bergerak. Aman boleh melakukan solat secara _________

a)

Duduk

b)

Isyarat Mata

c)

Mengiring

d)

Menelentang

13.

Hasni sakit dan tidak mampu bangun. Tetapi boleh memusingkan badan kanan dan kirinya. Dia boleh menunaikan solat secara _________

a)

Duduk

b)

Isyarat

c)

Mengiring

d)

Menelentang

14.

Pak Abu demam dan tidak berdaya hendak bangun kerana badannya lemah. Jika dia tidak mampu mengiring, bagaimanakah dia hendak menunaikan solat?

a)

Duduk

b)

Isyarat

c)

Mengiring

d)

Menelentang

15.

Pilih 3 antara sebab-sebab diwajibkan solat walau ketika sakit:

a)

Untuk menyusahkan pesakit

b)

Solat merupakan ibadah terpenting dalam islam

c)

Solat sebagai penawar kepada sakit

d)

Supaya hidup dan mati dalam iman

16.

Berikut merupakan pergerakan solat secara baring mengiring. KECUALI

a)

Takbiratul Ihram

b)

memberi salam

c)

duduk diantara dua sujud

d)

rukuk dengan merendahkan sedikit kepala.

17.

______شرط صح صلاة اورڠ يڠ ساكيت اياله

a)

اد كعذورن

b)

ممڤروليه كتنڠن جيوا

c)

دكاسيهي الله

d)

يقين ترهادڤ ڤرتولوڠن الله

18.

" يقين ماسوق وقتو صلاة"


kenyataan diatas bekaitan dengan__________ ketika sakit.

a)

rukun solat

b)

syarat sah solat

c)

cara solat

d)

hikmah solat

19.

Apakah cara duduk untuk solat ketika sakit?

a)

duduk iftrasy ( duduk antara 2 sujud )

b)

duduk cara tahiyat akhir

c)

duduk bersila

d)

duduk bersimpuh.

20.

sekiranya pesakit tidak mampu untuk duduk cara iftirasy, bolehkah dia solat dengan cara duduk di kerusi?

a)

tidak boleh

b)

dibolehkan

21.

mengapakah solat wajib dilaksanakan walau dalam keadaan sakit?

a)

kerana merupakan salah satu syarat untuk terus hidup.

b)

kerana merupakan salah satu daripada rukun Iman

c)

kerana merupakan salah satu daripada rukun Islam.

d)

kerana merupakan syarat untuk sihat.

22.

solat secara baring mengiring, pesakit hendaklah baring mengiring di rusuk sebelah kanan.

a)

betul

b)

salah

23.

jika pesakit tdak mampu baring mengiring diatas rusuk sebelalah kanan, pesakit boleh mengiring disebelah kiri.

a)

salah

b)

betul

24.

Abu terjatuh sewaktu bermain bola,dia mengalami luka yang teruk di kakinya.

a)

solat baring mengiring

b)

solat dengan isyarat mata

c)

bersolat dengan cara duduk

d)

solat dengan isyarat hati.

25.

Kak Siti terkena jarum dijari sewaktu menjahit bajunya.

apakah cara solat yang perlu dilakukan oleh Kak Siti?

a)

Solat berdiri seperti biasa.

b)

solat dengan cara duduk

c)

Solat dengan Isyarat Hati.

d)

menangguhkan Solatnya.