Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Hari Kemerdekaan JKR Kuala Muda

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Jalur Gemilang, iaitu bendera rasmi negara Malaysia asalnya telah dicipta oleh En. Mohammed Hamzah, seorang pegawai JKR pada tahun 1949. Berapakah bucu bintang yang ada di dalam Jalur Gemilang

a)

10

b)

5

c)

14

d)

11

2.

Kita telah menyambut Hari Kemerdekaan Kali yang ke 64 pada tahun 2021. Bilakah tarikh Persekutuan Malaysia dibentuk secara rasmi?

a)

31 Ogos 1964

b)

16 September 1964

c)

31 Ogos 1957

d)

16 September 1963

3.

Setiap tahun, sambutan Hari Kebangsaan akan menampilkan tema yang bersesuaian dengan suasana semasa negara. Tema bagi tahun 2021 ialah "Malaysia Prihatin" bertepatan dengan hasrat Kerajaan dalam membendung ancaman COVID-19. Apakah tema yang paling lama digunakan untuk sambutan Hari Kebangsaan Malaysia?

a)

1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

b)

Keranamu Malaysia

c)

Sehati Sejiwa

d)

Malaysia Prihatin

4.

Tun Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia yang paling lama menyandang jawatan beliau. Siapakan Perdana Menteri yang menyandang jawatan paling singkat dalam sejarah Malaysia?

a)

Tun Abdullah Ahmad Badawi

b)

Tun Abdul Razak

c)

Tan Sri Muhyiddin Yassin

d)

Tun Hussein Onn

5.

'Ganyang Malaysia' adalah kempen yang dibuat oleh Indonesia semasa konfrontasi menentang pembentukan Persekutuan Malaysia. Selain Indonesia, apakah nama sebuah lagi negara turut sama menentang penubuhan Malaysia?

a)

Thailand

b)

Myanmar

c)

Filipina

d)

Brunei Darussalam

6.

Malaysia seringkali menjadi tuan rumah acara bertaraf antarabangsa. Di antara berikut bukan maskot Sukan SEA anjuran Malaysia?

a)

"Tumas",Tupai Emas

b)

"Johan", Penyu

c)

"Rimau" Harimau Malaya

d)

"Wira", Orang Utan

7.

Ringgit adalah nama wang kertas rasmi keluaran Bank Negara Malaysia (BNM). Semasa penjajahan Jepun, penjajah telah mengeluarkan wang mereka sendiri. Apakah gelaran wang tersebut?

a)

Wang Pisang

b)

Dolar Jepun

c)

Dolar Selat

d)

Dolar Malaya

8.

Tanah Melayu telah diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957. Di manakah Tunku Abdul Rahman telah membuat pengumuman Kemerdekaan Tanah Melayu?

a)

Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

b)

Padang Bandar Hilir, Melaka

c)

Padang Kelab Sultan Sulaiman

d)

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

9.

Sepanjang sejarah Malaysia, Malaysia pernah dijajah oleh beberapa kuasa besar. Di antara berikut, bukan kuasa besar yang pernah sampai ke sini?

a)

Belanda

b)

Portugis

c)

Jepun

d)

Sepanyol

10.

Di Malaysia, beberapa negeri menyambut cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu, dan selainnya pada hari Sabtu dan Ahad. Perbezaan ini berlaku berdasarkan sejarah sebelum pembentukan Malaysia lagi, yang mana negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu dikenali dengan satu nama iaitu?

a)

Negeri Melayu Tidak Bersekutu

b)

Negeri-negeri Selat

c)

Negeri Melayu Bersekutu

d)

Negeri Berdaulat

11.

Soalan Bonus: Lengkapkan lirik lagu Negaraku di bawah:


"Negaraku, tanah ......... darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju,


Rahmat ...... Tuhan kurniakan, ........ kita selamat bertakhta"

a)

tumpah, bahagia, Sultan

b)

tumpahnya, bahagia, Raja

c)

tumpahnya, bahgia, Sultan

d)

tumpah, bahgia, Raja