wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 6: SOKONGAN, PERGERAKAN & PERTUMBUHAN

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai rangka dalam?

a)

Udang

b)

Katak

c)

Kala Jengking

d)

Tapak Sulaiman

2.

Apakah sistem sokongan haiwan yang ditunjukkan dalam rajah tersebut?

a)

Cangkerang

b)

Rangka Dalam

c)

Rangka Luar

d)

Rangka Hidrostatik

3.

Apakah fungsi rangka hidrostatik bagi invertebrata?

a)

Mengelakkan dehidrasi

b)

Menyokong berat badan.

c)

Melindungi organ dalaman.

d)

Mengekalkan dan mengawal bentuk badan.

4.

Antara haiwan berikut, yang manakah tidak mempunyai rangka dalam?

a)

Buaya

b)

Burung

c)

Labah-Labah

d)

Ikan Paus

5.

Berikut merupakan fungsi rangka dalam bagi haiwan kecuali

a)

membolehkan pergerakan berlaku.

b)

mengenakan tekanan kepada otot di dalam badan

c)

menyimpan mineral seperti kalsium dan fosforus.

d)

melindungi organ dalaman seperti jantung dan peparu.

6.

Apakah yang menyebabkan ikan paus dapat bergerak di dalam air dengan mudah?

a)

Disokong oleh daya apungan air

b)

Mempunyai daya graviti yang besar

c)

Mempunyai tulang berongga dan ringan

d)

Rangka dalam yang mudah membengkok

7.

Antara tulang-tulang berikut, yang manakah membentuk lengkungan pektoral?

a)

Humerus dan klavikel

b)

Klavikel dan skapula

c)

Tulang rusuk dan skapula

d)

Humerus dan tulang rusuk

8.

Antara berikut, yang manakah merupakan tulang kaki?

a)

Ulna

b)

Radius

c)

Klavikel

d)

Tibia

9.

Apakah fungsi utama turus vertebra?

a)

Melindungi saraf tunjang

b)

Melindungi jantung dan peparu

c)

Menyokong berat badan

d)

Melindungi pundi kencing dan organ pembiakan

10.

Antara berikut, yang manakah merupakan adaptasi tulang burung untuk membolehkannya terbang?

a)

Mempunyai tengkorak yang besar

b)

Mempunyai tulang sternum yang kecil

c)

Mempunyai tulang yang berongga dan ringan

d)

Mempunyai tulang kecil berbanding saiz badan

11.

Bagaimanakah zirafah mengatasi masalah kestabilan?

a)

Menggunakan ekornya sebagai sistem sokongan

b)

Mengangkangkan kakinya semasa minum

c)

Menggunakan ekornya sebagai tongkat

d)

Berdiri menggunakan dua kaki belakang

12.

Apakah fungsi cecair sinovial?

a)

Mengurangkan geseran

b)

Menjana tenaga untuk pengecutan dan pengenduran otot

c)

Menyambungkan otot ke tulang

d)

Melicinkan dan membekalkan nutrien kepada rawan

13.

Berikut merupakan antara masalah berkaitan dengan sendi dan otot dalam kehidupan kecuali

a)

obesiti.

b)

artritis.

c)

osteoporosis.

d)

kekejangan otot.

14.

Pada peringkat pertumbuhan manusia yang manakah lelaki dan perempuan mengalami pertumbuhan yang sama?

a)

Peringkat bayi

b)

Peringkat kanak-kanak

c)

Peringkat remaja

d)

Peringkat dewasa

15.

Apakah struktur sokongan yang terdapat pada pokok cengal?

a)

Akar jangkang

b)

Akar banir

c)

Akar cengkam

d)

Akar sokong