Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH T3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

“ Sekarang musim tengkujuh sebab itu harga ikan sangat mahal,” kata penjual itu.

a)

Penjual tersebut menjelaskan bahawa ketika ini harga ikan sangat mahal kerana musim tengkujuh.

b)

Penjual itu memberitahu bahawa sekarang musim tengkujuh sebab itu harga ikan sangat mahal.

c)

Penjual tersebut menjelaskan bahawa ketika itu harga ikan sangat mahal kerana musim tengkujuh.

2.

Sofia rasa kagum dengan keenakan mi tersebut lalu dia bertanya nama mi itu.

a)

" Nah, mi ini sangat enaklah! Apa nama mi ini?" tanya Sofia.

b)

" Wah, mi ini sangat enaklah! Apa nama mi ini?" tanya Sofia.

c)

" Amboi, mi ini sangat enaklah! Apa nama mi ini?" tanya Sofia.

3.

Cikgu Azazi mengingatkan murid-muridnya supaya membawa pakaian sukan masing-masing untuk latihan yang akan diadakan pada esoknya.

a)

" Kalian jangan membawa pakaian sukan masing - masing bagi latihan esok, " kata Cikgu Azazi kepada murid - muridnya.

b)

" Kalian jangan lupa membawa pakaian sukan masing - masing bagi latihan esok, " kata Cikgu Azazi kepada murid - muridnya.

c)

" Kalian jangan lupa membawa pakaian sukan masing - masing, " kata Cikgu Azazi kepada murid - muridnya.

4.

Chew Lin mengajak Hawa ke kantin.

a)

“ Ajaklah Hawa ke kantin,” kata Chew Lin.

b)

“ Saya ingin mengajak kamu ke kantin,”kata Hawa.

c)

“ Hawa, mari kita ke kantin,” kata Chew Lin.

d)

“ Saya ingin mengajak kamu ke kantin,”kata Chew Lin.

5.

Emak menasihati Haliza agar belajar rajin-rajin supaya masa depannya cerah.

a)

Kata Haliza, “Saya rajin belajar supaya masa depan akan cerah.”

b)

Kata emak, “Rajin-rajinlah belajar, nanti masa depan kamu akan cerah.”

c)

Kata emak, “Dia rajin belajar agar masa depannya akan cerah.”

d)

Kata Haliza, “Kamu mesti rajin belajar agar masa depan akan cerah.”

6.

“Di manakah Stesen Komuter Serdang?” tanya pelancong dari Jepun.

a)

Pelancong dari Jepun ingin menaiki Komuter Serdang.

b)

Pelancong itu hendak menaiki komuter ke Stesen Komuter Serdang.

c)

Pelancong dari Jepun memberitahu tentang Stesen Komuter Serdang.

d)

Pelancong itu ingin tahu kedudukan Stesen Komuter Serdang.

7.

Nabil memuji keindahan pemandangan Pulau Langkawi.

a)

“Amboi, indah sungguh pemandangan di sini,” kata Nabil.

b)

“Wah, indahnya pemandangan Pulau Langkawi,” kata Nabil.

c)

“Oh, cantiknya keindahan di Pulau Langkawi,” kata Nabil.

d)

“Nah, pemandangan di Pulau Langkawi indah nian,” kata Nabil.

8.

“Saya tidak tahu tentang kehilangan dompet itu,” kata Rina kepada Ailin.

a)

Ailin ingin tahu tentang kehilangan dompet.

b)

Ailin memaksa Rina supaya memberitahunya tentang dompet itu.

c)

Rina menyatakan dia tahu tentang kehilangan dompet.

d)

Rina memberitahu yang dia tidak tahu tentang kehilangan dompet itu.

9.

Norhayati :Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?

a)

orhayati bertanya mengapakah Syikin tidak datang ke sekolah semalam.

b)

Syikin ditanya mengapa dia tidak datang ke sekolah semalam

c)

Norhayati ingin tahu sebab Syikin tidak datang ke sekolah pada hari semalamnya.

d)

Norhayati menyoal Syikin sebab dia tidak datang ke sekolah

10.

Norasyikin: Sebenarnya ibu Syikin sakit.

a)

Norasyikin memberitahu keadaan sebenar iaitu ibunya sedang sakit.

b)

Ibu saya sakit kata Norasyikin.

c)

Norasyikin berkata ibunya sakit.

d)

Norasyikin sakit dan mejaga ibunya.

11.

Cikgu Aziz pengsan, kamu tahu?" tanya Pengetua.

a)

Pengetua bertanya sebab Cikgu Aziz pengsan.

b)

Pengetua memarahi Faizal kerana Cikgu Aziz pengsan.

c)

Pengetua bertanya Faizal sama ada dia mengetahui bahawa Cikgu Aziz telah pengsan.

d)

Cikgu Aziz pengsan, kamu tahu, kata Pengetua.

12.

“Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?” kata Siti.

a)

cakap ajuk

b)

cakap pindah

13.

“Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu saya,” kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis.

a)

cakap ajuk

b)

cakap pindah

14.

Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim lalu mengatakan bahawa jika ada sebarang masalah, Tauke Lim boleh menghubunginya dengan telefon.

a)

cakap ajuk

b)

cakap pindah

15.

Salmi mempersilakan Devi duduk.

a)

“Sila duduk,” kata Salmi kepada Devi.

b)

“Silalah duduk Salmi,” kata Devi kepada Salmi.

c)

“Janganlah duduk,” kata Salmi kepada Devi.

d)

“Harap kamu duduk,” kata Devi kepada Salmi.

16.

Amri menasihati rakannya agar memanfaatkan peluang untuk menjadi usahawan yang berjaya dengan menimba pengalaman berkaitan dunia keusahawanan.

a)

cakap ajuk

b)

cakap pindah

17.

Cikgu Wong menanyakan murid-muridnya sama ada berminat melibatkan diri dalam Hari Kantin sekolah yang akan diadakan pada bulan hadapan atau tidak.

a)

cakap ajuk

b)

cakap pindah

18.

"Saya mencadangkan kelas kita menjual nasi lemak dan ayam goreng pada Hari Kantin sekolah," kata Laili.

a)

cakap ajuk

b)

cakap pindah

19.

Ah Meng mengeluh kerana perutnya sakit.

a)

cakap ajuk

b)

cakap pindah

20.

"Jangan bersiul di dalam rumah," larang nenek kepada Aiman.

a)

cakap ajuk

b)

cakap pindah