wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TING 5 BAB 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah asas bagi pembentukan perlembagaan di negara kita? [BT-MS 22]

a)

Undang-undang Negeri Melayu

b)

Majlis Undangan Persekutuan

2.

Sebelum kedatangan kuasa Barat, undang-undang dan adat Melayu memainkan peranan penting dalam masyarakat. Apakah kepentingannya?

[BT-MS 22]


I.Panduan raja

II.Punca kuasa raja

III.Menjamin hak rakyat

IV.Kawalan pembesar

a)

I dan IV

b)

I dan II

3.

Undang-undang berikut diambil daripada undang-undang yang digubal di England.


Charter of Justice


Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan? [BT-MS 24 ]

a)

Melindungi penduduk asal

b)

Memelihara kepentingan British

4.

Di Malaysia, apakah badan yang berkuasa penuh membentuk undang-undang negara? [BT-MS 25 ]

a)

Jemaah Menteri

b)

Parlimen

5.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957? [ BT-MS 27 ]

a)

Disesuaikan dengan model Westminster

b)

Berasaskan Hukum Kanun Melaka

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan Mesyuarat Majlis Negeri Perak. Apakah kepentingan mesyuarat tersebut? [BT-MS 25]

a)

Menentang kuasa penjajah

b)

Menggubal undang-undang

7.

Menurut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi negara? [BT-MS 28 ]

a)

Melantik Jemaah Menteri

b)

Menjadi ketua Agama Islam di semua negeri

8.

Perkara berikut merupakan satu ciri utama dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.


Ciri Tradisional


Apakah ciri tradisional dalam perlembagaan negara? [BT-MS 28 ]

a)

Penggunaan Bahasa Melayu

b)

Kebebasan mengamalkan agama

9.

Perlembagaan negara kita telah dipinda beberapa kali pada tahun 1963 dan 1965. Mengapakah perlembagaan tersebut dipinda? [BT-MS 30 ]

a)

Mengikut perubahan ekonomi semasa

b)

Menyesuaikan peruntukan negeri baharu

10.

Gambar berikut menunjukkan sidang akhbar yang diadakan di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 9 Ogos 1965. Apakah peristiwa penting yang boleh dikaitkan dengan sidang akhbar tersebut? [BT-MS 31 ]

a)

Pemisahan Singapura daripada Malaysia

b)

Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia

11.

Pembentukan perlembagaan negara kita berasaskan kepada beberapa elemen iaitu [BT MS 22-23]


I.nilai tradisi kesultanan Melayu

II.prinsip undang-undang Inggeris

III.cadangan Suruhanjaya Reid

IV.adat istiadat Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

12.

Pada awal abad ke 19, berlaku perubahan dalam undang-undang yang diperkenalkan oleh Barat di Negeri-negeri Selat (NNS). Apakah bentuk undang-undang tersebut? [BT MS 23]

a)

Charter of Justice

b)

British Common Law

13.

Manakah yang berikut merupakan undang-undang bertulis yang wujud di negeri-negeri Melayu sebelum

kedatangan British? [BT MS 22]


I Undang-undang Johor

II Undang-undang 99 Perak

III Hukum Kanun Melaka

IV Hukum Kanun Perlis

a)

I dan II

b)

I dan IV

14.

Undang-undang dan peraturan sangat penting dalam sesebuah negara. Apakah matlamat utama undang-undang diperkenalkan pada zaman British? [BT MS 24]

a)

Melindungi penduduk daripada penindasan

b)

Memastikan kemajuan ekonomi

15.

Pembentukan undang-undang dilakukan oleh badan yang sah dalam perundangan. Manakah badan yang diberi mandat untuk membentuk undang-undang di Malaysia? [BT MS 25]

a)

Badan Perundangan

b)

Badan Kehakiman

16.

Menjamin kedudukan Raja-Raja Melayu adalah antara terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957. Apakah perkara lain yang turut diberi penekanan? [BT MS 27]

a)

Kerakyatan jus soli

b)

Kewarganegaraan yang sama

17.

Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Persekutuan? [BT MS 28]

a)

Memilih ahli Dewan Rakyat

b)

Membuat pelantikan bagi jawatan utama negara

18.

Sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, rakyat tidak mempunyai taraf kewarganegaraan yang sama. Apakah kategori rakyat yang lahir di Negeri-negeri Selat (NNS)? [BT MS 28]

a)

Kerakyatan British

b)

Kerakyatan tempatan

19.

Apakah ciri utama sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di Malaysia? [BT MS 29]

a)

Rakyat memilih wakil pemimpin dan menubuhkan kerajaan

b)

Dewan Parlimen bersidang setiap lima tahun

20.

Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada tahun1963 dan 1965. Mengapakah berlaku pindaan kali ke-2 pada 7 Ogos 1965? [BT MS 31]

a)

Pemakluman pembentukan Malaysia

b)

Pemisahan Singapura dan Malaysia