wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bab 2 kebangkitan nasionalisme

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah revolusi di England dikenali sebagai Revolusi Keagungan?

a)

Berlaku secara aman

b)

Disokong oleh semua rakyat

c)

Berlaku dalam tempoh singkat

d)

Memberi inspirasi kepada negara lain

2.

Tokoh X

-merupakan tokoh falsafah Amerika

-Menulis Perisytiharan Kemerdekaan Amerika pada Julai 1776.

Merujuk kepada maklumat berikut siapakah tokoh X ?

a)

John Locke

b)

Thomas Jefferson

c)

George Washington

d)

Jean Jacques Rousseaw

3.

Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di England. Apakah kuasa parlimen melalui perundangan tersebut?

a)

mengutip cukai

b)

melantik penasihat

c)

mengawal kerajaan

d)

menolak penjajahan

4.

Tahun Revolusi

1688 -Revolusi Keagungan

1789 -Revolusi Perancis

Apakah kesan revolusi tersebut kepada eropah?

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Ideologi komunis terhalang

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuh

d)

Kerajaan berperlembagaan ditegakkan

5.

Semangat Bushido

Makumat berikut berkaitan dengan semangat yang diperkenalkan semasa era pemulihan Meiji di Jepun. Apakah kesan pengenalan semangat tersebut kepada Jepun?

a)

menjadi negara perindustrian

b)

mencapai kemajuan pendidikan

c)

menghalang gerakan anti barat

d)

mengatasi kelemahan pemerintahan

6.

Gerakan Islah berlaku di Empayar Turki Uthmaniyyah dan menyeru umat Islam berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar. Apakah panduan yang digunakan oleh Gerakan Islah?

I Budaya

II Sosial

III Al Quran

IV Hadis

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan adalah disebabkan oleh pengaruh idea dari Pemerintah Empayar Turki Uthmaniyyah. Apakah idea yang dimaksudkan?

a)

Liga Muslim

b)

Gearakan Islah

c)

Parti Muhammadiyah

d)

Gerakan Pan-islamisme

8.

Gerakan Propaganda oleh Jose Rizal di Filipina bersifat sederhana. Apakah yang dituntut oleh Jose Rizal melalui gerakan ini?

I Kemerdekaan Filipina

II Kemajuan sistem pendidikan

III Filipina dijadikan wilayah Sepanyol

IV Hak yang sama dengan bangsa Sepanyol

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Isu Kasut ialah perbuatan orang British yang memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha. Apakah Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan isu tersebut?

a)

Nasionalisme tidak berjaya di Burma

b)

Agama Buddha pencetus nasionalisme

c)

Burma adalah negara yang tidak bersih

d)

Pemimpin Burma terdiri dari golongan sami

10.

Pongyi dan Thakin merupakan golongan yang terlibat dalam nasionalisme di Burma. Thakin bermaksud golongan siswazah universiti. Apakah maksud bagi golongan Pongyi?

a)

Raja

b)

Tuan

c)

Rakyat

d)

Sami Buddha

11.

Karya Habis Gelap Terbitlah Terang telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dengan judul Letters of a Javanese Prinsess. Siapakah penulis karya tersebut?

a)

Pak Sako

b)

Seokarno

c)

A Samad Said

d)

Raden Adjeng Kartini

12.

Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan Revolusi di Thailand. Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

Dasar tutup pintu dikuatkuasakan

b)

Sistem raja berkuasa mutlak tamat

c)

Pemerintahan republik dilaksanakan

d)

Kuasa pembesar tempatan diperkukuh

13.

Mengapakah penulisan kreatif berjaya mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

Memperkenalkan semangat Jihad

b)

Mendorong gerakan radikal

c)

mencetuskan idea revolusi

d)

menyindir sikap penjajah

14.

Apakah idea perjuangan Mahatma Gandhi di India yang menjadi inspirasi kepada pergerakan nasionalisme di Tanah Melayu?

a)

menentang penjajah tanpa kekerasan

b)

menolak usaha untuk bekerjasama

c)

membuat pakatan dengan kuasa luar

d)

mengisytiharkan kemerdekaan sendiri

15.

Maklumat di bawah merupakan karya John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris.


"Two Treatises of Government"


Apakah prinsip pemerintahan yang ditekankan dalam karya tersebut?

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Raja Berperlembagaan

c)

Sistem Demokrasi Berparlimen

d)

Sistem Republik Berperlembagaan

16.
  • Sayyid Jamal Al-Din Al-Afghani
  • Syeikh Muhammad Abdul


Berikut merupakan nama dua orang tokoh yang mempelopori Gerakan Islam di Mesir.

Apakah saranan gerakan tersebut?

a)

Mengubah budaya tempatan

b)

Memperjuangkan kebajikan sosial

c)

Menggiatkan rasa cinta kepada agama

d)

Berpegang kepada ajaran Islam sebenar

17.

Antara berikut, pertubuhan yang manakah ditubuhkan semasa gerakan nasionalisme berlaku di Filipina?

I. Katipunan

II. Liga Filipina

III. Sarekat Islam

IV. Parti Komunis Filipina

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Apakah isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Belia Buddha di Burma?

a)

Isu kasut

b)

Isu bangsa Burma

c)

Isu pemisahan Burma dan India

d)

Isu pengenalan pelbagai jenis cukai

19.

Tokoh di bawah mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita di Indonesia.


"Raden Adjeng Kartini"


Apakah karya beliau yang telah diterbitkan di Eropah?

a)

Sumpah Pemuda

b)

Kerikil-kerikil Tajam

c)

Putera Gunung Tahan

d)

Hilang Gelap Terbitlah Fajar

20.

Institusi beraja menjadi sasaran utama ketika tercetusnya Revolusi Perancis 1789. Siapakah raja tersebut?

a)

Mary II

b)

Raja James II

c)

Raja Louis XVI

d)

Raja William Of Orange