wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Bab RBT T.1 Bab 2 - Sept 2021

Total questions: 24

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut manakah merupakan definisi pengurusan projek reka bentuk?

a)

Aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja, iaitu skop kerja, tempoh masa dan kos projek

b)

Aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja, iaitu skop produk, kos produk dan tempoh masa

c)

Aktiviti kerja yang mengawal pelaksanaan dan sumber agar penghasilan produk menepati kualiti dan masa yang ditetapkan

d)

Aktiviti kerja yang bermula daripada merancang aktiviti projek, menyediakan reka bentuk produk dan menentukan bilangan produk yang dihasilkan

2.

Antara berikut manakah merupakan contoh kos projek?


I Insurans

II Bilangan produk

III Pembayaran upah

IV Pengurusan bahan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

3.

Rajah 1 menunjukkan botol plastik yang digunakan untuk menanam sayur.


Antara berikut manakah merupakan idea reka bentuk yang digunakan?

a)

Menukar saiz objek

b)

Menterbalikkan objek

c)

Mempelbagaikan fungsi sesuatu alat

d)

Meniru apa sahaja yang terdapat di persekitaran dan menukarkannya ke dalam bentuk produk

4.

Antara berikut, manakah merupakan tugas utama pengurus projek?


I Penentuan projek

II Pengelolaan aktiviti

III Penentuan subutama

IV Pengawalan pelaksanaan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

5.

Susun mengikut urutan yang betul blok hubungan aktiviti melalui rangkaian.


I Milestone

II Membuat model

III Perbincangan konsep

IV Membuat lakaran idea

a)

I, III, II, IV

b)

I, III, IV, II

c)

III, IV, I, II

d)

III, IV, II, I

6.

Antara berikut yang manakah merupakan tujuan utama Struktur Pecahan Kerja (SPK)?

a)

Memudahkan pelaksanaan projek

b)

Mengawal sumber tenaga pekerja

c)

Mengelakkan pembaziran dan pemborosan

d)

Membantu pengurus melihat dengan lebih jelas keseluruhan aktiviti yang akan dijalankan untuk keseluruhan projek

7.

Maklumat berikut adalah mengenai kos pembuatan 50 unit bakul.


Berapakah kos pengeluaran untuk sebuah bakul tersebut?

a)

RM 7.95

b)

RM 15.90

c)

RM 31.80

d)

RM 45.00

8.

Antara berikut manakah merupakan kelebihan pembentukan kumpulan kerja untuk pasukan?


I Penghargaan dikongsi bersama

II Memperoleh hasil yang optimum

III Tanggungjawab dikongsi bersama

IV Komunikasi berlaku secara terbuka

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

9.

Antara berikut langkah manakah yang boleh diambil bagi membentuk pasukan yang berkesan?

a)

Meningkatkan motivasi staf

b)

Memberi latihan yang berterusan

c)

Bilangan ahli pasukan yang besar

d)

Pengalaman dan pengetahuan ahli dikongsi bersama-sama

10.

Antara berikut manakah merupakan tugas seorang pembangun mock-up?

a)

Menyediakan lakaran bersaiz

b)

Mencari, mengiklan projek dan pelanggan

c)

Menyediakan dokumentasi dan persembahan

d)

Mengukur, menanda, memotong dan memasang

11.

Antara berikut manakah merupakan tujuan pengawalan pelaksanaan dan sumber dilakukan?

a)

Supaya dapat mencapai objektif projek yang berkesan

b)

Supaya peruntukan kewangan bagi menjayakan projek adalah cukup

c)

Supaya penghasilan produk menepati kualiti dan masa yang ditetapkan

d)

Supaya dapat menggambarkan bahawa pengurusan projek itu sangat baik dan cekap

12.

Antara berikut manakah termasuk di bawah pengurusan projek reka bentuk?


I Mengawal selia sumber yang terhad

II Menentukan bilangan pengguna produk

III Memilih dan menentukan pengurus yang baik

IV Menyediakan pelan atau lukisan reka bentuk produk

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

13.

Antara berikut manakah merupakan tujuan penjadualan masa?

a)

Mengawal sumber tenaga pekerja

b)

Menetapkan tujuan projek dan objektif yang hendak dicapai

c)

Mengelakkan pekerja mengubah suai produk tanpa persetujuan ahli pasukan

d)

Menentukan pemasaran dan pengeluaran yang diperlukan untuk melaksanakan projek

14.

