wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Speed Dating With Book 2021

Total questions: 50

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.

Pada bulan Mei 1948, telah diadakan satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Berapa ramaikah karyawan yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut?

a)

273 karyawan.

b)

373 karyawan.

c)

337 karyawan.

d)

437 karyawan.

2.

Lagu ‘Negaraku’ berasal daripada lagu kebesaran Negeri Perak yang juga merupakan sebuah lagu popular suatu ketika dahulu. Apakah nama lagu tersebut?

a)

Dirgahayu Tanah Airku.

b)

Sinar Bulan.

c)

Terang Bulan.

d)

Cahaya Bulan.

3.

Bilakah Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan Jalur Gemilang?

a)

31 Ogos 1997.

b)

31 Ogos 1999.

c)

31 Ogos 1998.

d)

31 Ogos 2000.

4.

Logo di atas adalah logo kemerdekaan bagi tahun?

a)

2017.

b)

2018.

c)

2019.

d)

2020.

5.

Moto negara Malaysia?

a)

Bersekutu Bertambah Mutu.

b)

Bersekutu Bertambah Jasa.

c)

Bersekutu Bertambah Ilmu.

d)

Bersekutu Bertambah Jaya.

6.

Berapa kalikah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan “Merdeka” pada 31 Ogos 1957 dan di manakah laungan tersebut dilakukan?

a)

7 kali di Padang Kelab Selangor.

b)

3 kali di Stadium Merdeka.

c)

7 kali di Stadium Merdeka.

d)

8 kali di Stadium Merdeka.

7.

Bilakah Rukun Negara dibentuk?

a)

31 Ogos 1969.

b)

31 Ogos 1971.

c)

31 Ogos 1972.

d)

31 Ogos 1970.

8.

Bilakah tarikh sebenar Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan buat pertama kalinya?

a)

26 Mei 1950.

b)

31 Ogos 1957.

c)

27 Mei 1948.

d)

15 November 1949.

9.

Malaysia pernah mengalami peristiwa rusuhan kaum secara besar-besaran yang mengakibatkan pertumpahan darah dan kacau bilau yang dahsyat. Bilakah peristiwa tersebut berlaku?

a)

13 Mei 1967.

b)

13 Mei 1968.

c)

13 Mei 1969.

d)

13 Mei 1970.

10.

Setelah meraih kemerdekaan pada bulan Ogos 1957, Malaysia secara rasminya telah tergolong dalam senarai Negara Komanwel. Apakah yang dimaksudkan dengan Negara Komanwel?

a)

Negara Merdeka yang pernah berada di bawah jajahan British.

b)

Negara Merdeka yang termasuk di kalangan negara-negara Britain.

c)

Negara Merdeka yang mengikuti Sukan Olimpik.

d)

Negara Merdeka yang pernah berada di bawah jajahan Amerika.

11.

Bilakah Pilihanraya Persekutuan pertama diadakan?

a)

25 Oktober 1957

b)

1 September 1958

c)

27 Julai 1955.

d)

12 Julai 1989

12.

Bilakah tempoh masa Tanah Melayu diisytiharkan di bawah Undang-undang Darurat?

a)

1948-1960.

b)

1969-1981.

c)

1942-1948.

d)

1959-1960.

13.

Jata Negara Malaysia merupakan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang telah diperkenan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Lima bilah keris yang terdapat pada Jata Negara melambangkan?

a)

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

b)

Keberanian Rakyat Persekutuan Tanah Melayu.

c)

Rukun Negara.

d)

Perlembagaan.

14.

Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan yang bertujuan seperti berikut, KECUALI:

a)

Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.

b)

Mengumpulkan sambutan orang ramai terhadap Malaysia.

c)

Mengumpulkan pandangan negara Indonesia dan Filipina.

d)

Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

15.

Bilakah tarikh Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong?

a)

10 Januari 2021

b)

11 Januari 2021

c)

12 Januari 2021

d)

14 Januari 2021

16.

Berikut merupakan kenyataan mengenai Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, KECUALI:

a)

Parlimen dan DUN tidak akan bersidang hingga satu tempoh yang ditetapkan.

b)

Jawatankuasa Khas Bebas dilantik untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam Keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam berikutan penyakit Koronavirus 2019 (COVID19).

c)

Kuasa tambahan kepada Pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia, mempunyai bidang kuasa menahan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

d)

Ordinan ini dibuat menurut Fasal (2C) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

17.

Berikut merupakan perkara-perkara bagi Seksyen 5 dan Seksyen 6 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, KECUALI:

a)

Pampasan bagi pengambil milikan tanah, bangunan atau harta alih dan permintaan sumber hendaklah ditaksirkan oleh orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong.

b)

Pampasan yang ditaksirkan itu adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

c)

Mana-mana orang tidak boleh dilantik sesuka hati oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan arahan rawatan, imunisasi, pengasingan, pemerhatian atau pengawasan.

d)

Arahan itu disifatkan sebagai arahan orang yang diberi kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

18.

