wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sains tingkatan 4 bab 1

Total questions: 41

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut yang manakah merupakan peralatan perlindungan untuk badan

a)

Gogal

b)

Sarung tangan

c)

Topeng muka

d)

Baju makmal

2.

Antara yang berikut, yang manakah fungsi kebuk wasap

a)

Perlindungan terhadap wasap toksik dan wap

b)

Tempat menyimpan bahan kimia

c)

Tempat menyimpan radas kaca yang mahal

d)

Perlindungan terhadap haba tinggi

3.

Antara yang berikut yang manakah digunakan untuk menyekat tumpahan merkuri

a)

Pasir

b)

Air

c)

Garam

d)

Serbuk sulfur

4.

Antara yang berikut yang manakah kebakaran Kelas api C

a)

Logam

b)

Gas

c)

Bahan pepejal

d)

Bahan mudah terbakar

5.

Apakah jenis pemadam api yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan jenis logam

a)

Air

b)

Buih

c)

Serbuk kering

d)

Karbon dioksida

6.

Antara yang berikut , yang manakah tidak sesuai menggunakan alat kebakaran jenis ini

a)

Pepejal mudah terbakar seperti kertas dan kayu

b)

Api memasak melibatkan minyak dan gris

c)

Cecair mudah terbakar seperti petroleum

d)

Api melibatkan peralatan elektrik

7.

Antara peralatan berikut yang manakah digunakan untuk melindungi mata semasa menjalankan eksperimen

a)

cermin mata

b)

gogal

c)

kacamata hitam

d)

kanta lekap

8.

Antara yang berikut, peralatan manakah sesuai digunakan jika murid terkena bahan kimia pada kulit atau mata

a)

Pembilas mata

b)

Gogal

c)

Kebuk wasap

d)

Baju makmal

9.

Pernyataan di bawah merujuk kepada bahan sisa buangan X

Cara pelupusan

. Dibungkus dan dimasukkan ke dalam bag plastik biobahaya

. Perlu dinyahkontaminasi secara autoklaf


Apakah bahan X

a)

Bahan buangan organ

b)

Bahan buangan pepejal

c)

Bahan buangan biologi

d)

Bahan buangan cecair

10.

Berikut adalah satu pernyataan

Bahan buangan kimia merupakan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki

Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan di atas

a)

Bahan buangan kimia akan menyebabkan pencemaran air

b)

Bahan buang kimia akan meletup

c)

Bahan buang kimia akan menyerap dalam tanah

d)

Bahan buang kimia akan bertindakbalas dengan bahan-bahan lain

11.

Apakah tindakan awal yang perlu diambil apabila berlaku kemalangan semasa menjalankan uji kaji

a)

Kendalikan bahan tumpahan kimia menggunakan tangan

b)

Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

c)

Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan

d)

Segera memberitahu guru atau pembantu makmal jika berlaku sebarang kemalangan

12.

Semasa menjalankan eksperimen di dalam makmal, murid perlu memakai baju makmal. Apakah fungsi baju makmal?

a)

Melindungi badan dan pakaian daripada tumpahan bahan kimia.

b)

Mengelak badan dan pakaian bergesel dengan peralatan makmal yang tajam.

c)

Menghalang anggota badan terkena wap bahan kimia.

d)

Mengelak bahan kimia memasuki saluran pernafasan.

13.

Antara berikut, yang manakah perlu dipakai semasa berada di dalam makmal?

a)

Gogal

b)

Sarung tangan getah

c)

Apron tahan haba

d)

Kasut bertutup

14.

Ammonia merupakan bahan kimia mudah meruap yang menghasilkan gas berbau sengit. Pada pendapat anda, peraltan perlindungan diri yang manakah perlu digunakan apabila mengendalikan ammonia di dalam makmal?

a)

Kabinet aliran laminar

b)

Kebuk wasap

c)

Pembilas mata

d)

Penyiram kecemasan

15.

Berikut ialah beberapa bahan kimia yang terdapat di dalam makmal.


- asid hidrolik cair

- larutan alkali berkepekatan rendah

- larutan gula


Bagaimanakah sisa bahan-bahan di atas dibuang?

a)

Buang ke dalam sinki

b)

Guna SOP pengurusan bahan sisa biologi

c)

Simpan di dalam bekas bertutup

d)

Dicairkan dan dicampur dengan natrium sulfat

16.

Bahan organik manakah yang boleh dibuang ke dalam sinki?

a)

Sebatian pelarut organik

b)

Jarum suntikan

c)

Logam alkali Kumpulan 1

d)

Asid dengan pH = 6.5

17.

Mengapakah alkali dengan pH > 9 dan asid dengan pH < 2 tidak boleh dibuang ke dalam singki?

a)

Mengakis saluran singki

b)

Beradioaktif

c)

Bertoksik

d)

Mudah meruap

18.

Bagaimanakah sisa pepejal yang telah tercemar dengan bahan biobahaya dilupuskan?

a)

Dibuang ke dalam singki

b)

Dibuang ke dalam tong merah biobahaya

c)

Ditanam di dalam tanah

d)

Direbus di dalam air mendidih

19.

Antara berikut, yang manakah bukan bahan raioaktif?

a)

Uranium - 235

b)

Iodin - 131

c)

Fosforus - 32

d)

Oksigen - 16

20.

Antara berikut, yang manakah merupakan sisa biologi?

a)

Jarum suntikan

b)

Sarung tangan pembedahan

c)

Bekas menyimpan darah

d)

Pembungkusan sisa pembedahan

21.

Bagaimanakah termometer merkuri boleh membahayakan pengguna?

a)

Pengguna yang terdedah kepada merkuri daripad termometer yang pecah boleh mendapat keracunan merkuri.

b)

Bebuli merkuri pada termometer boleh menyebabkan tangan melecur apabila disentuh.

c)

Merkuri dalam bebuli termometer mempunyai takat didih yang rendah dan mudah meletup.

d)

Merkuri yang terdedah kepada udara daripada termometer yang pecah boleh menyebabkan letupan.

22.

Apakah faktor yang mempengaruhi keputusan suatu eksperimen?

a)

Hipotesis

b)

Inferens

c)

Pemboleh ubah

d)

Kesimpulan

23.

Suatu eksperimen dijalankan untuk membuktikan bahawa semakin besar luas keratan rentas dawai, semakin rendah rintangannya. Apakah pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini?

a)

Rintangan dawai

b)

Panjang dawai

c)

Diameter dawai

d)

Suhu

24.

Tayar getah tidak harus dibakar secara terbuka kerana akan menghasilkan bahan pencemar dan gas toksik ke udara. Sikap saintifik atau nilai murni yang manakah diamalkan?

a)

Berhemah tinggi dan hormat-menghormati

b)

Yakin dan berdikari

c)

Menghargai keselamatan diri, orang lain dan persekitaran

d)

Menghargai sumbangan sains

25.

Kita seharusnya mengasingkan bahan yang dapat dikitar semula semasa membuang sampah. Sikap saintifik yang manakah telah diamalkan?

a)

Bertanggungjawab dengan tidak membazirkan sumber semula jadi

b)

Berjimat-cermat dan berhati-hati

c)

Bersifat ingin tahu tentang alam sekitar

d)

Adil dan saksama

26.

Antara yang berikut, sikap yang manakah wajar dalam sains?

a)

Bersikap konservatif

b)

Bersikap agresif

c)

Sistematik semasa mengumpul data

d)

Menjadi seorang yang sering menimbulkan masalah

27.

Asid pekat yang telah digunakan dalam satu eksperimen tidak dituang ke dalam sinki. Sikap saintifik yang manakah telah diamalkan?

a)

Bersyukur terhadap Tuhan

b)

Menjaga alam sekitar daripada tercemar

c)

Berjimat-cermat dengan menggunakan semula asid

d)

Menghargai sumbangan sains

28.

Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk membina selimut kebakaran

a)

Dua lapisan gentian kaca

b)

Beberapa lapisan bulu biri-biri

c)

Kain kapas yang disulam tebal

d)

Plastik tebal yang diperbuat daripada polimer

29.

Antara berikut yang manakah cara melupuskan picagari?

a)

Dilupuskan secara terus ke dalam sistem kumbahan melalui sinki makmal.

b)

Dibungkus dengan cermat dan disimpan sementara di dalam peti sejuk beku sebelum dilupuskan.

c)

Dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya dan diautoklaf

d)

Disimpan sementara di tempat yang selamat sebelum dibuang

30.

Susun kaedah penggunaan alat pemadam kebakaran dengan betul


I Ratakan semburan ke seluruh sumber api dengan menggerakkan muncungnya dari sisi ke sisi.

II Halakan muncung alat pemadam kebakaran ke pangkal api.

III Tekan pemicit atas alat pemadam kebakaran.

IV Tanggalkan pin keselamatan daripada alat pemadam kebakaran.

a)

II, IV, I, III

b)

IV, III, I, II

c)

II, IV, III, I

d)

IV, II, III, I

31.

Pilih 3 bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki

a)

Air suling

b)

Bahan reaktif

c)

Sebatian pelarut organik

d)

Sisa pepejal

e)

Asid cair

32.

Salah satu prosedur standard operasi (SOP) bagi bahan sisa biologi kategori A seperti bilah skalpel ialah

a)

masukkan ke dalam bekas khas (bekas sisa tajam)

b)

balut dalam bahan penyerap

c)

dinyahkontaminasi secara autoklaf

d)

disejukbeku sebelum dilupuskan

33.

Pilih pernyataan yang SALAH bagi contoh kategori bahan sisa berikut

a)

Kategori A - jarum

b)

Kategori B - Medium kultur

c)

Kategori C - Darah

d)

Kategori D - Serum

34.

Bagi sisa kategori C iaitu bangkai dan organ, SOP yang perlu dijalankan adalah seperti berikut KECUALI

a)

Balut dalam kertas tisu

b)

bungkus rapi dalam beg plastik biobahaya

c)

disimpan sementara dalam penyejuk beku

d)

dinyahkontaminasi secara autoklaf

35.

Cecair kategori D seperti darah dan serum perlu

a)

dibungkus dalam beg plastik bio bahaya

b)

dibalut dalam bahan penyerap

c)

dinyahkontaminasi secara autoklaf

d)

disejukbekukan sebelum dilupuskan

36.

Apabila berlaku tumpahan merkuri, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan KECUALI

a)

tabur serbuk sulfur untuk menutup kumbahan

b)

menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat

c)

Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

d)

segera menyapu tumpahan tersebut dengan penyapu

37.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan peralatan perlindungan diri untuk badan?

a)
b)
c)
d)
38.

Mata Ahmad terkena sedikit percikan bahan kimia. Apakah tindakan segera yang harus dilakukan oleh Ahmad?

a)

Matanya segera dibasahkan dengan tisu.

b)

Matanya dilap dengan kapas.

c)

Matanya dilapik dengan pembalut.

d)

Matanya segera dibersihkan dengan pembilas mata.

39.

Apakah fungsi peralatan ini?

a)

Digunakan untuk mengelakan kontamininasi semasa aktiviti berkaitan dengan mikrobiologi dijalankan.

b)

Digunakan ketika mengendalikan bahan kimia berbahaya yang meruap bagi menggelakkan kebocoran gas berbahaya dalam makmal.

c)

Digunakan untuk membersihkan dan membilas bahagian badan atau pakaian yang terkena bahan kimia dengan segera.

d)

Digunakan untuk menyimpan bahan kimia yang mudah terbakar agar tidak terdedah kepada punca api.

40.

Bekas ini sesuai digunakan untuk bahan sisa biologi...

a)

kategori A

b)

kategori B

c)

kategori C

d)

kategori D

41.

Bahan sisa yang manakah merupakan bahan sisa biologi kategori C?

a)
b)
c)
d)