wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN PRA PERCUBAAN SPM - GEOGRAFI

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kegiatan ekonomi utama dalam Foto 1 di bawah?

a)

Pertanian

b)

Perhutanan

c)

Pelancongan

d)

Perlombongan

2.

Jadual di bawah menunjukkan suhu bulanan dari bulan Januari hingga Jun di Stesen Y.


Berapakah julat suhu bagi bulan Januari hingga Jun di Stesen Y?

a)

3⁰C

b)

4⁰C

c)

5⁰C

d)

6⁰C

3.

• Menyediakan sistem amaran

• Pemantauan satelit


Maklumat di atas berkaitan dengan langkah menghadapi fenomena cuaca

a)

Taufan

b)

Kemarau

c)

Hujan asid

d)

Pulau haba

4.

Hujan asid bermaksud

a)

Hujan yang mengandungi kandungan asid lemah dengan nilai pH kurang daripada 5.6

b)

Hujan yang mengandungi kandungan asid kuat dengan nilai pH kurang daripada 3.6

c)

Hujan yang mengandungi kandungan alkali lemah dengan nilai pH lebih daripada 8.6

d)

Hujan yang mengandungi kandungan alkali kuat dengan nilai pH lebih daripada 12.6

5.

Berikut merupakan punca berlakunya hujan asid

a)

Perikanan

b)

Pembinaan

c)

Pelancongan

d)

Pembakaran bahan api fosil

6.

Pulau haba merujuk kepada fenomena cuaca yang berlaku di kawasan.............................

a)

Luar bandar

b)

Bandar

c)

Kampung

d)

Luar negara

7.

Pulau haba terjadi kerana berlaku

a)

Ribut

b)

Banjir Kilat

c)

Hujan lebat

d)

Peningkatan suhu di bandar berbanding kawasan sekitar

8.

Apakah maksud singkatan IPU?

a)

Indeks Purata Udara

b)

Indeks Pencemaran Utara

c)

Indeks Pencemaran Udang

d)

Indeks Pencemaran Udara

9.

• Kayu keras • Dirian tulen


Maklumat di atas adalah ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di sesuatu kawasan hutan.


Apakah kawasan hutan tersebut?

a)

Hutan Konifer

b)

Hutan Hujan Tropika

c)

Hutan Monsun Tropika

d)

Hutan Mediterranean

10.

Mengapakah hutan di kawasan Monsun Tropika menggugurkan daun pada bulan Mac hingga Mei?

a)

Tekanan udara tinggi

b)

Proses fotosintesis aktif

c)

Kadar kelembapan tinggi

d)

Mengurangkan kehilangan air

11.

Mengapakah tumbuh-tumbuhan lantai Hutan Monsun Tropika lebih padat daripada Hutan Hujan Tropika?

a)

Spesies hidupan liar kurang

b)

Bekalan karbon dioksida banyak

c)

Hujan sampai terus ke permukaan bumi

d)

Tumbuhan bahagian lantai hutan menerima pancaran matahari

12.

Maklumat berikut adalah jenis tumbuhan semula jadi.


( Hutan Hujan Tropika & Hutan Konifer )


Apakah persamaan ciri tumbuhan semula jadi tersebut?

a)

Malar hijau

b)

Berakar banir

c)

Berdaun lebar

d)

Gugur daun musim kering

13.

Mengapakah sumber hutan penting terhadap ekosistem?

a)

Sumber pendapatan

b)

Kawasan pelancongan

c)

Habitat hidupan liar

d)

Membekalkan balak

14.

Antara berikut yang manakah benar tentang kepentingan pengurai dalam sesuatu ekosistem?

a)

Menjadi makanan utama kepada karnivor

b)

Mereput bahan organik dan kembalikan nutrien

c)

Membekalkan sumber protein kepada haiwan

d)

Menyerap tenaga cahaya matahari

15.

Apakah hidupan liar yang dikaitkan dengan maklumat berikut?


  • Lokasi : Perairan Terengganu
  • Cara pemakanan : Omnivor
a)

Seladang

b)

Dugong

c)

Penyu

d)

Tapir

16.

Apakah hidupan liar yang boleh dilihat oleh pelancong di habitat semula jadi berikut?

  • Hutan Simpan Kabili-Sepilok di Sabah
a)

Enggang

b)

Orang Utan

c)

Gajah Pygmy

d)

Harimau malaya

17.

Apakah kesan daripada aktiviti berikut terhadap hidupan liar?

  • Aktiviti letupan bongkah batu di kawasan kuari
a)

Hidupan liar hidup tanpa gangguan

b)

Sumber makanan lebih mudah diperolehi

c)

Kadar pembiakan hidupan liar akan semakin meningkat

d)

Hidupan liar berpindah ke habitat baharu yang lebih selamat

18.

Berikut adalah kegiatan manusia yang boleh mengancam hidupan liar di Malaysia, kecuali

a)

pembalakan

b)

pembinaan empangan

c)

pertanian

d)

penyelidikan

19.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan terletak di...

a)

Sepilok, Sabah

b)

Kuala Gandah, Pahang

c)

Sungai Dusun, Selangor

20.

