NEW
Font size
Worksheetsbahasa melayu upsr
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
______________ kencang Azri dalam perlawanan bola sepak itu gagal ditepis oleh penjaga gol.
Tendangan
Pukulan
Rejaman
Tamparan
Sebagai penjaga gol, Kamil cuba ________ bola itu, tetapi gagal
merampas
mengelak
menepis
merembat
Haziq tidak dapat memberikan _______________ pada pengajaran guru kerana dia berkhayal.
tumpu
tumpuan
bertumpu
ditumpu
Perasaannya menjadi ________________apabila impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti gagal.
huru-hara
hiruk-pikuk
hoyong-hayang
gundah-gulana
Afiqah berkongsi ________________dengan keluarganya apabila dia berjaya menjuarai pertandingan bercerita bahasa Melayu.
kehebatan
kealpaan
kegembiraan
kedurjanaan
Dia _______ kesakitan kerana terjatuh semasa bermain di padang sekolah.
aduhai
mengaduh
beraduh
aduhlah
Haidah membantu ________________ seorang wanita buta melintas jalan.
menonton
menuntun
menolak
menarik
______, rajinnya Lim membantu ayahnya mencuci kereta!
Aduhai
Cis
Hai
Amboi
______, rajinnya Lim membantu ayahnya mencuci kereta!
Aduhai
Cis
Hai
Amboi
Mereka membasuh kereta ________________ berbual-bual.
lalu
sambil
sementara
kalau
“Andainya kalian malas belajar, ______________ kalian akan menyesal nanti,” kata Tok Senik kepada cucu-cucunya.
dan
nescaya
lalu
umpama
Dia bergelar_____________ sejak memenangi hadiah wang tunai RM1 juta, ________ dia tidak kedekut.
jutawan ....... namun
hartawan ....... lalu
dermawan ...... jika
ilmuan ...... tetapi
Jurujual kedai komputer itu memberikan penerangan _________________cara-cara memasang meja komputer itu kepada Puan Hamidah.
bahawa
tentang
sedang
untuk
Sultan Nazrin sangat disenangi oleh sekalian rakyat jelata, _________ juga seorang raja yang adil.
tuanku
patik
beta
baginda
Sudah 20 tahun Tuan Salleh menetap di Kuching, Sarawak. Kini, beliau ingin ___________ ke kampung kelahirannya pula.
masuk angin
beralih angin
ambil angin
ada angin
Salmah ____________________ apabila rakan-rakannya menyindir adiknya.
berkecil hati
ada hati
besar hati
baik hati
Pemuda yang _______________ itu telah ditahan oleh pengawal keselamatan pasar raya.
lipas kudung
buang tebiat
panjang tangan
buruk siku
Sejak __________ datuk kamu dimasukkan ke wad kecemasan itu?
mengapakah
bilakah
siapakan
apakah
Azmir berasa sangat gembira kerana anak kesayangannya diterima ke _________ sekolah berasrama penuh.
sederet
sebuah
sekumpulan
sebangunan
___________ ke Korea, ke Singapura pun di belum pernah pergi.
Bukan
Asalkan
Jangankan
Benarkan
Puan Zaiton Sadam Guru Besar di SK Seri Cemara. ________ mula bertugas di sekolah itu sejak tiga tahun yang lalu.
Dia
Beliau
Kalian
Mereka
“________ mahu semua rakyat jelata hidup aman damai dan berkerja sama,” titah sultan.
Patik
Hamba
Beta
Tuanku
“________ mahu semua rakyat jelata hidup aman damai dan berkerja sama,” titah sultan.
Patik
Hamba
Beta
Tuanku
Madihah kelelahan kerana terpaksa melalui perjalanan yang ________ untuk sampai ke desa datuknya.
dekat
hampir
jauh
nyaris
Kami sangat ________ sekali apabila adik berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR pada tahun ini.
bertenang
teruja
tersipu
terharu
Abang Ishak sedang membakar sate yang ________ oleh pelanggannya.
menempah
tempahan
bertempah
ditempah
Masalah jerebu semakin buruk ___________ pembakaran hutan yang tidak terkawal di negara Indonesia.
ekoran
berhadapan
belakangan
laluan
Kartikeyen berlari dengan ________ untuk memenangi acara lari pecut 4 X 100 meter itu.
tabah
tenang
ligat
pantas
Beberapa orang muridlelaki sedang bermain bola sepak di ________ padang.
tengah
bawah
hujung
penjuru
Majlis kesyukuran itu diadakan untuk meraikan penghijrahan abangnya ________ London.
dari
ke
daripada
kepada
Murid-murid Enam Seroja ketawa ________ apabila Cikgu Samprizal menceritakan kisah lucu kepada mereka.
terkekeh-kekeh
mengilai-ngilai
mendayu-dayu
tersedu-sedan
Suasana di pasar itu riuh-rendah dengan suara penjual dan pembeli sedang ____________ harga barangan.
tarik-menarik
tawar-menawar
beri-memberi
jual-menjual
Wanita itu menjerit dengan kuat apabila kerana ___________.
terpesona
tertarik
teruja
terperanjat
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah.
“Berhati-hati ketika memandu nanti,” kata Encik Hazim kepada Fitri.
Fitri menyuruh hazim memandu dengan berwaspada.
Hazim dan Fitri diingatkan supaya memandu dengan berhati-hati.
Fitri diingatkan oleh Encik Hazim supaya memandu secara berhemah.
Pilih ayat yang betul
Harkrish Sngh sering berjoging di Taman Muhibbah di waktu petang.
Murad tidak terangkat fail-fail yang tersimpan di dalam stor.
Mohan murid paling terpandai sekali di dalam kelasnya.
Roha mempunyai ladang ternakan kambing dan lembu yang diusahakan di atas se __________ tanah yang luas.
hamparan
bidang
baris
kampit
Anak pertama seerti dengan ________.
anak angkat
anak tunggal
anak menantu
anak sulung
Nakhoda mengarahkan awak-awak melabuhkan sauh di tepi pantai.
Perkataan berlawan bagi melabuhkan.
menarik
membongkar
membuang
mengikat
Ladang ternakan kambing itu dipasang dengan pagar yang dibina daripada beberapa __________ dawai kawat.
gulung
gelung
helai
utas
Apakah sikap yang perlu diamalkan sekiranya kita merantau ke tempat orang?
Bersendirian dalam rumah kerana tidak mengenali sesiapa.
Bersenam di taman rekreasi supaya sihat
Berinteraksi dengan orang lain.
Membaca buku di perpustakaan sepanjang masa.
