WorksheetsSIRAH NABI MUHAMMAD PEMIMPIN AGUNG
Total questions: 8
Worksheet time: 4mins
Apakah maksud pemimpin?
Individu yang tidak mempunyai sebarang tanggungjawab
Individu yang bertanggungjawab menerajui sesuatu organisasi
Individu yang bertanggungjawab mengikut arahan ketua
Bagaimanakah Nabi Muhammad memainkan peranan baginda sebagai pemimpin masyarakat?
Menggunakan kekerasan dan paksaan.
Memecahkan perpaduan masyarakat Madinah yang berbilang kaum dan agama.
Berganding bahu antara pemimpin dengan rakyat.
Bagaimanakah Nabi Muhammad memainkan peranan baginda sebagai ketua tentera?
Menghulurkan perdamaian dengan qabilah-qabilah dan negara luar.
Mengizinkan untuk merosakkan bangunan dan tumbuh-tumbuhan semasa perang.
Mengetuai peperangan menentang musuh dengan gelabah dan terburu-buru
Menjatuhkan hukuman berdasarkan bukti dan saksi tanpa pilih kasih merupakan peranan Nabi Muhammad sebagai apa?
Pemimpin masyarakat
Ketua tentera
Ketua hakim
Apakah contoh bentuk penindasan yang Nabi Muhammad basmi sebagai perancang ekonomi negara?
Rasuah, hibah dan penipuan
Riba', rasuah dan penipuan
Zakat
Bagaimanakah Nabi Muhammad menetapkan strategi peperangan Perang Khandak?
Berfikir sendiri
membaca buku strategi peperangan
Mengadakan mesyuarat
Apakah iktibar keperibadian Nabi Muhammad sebagai pemimpin?
Menjaga kebajikan orang yang dipimpin dan tidak mengambil kesempatan ke atas mereka.
Menjalinkan hubungan yang buruk dengan bukan muslim.
Meninggalkan perintah Allah dan melakukan laranggan-Nya
Selaku pemimpin, apakah tindakan kamu jika berhadapan situasi pasukan mengalami kekalahan?
Putus asa dan terus bersedih
Memberikan kata-kata semangat kepada ahli pasukan dan teruskan berusaha.
Menyalahkan juri dan pasukan yang menang tanpa usul periksa.
