Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Rukun Negara

Total questions: 22

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan 3 objektif Rukun Negara?

a)

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya

b)

Mencipta satu masyarakat yang seimbang di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama

c)

Memelihara satu cara hidup sistematik

d)

Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak;

e)

Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

2.

Jelaskan maksud prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan ?

a)

Tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan amalan dan cara hidup adalah dilarang sama sekali

b)

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan

c)

Agama-agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan secara terbuka.

d)

Ketiadaan agama boleh meruntuhkan sesebuah negara

3.

Jelaskan maksud kesetiaan kepada Raja dan Negara?

a)

Setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Perdana Menteri

b)

Sikap rendah diri dan memahami akan kepentingan orang dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat

c)

Rakyat Malaysia akan sentiasa setia kepada negara supaya menjaga kedaulatan negara

4.

Jelaskan maksud Prinsip Keluruhan Perlembagaan ?

a)

Memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak kebebasan sebagai warganegara.

b)

Perlembagaan negara ini telah digubal berasaskan kesepakatan tiga kaum majoriti di Persekutuan

c)

Merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana pihak atau individu.

d)

Merupakan sumber undang-undang bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat

5.

Jelaskan maksud Kedaulatan Undang-undang?

a)

Menjamin masyarakat dapat bergerak dari satu negeri ke negeri lain tanpa sebarang kekacauan, dan anggota masyarakat akan berasa selamat

b)

Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

c)

Hak semua rakyat tidak boleh diamalkan dengan sewenang-wenangnya kerana tiada jaminan dalam Perlembagaan.

6.

Jelaskan maksud Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan ?

a)

Membentuk warga yang bersusila dan bersopan santun

b)

Menghukum tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.

c)

Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku seseorang sahaja..

7.

Nyatakan 3 Kepentingan Penghayatan dan pengamalan Prinsip Rukun Negara?

a)

Melahirkan rakyat berjiwa bebas

b)

Membentuk perpaduan rakyat berbilang kaum

c)

Melahirkan masyarakat bermoral dan beretika

d)

Mewujudkan masyarakat yang menghormati Perlembagaan Persekutuan

e)

Mewujudkan sebuah masyarakat yang berintergriti

8.

Nyatakan dua Kesan penghayatan Rukun Negara oleh rakyat Malaysia?

a)

Mewujudkan masyarakat yang adil

b)

Mengamalkan ajaran dan kepercayaan

c)

Menjaga kedaulatan negara

d)

Mengekalkan cara hidup demokratik

e)

Menghormati sistem pemerintahan negara

9.

Nyatakan dua kesan Rukun Negara tidak dihayati?

a)

Rakyat tidak akan bebas

b)

Tiada perasaan bertolak ansur sesama agama dan bangsa

c)

Rakyat yang tidak patuh kepada ajaran agamanya akan melahirkan masyarakat yang rosak akhlaknya dan tiada jati diri.

d)

Kurangnya semangat bantu membantu dalam kalangan masyarakat

10.

Nyatakan 2 Kesan jika tidak menghayati Rukun Negara kepada NEGARA?

a)

Pendapatan negara terjejas

b)

Perpaduan negara terjejas

c)

Kedaulatan bangsa tergugat

d)

Budaya tercemar/hilang nilai-nilai murni

e)

Jati diri semakin kukuh

11.

Nyatakan 3 kesan ke atas negara jika prinsip Kedaulatan Undang-undang tidak diamalkan.

a)

Kedaulatan negara tergugat

b)

Ekonomi negara terjejas

c)

Penularan budaya songsang

d)

Negara terancam

e)

Keselamatan rakyat terancam

12.

Nyatakan 2 kesan jika masyarakat berpegang kepada agama dan kepercayaan masing-masing ?

a)

Membentuk warganegara yang bersopan santun dan bertatasusila

b)

Menjamin perhubungan yang harmoni dalam masyarakat yang berbilang kaum

c)

Menjadi panduan hidup kepada anggota masyarakat

13.

Nyatakan 2 kepentingan keharmonian agama kepada Malaysia?

a)

Menjadi garis panduan cara pemerintahan negara Islam

b)

Melahirkan pemimpin dan rakyat yang mengamalkan nilai-nilai murni

c)

Mengukuhkan perpaduan

14.

Berikan 2 alasan rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang?

a)

Mengawal sempadanan antara Malaysia dan negara jiran

b)

Mengelakkan berlakunya diskriminasi kaum, gender atau kedudukan.

c)

Mengelakkan sesuatu keputusan dipengaruhi pihak berkepentingan

d)

Menjamin institusi perundangan yang bebas atau berwibawa

15.

Nyatakan 2 sebab perlu menghormati kedaulatan undang-undang?

a)

Menjamin keamanan masyarakat.

b)

Menjamin tidak berlaku ketidakadilan

c)

Menjamin kedaulatan negara

16.

Cara rakyat menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara?

a)

Menyanjung Institusi Raja berperlembagaan

b)

Tidak menyebarkan berita palsu yang memburukkan negara

c)

Meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi

d)

Menghormati lambang-lambang negara

17.

Berikan 3 cabaran bagi merealisasikan prinsip Rukun Negara?

a)

Memastikan keharmonian negara berkekalan.

b)

Memastikan perpaduan negara terus utuh.

c)

Memastikan kontrak sosial terus dipatuhi.

d)

Melahirkan masyarakat yang berakhlak

e)

Mempertahankan kepatuhan kepada perlembagaan

18.

Langkah-langkah memupuk kesedaran untuk menghayati prinsip Rukun Negara?

a)

Masyarakat perlu menghayati strategi yang terkandung dalam Rukun Negara secara mendalam

b)

Memupuk kesedaran masyarakat melalui kempen

c)

Menerapkan aspirasi dan prinsip Rukun Negara dalam dasar-dasar kerajaan

d)

Memperluas dan memperkukuh kelab Rukun Negara di institusi pendidikan

19.

Keadaan yang menunjukkan warganegara Malaysia mematuhi Prinsip Keluhuran Perlembagaan, antaranya ialah?

a)

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan

b)

Menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber pentadbiran

c)

Tidak mempersoalkan peruntukan Perlembagaan Malaysia

d)

Menghormati hak warganegara Malaysia

20.

Kepentingan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara kepada negara

a)

Mengukuhkan semangat nasionalisme

b)

Meningkatkan semangat kekitaan dan kepunyaan, iaitu bangga akan dan sanggup memajukan negara

c)

Mengukuhkan semangat patriotik – Sanggup berkorban untuk negara

d)

Meningkatkan semangat cintakan institusi raja

e)

Mengukuhkan perpaduan rakyat

21.

Langkah-langkah Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan diaplikasikan dalam kehidupan seharian, antaranya ialah

a)

Menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan

b)

Menghormati orang warga tua

c)

Tidak membangkitkan isu sensitif

d)

Bercakap dalam nada yang lembut

e)

Menjaga tingkah laku

22.

Cabaran Malaysia dalam menyatu padukan rakyat Malaysia ?

a)

Sukan Sebagai Alat Perpaduan Antara Wilayah

b)

Integrasi Dan Perpaduan Melalui Dasar Pendidikan

c)

Penggunaan Bahasa Sebagai Alat Perpaduan

d)

Hidup Berbudaya Dan Hidup Bermasyarakat

e)

Keseimbangan Ekonomi Dan Kestabilan Dalam Negara