Rajah 2 menunjukkan contoh carta gantt.


Antara berikut manakah kepentingan penyediaan carta tersebut dalam melaksanakan sesuatu projek?

a)

Mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan

b)

Memudahkan perbincangan dalam mengubah suai produk

c)

Mengelakkan berlakunya pertindihan kerja antara ahli pasukan

d)

Mengenal pasti perkembangan dan kedudukan projek cepat dan pantas

15.

Susun mengikut urutan yang betul mengenai garis panduan penjadualan projek.


I Tentukan aktiviti jadual dan menyusun aktiviti

II Anggaran kos dan penyediaan bajet untuk melaksanakan projek

III Anggaran sumber dan tempoh masa yang diperlukan untuk sesuatu aktiviti

IV Pembangunan jadual kerja untuk memantau dan mengawal pelaksanaan aktiviti

a)

I, III, II dan IV

b)

I, III, IV dan II

c)

III, IV, I dan II

d)

III, IV, II dan I

16.

Berikut merupakan contoh aktiviti yang terlibat dalam pembangunan projek.


* Lakaran disediakan sebelum penyediaan bahan untuk membuat produk

* Pembahagian kerja kepada ahli dilakukan secara serentak dengan penantuan skop kerja


Antara berikut manakah garis panduan penjadualan kerja yang digunakan dalam aktiviti tersebut?

a)

Menyusun aktiviti

b)

Membangunkan jadual

c)

Menentukan aktiviti jadual

d)

Menganggarkan sumber yang diperlukan

17.

Berikut merupakan contoh pengiraan bagi menghasilkan suatu produk.


Kos penyediaan bagi sebuah meja adalah RM100.00 dan sebanyak 15 buah meja perlu dihasilkan.

Kos anggaran awal ialah RM100.00 x 15 unit = RM1500.00


Kaedah yang digunakan dalam menyediakan anggaran awal kos di atas ialah

a)

konsep overhed

b)

konsep SMART

c)

kaedah unit/kuantiti

d)

kaedah pengagihan kewangan

18.

Antara berikut manakah merupakan ciri individu yang dipilih semasa proses pembentukan individu?

a)

Mempunyai kemahiran komunikasi dan kreatif

b)

Mempunyai kemahiran berfikir dan komunikasi

c)

Mempunyai kemahiran interpersonal dan teknikal

d)

Mempunyai kemahiran intrapersonal dan teknikal

19.

Berikut adalah langkah pengurusan projek yang tidak mengikut urutan.


I Penjadualan

II Pengawalan

III Perancangan


Antara berikut yang manakah langkah pengurusan projek yang betul?

a)

II, I, III

b)

II, III, I

c)

III, II, I

d)

III, I, II

20.

Rajah 3 adalah tentang penjanaan idea reka bentuk.


Antara berikut yang manakah penjanaan idea reka bentuk yang sesuai bagi rajah tersebut?

a)

Menukar saiz objek

b)

Menterbalikkan fungsi sesuatu objek

c)

Menterbalikkan kedudukan sesuatu objek

d)

Meniru apa sahaja yang ada di persekitaran

21.

Maklumat di bawah menunjukkan perbelanjaan untuk mengeluarkan 100 helai blaus.


Berapakah kos pengeluaran bagi 50 helai blaus?

a)

RM 2030

b)

RM 20.30

c)

RM 10.15

d)

RM 1015

22.

Antara berikut yang manakah betul mengenai pembentukan pasukan yang berkesan?


I Pilih bilangan ahli yang besar

II Menetapkan matlamat pasukan dengan jelas

III Memberi sistem ganjaran yang sistematik

IV Keseragaman ahli dalam pasukan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Pilih kaedah yang boleh digunakan dalam menyediakan anggaran awal kos.


I Kaedah overhed

II Kaedah unit / kuantiti

III Konsep SMART

IV Kos upah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Antara berikut yang manakah terlibat dalam pasukan projek di peringkat sekolah?

a)

Pelanggan dan pereka bentuk

b)

Pereka bentuk dan pembuat model

c)

Pengerusi, pereka bentuk dan pembuat model

d)

Pengurus projek, setiausaha, bendahari, pereka bentuk dan pembangun mock-up / model