Bagaimanakah aktiviti penyahhutanan memberi kesan terhadap kepelbagaian biologi di dunia?

a)

Kejadian tanah runtuh

b)

Peningkatan suhu setempat

c)

Peningkatan kelembapan udara

d)

Kepupusan spesies hidupan liar

21.

Antara kombinasi berikut yang manakah tergolong daripada sumber tidak boleh baharu?


I Suria

II Biojisim

III Petroleum

IV Arang batu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Mengapakah usaha penggantian sumber tenaga berasaskan bahan api fosil kepada sumber tenaga boleh baharu semakin mendapat perhatian?

a)

Penemuan mineral baru

b)

Kos pengendalian murah

c)

Bekalan sumber berterusan

d)

Kemajuan industri petrokimia

23.

Pilih maksud sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui

a)

Sumber tenaga tidak boleh baharu merupakan tenaga yang tidak boleh ditambah, digantikan atau diperbaharu.

b)

Sumber tenaga boleh diganti, ditambah dan kegunaannya tampa had.

24.

Tenaga suria ditukarkan kepada tenaga elektrik dengan dua cara, iaitu menggunakan ____________ dan loji pengumpulan tenaga suria.

a)

Cermin Hitam

b)

Panel Suria

c)

Smart Phone

d)

Alatan Elektrik

25.

_____________________ banyak terdapat di permukaanMalaysia dan China kerana menerima jumlah hujan yang tinggi dan mempunyai banyak sungai beraliran deras.

a)

Stesen Takungan Air

b)

Stesen Wap Air

c)

Stesen Nuklear

d)

Stesen Janakuasa Hidro

26.

_______________ ialah gelombang permukaan air yang terhasil daripada tiupan angin di laut, sungai atau tasik.

a)

Ribut

b)

Arus

c)

Ombak

d)

Angin

27.

Apakah kesan penerokaan petroleum terhadap alam sekitar?

a)

Jerebu

b)

Pulau haba

c)

Hujan asid

d)

Pencemaran air

28.

Antara yang berikut, manakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjimatkan sumber petroleum?


I Berkongsi kereta

II Membina jalan raya bertingkat

III Menggunakan petrol berplumbum

IV Menggunakan pengangkutan awam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Bagaimanakah pembinaan empangan menyebabkan berlakunya gangguan terhadap ekosistem?

a)

Kepupusan hidupan

b)

Kekurangan sumber air

c)

Peningkatan suhu bumi

d)

Gegaran dan bunyi bising

30.

Kegiatan ekonomi tertier boleh dikaitkan dengan

a)

Aktiviti Pertanian

b)

Aktiviti Pembalakan

c)

Aktiviti Perindustrian

d)

Aktiviti Perkhidmatan

31.

Foto di atas menunjukkan aktiviti yang dijalankan dalam perkhidmatan kewangan. Apakah jenis kegiatan ekonomi yang melibatkan perkhidmatan kewangan

a)

Kegiatan Ekonomi Primer

b)

Kegiatan Ekonomi Tertier

c)

Kegiatan Ekonomi Sekunder

d)

Kegiatan Ekonomi Pengeluar

32.

Sila pilih yang manakah kegiatan ekonomi primer

a)
b)
c)
d)
33.

Faktor bukan fizikal yang mempengaruhi kegiatan

a)

tanah pamah

b)

hujan yang melebihi 2600mm setahun

c)

tanah yang subur

d)

teknologi

34.

Menjamin kualiti produk sebelum dipasarkan.

a)
b)
c)
d)
35.

Tarikan utama lokasi ini

a)

penduduknya ramah

b)

darjah ketersampaian tinggi

c)

batu karang unik

d)

kos chalet murah

36.

~ Tanah Tinggi Cameron, Pahang

~ Kundasang, Sabah

Mengapakah lokasi tersebut menjadi tumpuan ramai pengunjung?

a)

Kawasan Hutan Hujan Tropika

b)

Kawasan tadahan air

c)

Kawasan penjanaan kuasa hidroelektrik

d)

Kawasan suhu sederhana

37.

MALAYSIA >><< JEPUN


Apakah manfaat yang Malaysia peroleh daripada kerjasama di atas?


I Bahan mentah

II Teknologi

III Modal

IV Buruh

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

• Ditanam di kawasan beralun

• Banyak terdapat di Jengka, Pahang


Pernyataan di atas merujuk kepada sejenis tanaman. Apakah jenis tanaman tersebut?

a)

Buah-buahan sitrus

b)

Kelapa sawit

c)

Tembakau

d)

Padi

39.

Penipisan lapisan ozon disebabkan oleh...

a)

penggunaan baja kimia berlebihan.

b)

klorofluorokarbon (CFC) yang dibebaskan oleh bahan pendingin dalam peti sejuk.

c)

pembakaran bahan api fosil.

d)

penggunaan klorin dalam sistem rawatan air.

40.

Mengapakah projek pembinaan perlu menyediakan landskap hijau?

a)

Menyederhanakan suhu

b)

Mewujudkan kawasan tadahan air

c)

Mengurangkan masalah banjir kilat

d)

Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas