WorksheetsSejarah Ting 4 Bab 3 Konflik Dunia dan pendudukan Jepun
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Konflik dunia yang merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
Mengapakah konflik tersebut tercetus?
Persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi
Pemodenan Pemimpin
Menentang Penjajah
Pengenalan Birokrasi Barat
Perang Dunia Pertama meletus kerana persaingan kuasa imperialis untuk mendapatkan tanah jajahan bagi memperoleh bahan mentah. Apakah bahan mentah yang sangat diperlukan ?
Bijih Timah
Rempah ratus
Emas
Tembikar
Pembentukan Pakatan Ketenteraan di Eropah membawa kepada suasana politik yang tidak stabil. Apakah pakatan ketenteraan tersebut?
Kuasa Paksi
Pakatan Bertiga
Katipunan
Liga Bangsa
Perpecahan empayar Rusia telah membawa kepada penubuhan negara baharu.Negara-negara baharu adalah seperti berikut kecuali...
Poland
Latvia
Estonia
Iraq
Perang Dunia Pertama telah membawa kepada kemunculan negara baharu. Namakan negara baharu tersebut?
Austria
Itali
Tanah Melayu
Perancis
Konflik Dunia telah memberikan iktibar kepada kita. Pada pendapat anda, apakah iktibar daripada peristiwa ini?
Kepentingan memelihara keamanan dunia
Kepentingan permuafakatan
Kepentingan bertolak ansur
Kepentingan saling hormat menghormati
Negara manakah yang menyokong Austria untuk menyerang Serbia dalam Perang Dunia Pertama
Rusia
Jerman
Perancis
Amerika Syarikat
Pemimpin berikut dikatakan telah mengingkari Perjanjian Versailles. Bagaimanakah beliau mengingkari perjanjian tersebut?
Menakluki negara Poland
Membentuk Pakatan tentera
Membesarkan angkatan tentera
Mengurangkan bayaran pampasan
Kemunculan negara bangsa yang banyak di Eropah sekitar abad ke-19 telah menyebabkan berlakunya Perang Dunia Pertama.
Mengapakah kuasa-kuasa tersebut sanggup berperang
Menunjukkan kekuatan tentera masing-masing
Semangat nasionalisme yang kuat
Bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan
Perlumbaan senjata
Perang Dunia Pertama telah memberi kesan terhadap perubahan sistem politik di Eropah.
Apakah perubahan tersebut?
Amerika Syarikat mula menguasai negara Eropah
Negara eropah terpecah kepada dua blok
Menamatkan pemerintahan beraja
Wujudnya pertubuhan bangsa-bangsa bersatu
Apakah matlamat perjuangan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan? (ms 52)
Mempertahankan kemerdekaan
Mempertahankan hak penduduk tempatan
Mendapatkan sokongan sebagai pemimpin
Mempertahankan hak sebagai pemungut cukai
Pada 11 November 1914, empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa untuk orang Islam.
Mengapa empayar Uthmaniyah bertindak demikian ?
Mencetus revolusi agama
Menyeru menentang penjajah
Menyekat pengaruh penjajah
Menghapuskan fahaman sekularisme
Gambar adalah akhbar Utusan Melayu yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua.
Apakah isu yang dimuatkan dalam akhbar tersebut ?
Kesedaran kebangsaan
Kemunduran rakyat
kekejaman penjajah
Ketidakstabilan politik
Persidangan Damai yang diadakan pada bulan Jun
1919 membawa kepada termeterainya Perjanjian
Versailles.
Mengapakah perjanjian tersebut dikatakan memberi kesan kepada negara Eropah ?
Pembentukan negara baharu
Perkembangan fahaman komunis
Pertambahan kaum imigran
Pembahagian kekayaan sama rata
Negara- negara Barat bersaing untuk mendapat tanah jajahan bagi memperoleh bahan mentah dan pasaran.
Mengapakah timbulnya persaingan di antara negara-negara Barat?
Keagamaan
Kekayaan
Kemegahan
Revolusi Industri
Senarai berikut adalah badan penyiasat yang ditubuhkan oleh British di Negeri-negeri Melayu:
· Jabatan Siasatan Jenayah
· Biro Siasatan Politik
Apakah tujuan British menubuhkan badan tersebut?
A. Menyiasat pergerakan parti
B. Mengetatkan kawalan sempadan
C. Mengawal perkembangan nasionalisme
D. Memantau perjuangan golongan radikal
Mengapakah orang Melayu memberi sokongan kepada Empayar Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama ?
A. Persahabatan antara benua
B. Perkembangan kuasa imperialisme
C. Pelindung umat Islam seluruh dunia
D. Perjuangan menuntut kemerdekaan
Penulisan berikut sering disiarkan dalam akhbar-akhbar Melayu pada abad ke-20.
. Cerita Tekukur
Apakah sindiran utama penulisan tersebut terhadap penjajah?
A. Mengongkong penerbitan akhbar
B. Menghapuskan institusi raja
C. Menguasai ekonomi tempatan
D. Menyekat kemasukan imigran
Rajah berikut merupakan kuasa besar yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama;
Apakah negara X ?
I. Jerman
II. Britain
III. Rusia
IV. Austria
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Maklumat berikut adalah kuasa besar yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama.
Apakah kesan penyertaan tersebut kepada Amerika Syarikat?
A. Kuasa rakyat di dengari
B. Kehilangan tanah jajahan
C. Diiktiraf sebagai kuasa besar
D. Di kehendaki membayar pampasan
· Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson
Deklarasi berikut telah diisytiharkan dalam Persidangan Damai Paris.
Apakah yang dicadangkan dalam perkara tersebut?
I. Perpaduan negara berlandaskan agama
II. Pemulihan sistem pemerintahan beraja
III. Penentuan nasib negara oleh rakyat
IV. Penetapan sempadan negara berasaskan bangsa
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Perjanjian Versailles 1919 di tandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman selepas Perang Dunia Pertama.
Apakah kesan perjanjian tersebut kepada Jerman?
I. Kehilangan tanah jajahan
II. Bayaran pampasan yang tinggi
III. Berlaku peningkatan penyakit berjangkit
IV. Kejatuhan ekonomi pertanian
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Perang Dunia Pertama memberi inspirasi kepada kebangkitan nasionalisme orang Melayu.
Bagaimanakah British menyekat kebangkitan tersebut?
A. Mengukuhkan institusi pendidikan
B. Meluluskan undang-undang baharu
C. Meningkatkan taraf hidup rakyat
D. Membawa masuk tentera luar
Apakah persamaan pemimpin berikut dalam mengembalikan maruah negara masing-masing?
A. Meluaskan tanah jajahan
B. Memulihkan keyakinan rakyat
C. Mengetatkan kawalan sempadan
D. Mengamalkan kebebasan bersuara
Antara berikut, pasangan yang manakah tepat tentang ideologi baharu di Itali dan Jerman.
A. Fasis - Menjamin kebebasan individu sepenuhnya
Nazisme - Menyekat dan mengawal kebebasan individu
B. Fasis - Mengutamakan kepentingan negara
Nazisme - Mengagungkan bangsa sendiri
C. Fasis - Membenarkan hanya satu parti sahaja
Nazisme - Mengamalkan sistem pemerintah monarki
D. Fasis - Melaksanakan falsafah Legalisme
Nazisme - Menerapkan kepimpinan melalui teladan
Senarai berikut merujuk kawasan yang ditakluki oleh Jerman semasa Perang Dunia Kedua;
· Poland
· Denmark
. Norway
Bagaimanakah Jerman berjaya menguasai negara tersebut?
A. Serangan kilat
B. Serangan berani mati
C. Pertukaran wilayah
D. Perjanjian damai
Peta berikut adalah lokasi pendaratan Tentera Bersekutu di Normandy, Perancis;
Mengapakah tentera Jerman gagal mengesan pendaratan tentera tersebut?
A. Pemalsuan penyebaran maklumat
B. Pembelotan tentera berlaku
C. Kerjasama penduduk tempatan
D. Kelonggaran kawalan sempadan
Gambar di berikut adalah pemimpin Jepun yang melancarkan Pembaharuan Meiji;
Apakah kesan pembaharuan tersebut kepada Jepun?
A. Keruntuhan sistem pemerintahan feudal
B. Kemasukan imigran beramai-ramai
C. Kekuatan tentera diiktiraf dunia
D. Kebangkitan penduduk tempatan
Dalam perluasan kuasa di Asia Pasifik, pemerintah Jepun telah mewujudkan orde baharu Asia.
Apakah matlamat orde tersebut?
I. Mengembangkan kuasa tentera
II. Mewujudkan kebebasan ekonomi
III. Menyekat dagangan negara luar
IV. Memperkenalkan sistem birokrasi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Senarai berikut adalah kawasan ditakluki oleh Jepun yang mengamalkan dasar peluasan kuasa pada abad ke-20;
Apakah tindak balas pihak Bersekutu terhadap tindakan Jepun tersebut ?
A. Mengenakan sekatan ekonomi
B. Mengawal kegiatan perisikan
C. Menghapuskan institusi beraja
D. Mengadakan propaganda
Kesedaran kebangsaan tidak meluas di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
Apakah faktor keadaan tersebut berlaku?
kewujudan undang-undang
kemelesetan ekonomi dunia
ketiadaan pemimpin tempatan
kelemahan sistem pengangkutan
Negara manakah yang menyokong Austria untuk menyerang serbia dalam Perang Dunia Pertama?
Rusia
Jerman
Perancis
Amerika Syarikat
Adolf Hitler telah mengingkari Perjanjiann Versailes. Bagaimanakah beliau mengingkari perjanjian tersebut?
menakluki negara Poland
membentuk pakatan tentera
memperbesarkan angkatan tentera
mengurangkan bayaran pampasan
Jepun dianggap sebagai sebuah kuasa besar pada tahun 1930-an.
Maklumat di atas merujuk kepada kuasa Jepun.
Apakah faktor yang menyebabkan anggapan tersebut berlaku?
Jepun menduduki korea
Jepun menakluki Indochina
Jepun menduduki Manchuria
Jepun memenangi perang Rusia-Jepun
Jerman memulakan serangan Blitzrieg bagi menakluki negara di eropah Barat.
Berdasarkan maklumat di atas.
Bagaimanakah serangan Blitzrieg dilaksanakan?
I mengepung kawasan sasaran
II menghantar pasukan pengintip
III menyerang dengan kereta kebal
IV menggunakan tentera beremotorsikal
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Manakah antara berikut bukan blok dunia yang terhasil semasa perang dunia
Pakatan Kuasa Tengah
Pakatan Bertiga
Kawasan Kesemakmuran Asia
Negara manakah yang memberi laluan kepada Jerman untuk meyerang Perancis?
Finland
Costa Rica
Itali
Belgium
Siapakah yang memenagi Perang Dunia Pertama ?
Pakatan Kuasa Tengah
Pakatan Bertiga
Kesedaran kebangsaan tidak meluas di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
Apakah faktor keadaan tersebut berlaku?
Kewujudan undang-undang
Kemelesetan ekonomi dunia
Ketiadaan pemimpin tempatan
Kelemahan sistem pengangkutan
Negara manakah yang menyokong Austria untuk menyerang Serbia dalam Perang Dunia Pertama?
Russia
Jerman
Perancis
Amerika Syarikat