Berikut merupakan perkara-perkara bagi Seksyen 14, Seksyen 15 dan Seksyen 16 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, KECUALI:

a)

Seksyen 14 memperuntukan Parlimen tidak akan bersidang sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

b)

Seksyen 16 memperuntukan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Ordinan ini.

c)

Mana-mana mesyuarat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang telah dipanggil sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Ordinan ini tetapi belum diadakan adalah dibatalkan.

d)

Seksyen 15 memperuntukan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang sehingga suatu masa yang ditetapkan

19.

Bilakah tarikh Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan?

a)

18

b)

19

c)

20

d)

21

20.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan lapangan terbang terbesar dan tersibuk di Malaysia. Lapangan terbang ini berkonsepkan?

a)

“Membawa dunia ke Malaysia dan Malaysia ke dunia”

b)

“Lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang”

c)

“Lapangan terbang di tengah bandar dan di tengah bandar lapangan terbang”

d)

“Malaysia tanpa sempadan”

21.

Pilih padanan yang SALAH bagi Residen Jeneral pertama British dan negeri?

a)

J.W.W. Birch – Perak

b)

Frank Swettenham – Selangor

c)

John Pickersgill Rodger – Pahang

d)

Martin Lister – Negeri Sembilan

22.

Berikut adalah kumpulan etnik di Sarawak, KECUALI?

a)

Iban

b)

Dayak

c)

Bajau

d)

Melanau

23.

Apakah fokus utama yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa

Teknikal Pengurusan Darurat, yang telah dipersetujui oleh Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara adalah seperti berikut, KECUALI:

a)

Mobilisasi sumber Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri

b)

Penjajaran sementara kakitangan awam ke tempat yang memerlukan perkhidmatan tambahan terutama bagi perkhidmatan sokongan kesihatan dan Keselamatan

c)

Penggunaan aset Kerajaan yang kurang optimum seperti kenderaan Jabatan boleh dikongsi untuk menyokong kelancaran operasi perkhidmatan kritikal agar lebih bersepadu dan terselaras

d)

Jabatan Tenaga Buruh akan bertanggungjawab menyelaras perkara ini bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian/Jabatan/Agensi lain yang terlibat.

24.

Apakah kegunaan Sistem MyGallery@MITI kepada pengguna?

a)

Menyimpan sejarah Malaysia.

b)

Sistem perpustakaan.

c)

Menyimpan bahan-bahan Perundangan.

d)

Mendapatkan koleksi foto.

25.

Pada tahun bilakah nama Pusat Sumber MITI ditukar kepada Bahagian Pengurusan Ilmu dan Maklumat Digital?

a)

2013

b)

2014

c)

2015

d)

2016

26.

Perkhidmatan ini menyediakan rujukan artikel terpilih daripada majalah untuk kegunaan pengguna? Apakah nama perkhidmatan ini?

a)

Web OPAC.

b)

Digital Library.

c)

Web Infoline.

d)

My Gallery@MITI.

27.

Apakah program yang dijalankan oleh Perpustakaan MITI yang melibatkan kerjasama di antara Agensi di bawah MITI dan institusi kejiranan?

a)

Speed Dating With Books.

b)

Program Bijak Eja Inovasi.

c)

Spy Camp Innovation in the Library.

d)

Program Ulasan Buku (Book Review).

28.

Pangkalan data LAWNET boleh diakses melalui www.lawnet.com.my untuk pencarian bahan seperti berikut:

a)

AKTA.

b)

P.U.(A)/P.U.(B).

c)

Pekeliling Perkhidmatan.

d)

Semua di atas.

29.

Laman sesawang u-Pustaka boleh dilayari di https://www.u-library.gov.my untuk mendapatkan maklumat mengenai?

a)

Mendaftar keahlian u-Pustaka.

b)

Membaca bahan bacaan digital.

c)

Membuat peminjaman, pemulangan dan tempahan buku fizikal secara pos.

d)

Semua di atas.

30.

Penerbitan buku memerlukan nombor berikut:

a)

International Standard Book Number (ISBN).

b)

International Standard Serial Number (ISSN).

c)

International Standard Book Class.

d)

Pengkatalogan dalam Penerbitan (PDP).

31.

Apakah pangkalan data yang menyimpan koleksi dokumen, artikel, kertas pembentangan dan keratan akhbar dalam Sistem Perpustakaan Digital MITI?

a)

WebInfoline.

b)

Pengurusan Maklumat (KM@MITI).

c)

MyGallery@MITI.

d)

Lawnet.com.

32.

Namakan aktiviti yang dijalankan oleh Perpustakaan MITI pada 23 April setiap tahun sempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia?

a)

Review

b)

Door to Door

c)

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

d)

Program ‘Spy Camp Innovation In The Library 2.0’

33.

Senarai berikut merupakan koleksi yang terdapat Perpustakaan MITI KECUALI:

a)

Microfilm

b)

Buku

c)

Fotograf

d)

Laporan tahunan

34.

Apakah nama pangkalan data atas talian yang menyediakan maklumat berkaitan Country Report sesebuah negara yang terdapat di Perpustakaan MITI?

a)

Lawnet.

b)

EIU.

c)

u-Pustaka.

d)

EBSCHO.

35.

Berapakan kadar denda yang dikenakan untuk bahan Pinjaman Berkelompok di bawah Perpustakaan Negara Malaysia?

a)

10 sen.

b)

20 sen.

c)

30 sen.

d)

50 sen.

36.

Berikut merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan MITI KECUALI:

a)

Perkhidmatan rujukan.

b)

Journal Content Page (JCP).

c)

Perkhidmatan cetakan gambar.

d)

Pinjaman antara perpustakaan.

37.

Antara berikut yang manakah kaedah yang dilakukan oleh pustakawan dalam mengadaptasi teknologi dalam perpustakaan?

a)

Menyediakan bahan bacaan secara digital.

b)

Menyediakan kiosk untuk peminjaman dan pemulangan buku secara layan diri.

c)

Menyediakan katalog dalam talian (web OPAC) untuk pencarian bahan dan buku dalam perpustakaan.

d)

Semua di atas.

38.

Apakah kejohanan bola sepak dunia di peringkat Eropah yang dijalankan bermula 11 Jun 2021 sehingga 11 Julai 2021?

a)

Kejohanan Eropah UEFA 2020.

b)

Kejohanan Bola Sepak Dunia Eropah 2020.

c)

Kejohanan Eropah Dunia 2020

d)

Kejohanan Bola Sepak 2020.

39.

Apakah tiga (3) vaksin COVID-19 yang utama diperolehi oleh rakyat Malaysia?

a)

Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.

b)

Pfizer, SARS-CoV-2 dan Sinovac.

c)

Astrazeneca, CanSino dan Sputnik V.

d)

Sinovac, Moderna dan SARS-CoV-2.

40.

Dasar Pandang ke Timur merupakan dasar ekonomi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada?

a)

8 Februari 1982.

b)

8 Februari 1980.

c)

8 Februari 1985.

d)

8 Februari 1976.

41.

Bandar dan negara manakah yang telah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik moden yang pertama pada tahun 1896?

a)

Athens, Greece.

b)

Rome, Itali.

c)

Moscow, Rusia.

d)

Rio De Janeiro, Brazil.

42.

Berikut adalah Tapak Warisan Dunia yang terletak di Greece yang telah diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 1987. Apakah nama Tapak Warisan Dunia tersebut?

a)

Acropolis Athens.

b)

Tapak Arkeologi Philippi.

c)

Tapak Arkeologi Olympia.

d)

Kuil Apollo Epicurius.

43.

Siapakah pemilik Berkshire Hatthaway?

a)

Mark Zuckerberg.

b)

Warren Buffet.

c)

John Hatthaway.

d)

Elon Musk.

44.

Siapakah Ketua Pengarah World Health Organization (WHO)?

a)

Dr Anthony Fauci.

b)

Dr Patrick Soon Shiong.

c)

Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

d)

Sir William Osler.

45.

Pada tahun bilakah Kod QR (Quick Response) dikeluarkan?

a)

2012

b)

2020

c)

1994

d)

1993

46.

Negara manakah yang mempunyai mata wang tertinggi di dunia?

a)

England.

b)

Kuwait.

c)

Amerika Syarikat.

d)

Bahrain.

47.

Bilakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama diisytiharkan?

a)

27 Februari 2020.

b)

18 Mac 2020.

c)

23 Januari 2021.

d)

23 Januari 2020.

48.

Vaksin pertama tiba di Malaysia pada?

a)

31 Januari 2021.

b)

7 Februari 2021.

c)

14 Februari 2021.

d)

21 Februari 2021.

49.

Selain Kedah dan Pulau Pinang, di manakah lagi kilang pemprosesan tebu untuk pembuatan gula?

a)

Selangor dan Negeri Sembilan.

b)

Perlis dan Selangor.

c)

Perlis dan Sabah.

d)

Sarawak dan Johor.

50.

Negara manakah yang mempunyai pulau terbanyak di dunia?

a)

Indonesia.

b)

China.

c)

Sweden.

d)

Amerika Syarikat.